DATO' SUK ARAH YAB MB, EXCO DAN PEGAWAI-PEGAWAI LANTIKAN POLITIK KOSONGKAN PEJABAT
Petang tadi notis dari Dato' SUK meminta YAB MB, Ahli EXCO dan pegawai-pegawai lantikan politik mengosongkan pejabat. Agak keterlaluan arahan ini. Isu pertukaran kerajaan belum selesai lagi.
YAB MB, Ahli EXCO dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih sah di Perak. Kerajaan BN belum boleh dibentuk lagi, MB yang ada belum letak jawatan lagi. Hj Nizar masih dalam usaha merayu Paduka Tuanku supaya mempertimbangkan keputusannya tidak perkenan pembubaran DUN, MB dan seluruh rakyat mahu Rakyat yang berhak menentukan kerajaan mana yang menerajui pemerintahan. Beri peluang dan mandat rakyat memilih secara adil. Semua penyokong Pakatan Rakyat akan berpuas hati sekiranya proses pilihanraya dijalankan. Itulah sedail-adilnya. Parti yang kalah akan berpuas hati dengan kekalahannya, begitu juga parti yang menang. Ataupun gunakan sidang Dewan Undangan Negeri supaya usul undi tidak percaya dikemukakan.
POLIS TIDAK KELUAR PERMIT, DBI TIDAK BENAR IZIN GUNA STADIUM
Susulan surat dari Dato' SUK , pihak polis pula tidak keluarkan permit. Manakala DBI tidak izinkan gunakan stadium bagi tujuan program tersebut. Program kembali di kediaman MB. Polis menasihatkan penganjur mohon permit dan gunakan stadium untuk elak kesesakan. Apabila permit dipohon, ia ditolak tanpa alasan yang munasabah. Peringkat awal memberi keizinan untuk penganjur menyewa stadium tetapi ditarik balik.
No comments:
Post a Comment