Saturday, February 7, 2009

HARGANYA SANGAT MAHAL

Tertubuhnya kerajaan negeri BN di Perak dengan cara yang tidak bermoral ini bukan bermakna kemelut politik Perak telah berakhir. Berapakah sebenarnya harga yang dibayar untuk rampasan kuasa ini?

Sebenar BN tidak kisah berapa harga yang perlu dibayar seperti kata Zahid Hamidi asalkan matlamat mereka tercapai.
Untuk membayar habuan cakap sahaja berapa …. Tiada masalah kerana mereka banyak duit.

HARGA SEBENAR
Tetapi harga yang lebih mahal yang perlu di bayar oleh BN ialah implikasi dari sejarah hitam ini;
a) Kebencian rakyat akan semakin mendalam menebal terhadap kerakusan BN. Suara rakyat diketepikan begitu sahaja seolah-olah rakyat tidak ada nilai langsung …. Rakyat tidak akan mengiktiraf kerajaan BN
b) Dendam akan berpanjangan …… PRU ke-13 pasti akan menjadi kubur besar tanpa nisan untuk BN.
c) Setelah Paduka Sultan tidak memperkenankan pembubaran DUN, buat pertama kali sultan dicemoh dan dihina …. BN dan Najib mesti dipersalahkan hingga maruah kesultanan Melayu tercalar sehingga akan disaman.
d) Kemarahan rakyat akan menjadi lebih ketara. Demontrasi jalanan yang semakin reda mula diperhebatkan semula.
e) Rampasan kuasa ini juga mengwujudkan permusuhan dengan kaum Cina kerana BN mencanangkan MB Perak sebagai boneka Cina dan perlunya kerajaan PR ditumbangkan.
Menang Sorak Kampung Tergadai…. Itulah BN

oleh ALANG PERAK.

No comments: