DYMM Sultan Selangor telah mengeluarkan kenyatan media mengenai isu pelantikan MB Perak ,terutama sekali kelakuan kasar segolongan rakyat terhadap DYMM Sultan Perak.
Patik hairan kenapa tiada sebarang kenyataan media sekian rupa ayng dikeluarkan apabila DYMM Sultan Trenggannu (yang juga Yang DiPertuan Agong) dihamun dengan pangilan "Natang" atau lebih tepat Binatang oleh puak puak UMNO yang bersengketa di Terengganu kerana membantah perlantikan Ahmad Said sebagai MB dan kenyataan bekas MB Perlis yang agak biadap semasa isu perlantikan MB Perlis.
Kenapa?
Yang pasti,isu perlantikan MB Trenggannu/Perlis merupakan isu dalaman kerana mandat rakyat menyebelahi UMNO.
Isu Perak pula membabit pertukaran MB Pakatan kepada MB UMNO,walaupun mandat rakyat menyebelahi Pakatan Rakyat.
Mungkinkah ini sebabnya kenapa rakyat Perak yang terkenal dengan kesopanan dan sikap lemah lembut,tidak dapat mengawal perasaan dalam isu ini?
Mungkinkah jalan yang terbaik ialah untuk mengadakan pilihanraya semula?Kalau kita terima suara rakyat sebagai kuasa keramat,inilah jalan yang terbaik untuk keluar dari kemelut politik ini.Biar rakyat Perak tentukan.
Institusi Istana sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak apatah lagi dalam isu Negeri Perak.
Pulangkan kuasa pada rakyat.
oleh BUBARKANDUN
No comments:
Post a Comment