Satu pagi di sekolah kebangsaan Melayu di Manjoi. Keadaan aman dan tenteram. Seorang Guru akan memilih seorang ketua darjah dikalangan 2 orang budaknya yang telah dicalonkan.
Guru: Hari ini cikgu akan lantik seorang wakil iaitu ketua darjah darjah dikalangan kamu. Kita ada 2 calon iaitu Izar dan Amrey. Boleh cikgu tahu kenapa cikgu perlu pilih diantara kamu untuk menjadi ketua kelas kita?
Amrey: Cikgu, saya seorang yang bijak dan kacak. Keturunan saya keturunan rajnikand. Ayah saya seorang peniaga kacang putih. Kami ada wang yang banyak.
Izar: Cikgu, saya anak seorang petani. Kami tiada wang. tetapi insyaAllah saya akan cuba melaksanakan tanggungjawab saya sebaik mungkin.
Amrey: Cikgu, kalau saya jadi ketua, kelas ini akan saya hamburkan dengan wang ayah saya. Saya akan pastika sekolah ini penuh dengan wang. Saya akan beri kacang puteh percuma setiap hari pada semua guru2 dan murid2.
Guru: Izar apa pula janji awak kepada kami?
Izar: Cikgu, saya tidak punya wang lantaran kami dari keluarga yang susah. Cuma insyaAllah saya berjanji akan membantu cikgu jika cikgu memerlukan khidmat saya, pelajar2 yang lemah akan saya bantu, kelas yang kotor akan saya ajak rakan2 lain sama2 bersihkan, pelajar-pelajar yang samseng akan saya cuba tarbiahkan dan yang paling penting saya akan ajak rakan2 solat berjamaah di surau sekolah.
Amrey: Kah kah kah! Cikgu lihat betapa kolotnya pandangan Izar!! Cuba lihat saya, walaupun saya ala rajnikand, saya akan jadikan kelas ini yang terkaya dan tercantik. Kalau saya terpilih saya akan bawak wang petang ni juga untuk semua.
Izar: Astaghfirullah! !
Guru: Baiklah Cikgu akan beri murid2 peluang untuk mengundi. Sila angkat tangan siapa yang menyokong Amrey.
Hanya seorang yang menyokong berbanding 40 orang kesemuanya.
Guru: Baiklah, siapa pula sokong Izar.
39 yang lain mengangkat tangan.
Guru: EEERRR! Oleh kerana cikgu sudah memikirkan beberapa perkara. dengan ini cikgu melanti Amrey menjadi ketua kelas. Kita anggap pengundian tadi tidak sah!!
Kemudian guru tadi keluar dari kelas dan terus ke kantin untuk makan kacang puteh percuma. Pelajar2 lain terus melaungkan "PULANGKAN HAK KAMI". Amrey pula tersenyum bangga kerana berjaya merasuah gurunya!!
No comments:
Post a Comment