Pada pagi ini, saya berkunjung ke Pasar Kg. Manjoi. Setiba saya di sana, saya dapati Pasar tersebut penuh sesak dengan suri rumah dan keluarga yang datang untuk sarapan pagi serta membeli barang dapur.
Saya juga melihat para aktivis politik menyebar risalah mengenai isu kemelut politik di Perak.
Dari pengiraan saya, kalau 100 orang yang diberi risalah hanya 5 orang sahaja yang enggan menerimanya. Saya tidak melihat seorang pun yang membuang risalah yang diterimanya.
Komen komen yang saya dengar semuanya memihak kepada Dato Seri Nizar dan mereka dukacita dengan tindakan DYMM Sultan dan BN.Rata rata mahu DUN dibubarkan dan rakyat di beri peluang untuk memilih kerajaan baru. Komen yang sama saya dengar dari penyokong BN (penjual Pasar).
Nampaknya, orang Manjoi sudah celik.Penjual ikan yang saya berbual berpendapat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin kuat dan DUN Manjoi boleh jatuh ke tangan Pakatan sekiranya pilihanraya di adakan dalam masa yang terdekat.
Kesimpulanya, bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya semula. Biar Yop dan Yong menentukan siapa patut memerintah.
Seharusnya Bn menyahut cabaran ini dengan bersetuju membubarkan DUN PERAK.
Pulangkan kuasa kepada rakyat!
oleh omhakim
No comments:
Post a Comment