Thursday, February 5, 2009

Manusia berpaling tadah patut dilempar dengan kasut - Tok Guru


KB: Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

"Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia.

"Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya di sini, lewat petang ini.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga berkata, pemimpin yang sanggup menerima rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.

Petang tadi tiga Adun iaitu dua dari KeADIlan dan seorang DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala Adun Bota, Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno. / Harakah

3 comments:

Omar Hakim said...

Assalamualaikum, di harap semua rakan rakan seperjuangan serta warga Perak akan hadir menyertai Perhimpunan 100,000 rakyat pada hari ini sapertimana yang tertulis dalam blog ini.

Marilah kita bersama sama menunjukan kepada dunia dan DYMM Sultan Perak bahawa rakyat Perak bersama kerajaan Pakatan Rakyat.

Marilah berdoa kepada Allah SWT supaya membuka hati DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. Insyallah

Anonymous said...

Yaa.....mari kita jayakan....kembalikan kuasa rakyat

Anonymous said...

Daulat Tuanku......