Angkara kerakusan kuasa, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) sanggup mencalar prinsip demokrasi semata-mata bagi menjatuh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Dan tambah keliru lagi apabila media harian memetik pensyarah yang baru mendapat PhD di universiti awam tempatan mentafsir perlembagaan Perak mengikut citarasa sendiri.
Keadaan itu tambah mencelarukan lagi keadaan, manakala pihak istana pula dianggap mempamerkan sikap berpihak.
Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Rizal Jamin berkata, tindak tanduk Umno di Perak yang diketuai Dato' Seri Najib Razak telah menambah kebencian rakyat.
"Kita percaya krisis yang berlaku ini tidak ada penghujungnya tanpa dikembalikan kuasa kepada rakyat. Dan apa yang jelas petanda kejatuhan ketuanan Umno benar-benar terasa sekarang," katanya di sini.
Menurutnya biar pun krisis itu sudah dirancang begitu rupa, namun ia memperlihatkan sikap gelojoh Najib selepas dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak.
"Kerajaan Pakatan adalah kerajaan yang sah. Ia dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.
"Namun telah ditumbangkan BN dengan cara menculik dan membeli wakil rakyat. Perbuatan itu jelas tidak bermoral," ujarnya.
Menurutnya juga biar pun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai menteri besar baru Perak, namun ia tidak diiktiraf majoriti rakyat.
"Kita hanya mengiktiraf mana-mana kerajaan yang dipilih rakyat melalui proses pilihanraya dan bukan secara rampasan kuasa begini," katanya.
Sementara itu, timbalannya, Kamarul Hatta Mohd Ali berkata, AMK akan terus menyebarkan maklumat kepada orang ramai di Pahang mengenai situasi yang berlaku di Perak sekarang.~Harakah
No comments:
Post a Comment