Sunday, February 8, 2009

DATO' SS MOHON MAAF

Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.

Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB. Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.

MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau, laporan yang mengatakan Hj Nizar berkata kesat adalah tidak betul. Saya ada di tempat kejadian, yang berlaku SS menengking, menjerit, meneriak dan menepuk tangan, para wartawan termasuk beberapa EXCO cukup kesal dan tidak senang hati. dalam ramai-ramai itulah ada yang membalas balek tengkingannya itu, tetapi saya yakin bukan Hj Nizar. Walau bagaimanapun dalam perjalanan keluar Dato' SS ada menyapa untuk berjumpa dengan Hj Nizar, tetapi Dato' Seri menjawab dengan begitu sopan, "minta maaf, saya nak balek ke kediaman, ada mesyuarat, terima kasih".

Apabila ada akhbar yang membuat laporan dan menyiarkan gambar SS yang bersikap demikian, mungkin beliau terasa malu, imejnya buruk, akhirnya beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon dan memohon maaf, dan memberitahu Hj Nizar kalau nak tinggal lama di kediaman pun tak apa, dan kalau nak keluar nanti, beritahu sahaja, beliau akan membantu menyediakan pengangkutan. (tetapi kita faham, mafhum mubalaghahnya, bahasa perli la tu). Macam seorang ibu memarahi anaknya " ooo!, main hujan ya, mainlah, mainlah, sampai malam pun tak apa) Anak itu faham, dia akan berhenti main hujan.

Dato' Seri Hj Nizar pun faham, dia beitahu saya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah.

OLEH MisbahulMunir

2 comments:

Omar Hakim said...

Bila Pakatan ambil balik Kerajaan Perak,orang inilah orang pertama yang kita akan tendang keluar dari bumi Perak.

Anonymous said...

Jangan berdendam ni bukan budaya ISLAM. Kita nak memperjuangkan islam kena amalkan dulu. UMNO dah memang teruk jangan kita ikut mereka.