Saturday, February 28, 2009

Tanah Kerajaan Dan Tanah Rizab Melayu Tergadai..! (siri 2)

Fakta 5

Senarai sebahagian rekod kebaculan UMNO/BN menggadaikan tanah Kerajaan dan Tanah Rizab Melayu ke tangan Gergasi-Gergasi perniagaan kaum Cina dan syarikat asing :

1 - Tauke-Tauke Cina (KLK) telah dianugerahkan dengan TANAH KERAJAAN di kawasan Lekir, Manjung seluas 2,000 ekar.

2 - United Plantation (Syarikat milik WARGA ASING) telah dianugerahkan dengan TANAH RIZAB MELAYU di kawasan Beruas, Manjung seluas 5,000 ekar.

3 - 1,500 ekar TANAH KERAJAAN di kawasan Bandar Baru Kampar pula telah dianugerahkan kepada MCA untuk membina Kampus UTAR (Universiti Tuanku Abdul Rahman) dimana pembangunan ini sepatutnya diberi peluang kepada Kontraktor Melayu yang berkelayakan.

4 - Pengusaha Pertanian Kaum Cina telah dianugerahkan dengan TANAH KERAJAAN di Cold Stream, Bikam, Bidor seluas 12,000 ekar.

5 - TAPAK KILANG PERAK HANJONG di kawasan Padang Rengas, Kuala Kangsar seluas 200 ekar bertaraf TANAH KERAJAAN telah dianugerahkan kepada YTL Corporation (Yeoh Tiong Lay). maklumat tentang YTL boleh dilayari di[sini].

*Tidak termasuk ratusan kes lain lagi yang melibatkan keluasan sederhana dan ribuan kes melibatkan keluasan kecil di seluruh negeri Perak telah tergadai sepanjang 50 tahun UMNO/BN menguasai Negeri Perak.


Fakta 6

Kerajaan Pakaatn Rakyat Negeri Perak berjaya menghentikan skandal "gadai tanah" kerajaan di beberapa lokasi komersial di Ipoh, Taiping, Bidor, Kinta dan Perak Tengah yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN kepada Taukey-Taukey besar Cina menjelang Pilihanraya Umum 2008 kerana mempunyai sebab-sebab yang mencurigakan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menghalang rancangan itu sebaik sahaja mendapat mandat pada pertengahan Mac, 2008.

Fakta 7

Ketetapan memberikan hak milik selama-lamanya kepada penduduk Kampung Baru (bangsa Cina), Kampung Tersusun (bangsa Melayu dan India) dan Kampung Adat (orang Asli) adalah janji PAS dalam menifestonya untuk Pilihanraya Umum ke 12 dan bukannya janji DAP..!

Fakta 8

Dengan pemberian hak selama-lamanya kepada penduduk Kampung Baru, Kerajaan Negeri Perak akan memperolehi tambahan revenue kerana kenaikan kadar premium tanah tersebut. Anggaran bayaran premium yang akan diperolehi oleh kerajaan ialah antara RM300juta - RM450juta.

Nilaian tanah itu juga akan meningkat kepada RM1.6billion dipasaran. dengan status hakmilik selama-lamanya, pemilik boleh mendapatkan pembiayaan yang tinggi jumlahnya daripada institusi kewangan dengan mencagarkan tanah tersebut. Hal ini akan merangsang pembangunan penempatan yang lebih sempurna di Kampung Baru dan merancakkan aktiviti ekonomi.

*Pendedahan ini BUKAN BERTUJUAN untuk membangkitkan sentimen perkauman sebaliknya untuk menjawab tohmahan UMNO/BN dan menunjukkan betapa mereka telah menggadaikan tanah kerajaan dan tanah rizab melayu untuk kepentingan parti dan beberapa individu tertentu sahaja - Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Perak.

Tanah Kerajaan Dan Tanah Rizab Melayu Tergadai..! (siri 1)

Fakta 1

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak dianggotai oleh Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ahli-Ahli EXCO.

3 Pegawai Kanan Kerajaan yang menganggotai MMK adalah pegawai yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Offocio. Mereka berperanan membimbing dan menasihati Ahli MMK supaya tidak membuat keputusan yang melanggar atau bercanggah dengan perundangan negara dan negeri

Oleh itu semua keputusan yang dibuat adalah melalui proses menyeluruh dan merujuk kepada ke3-3 Pegawai Kanan Kerajaan itu.

Fakta 2

Permohonan hal ehwal tanah, hasil bumi, perlombongan, pelaburan dan lain-lain yang berkenaan adalah dirujuk kepada Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan. Ketua-Ketua jabatan ini akan menasihati MMK dalam membuat keputusan.

Fakta 3

Setiap kali sebelum mesyuarat EXCO, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan sebarang permohonan akan dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak atau DYTM Raja Muda Perak.

Setiap keputusan Mesyuarat EXCO juga dipersembahkan kepada DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda beserta minit mesyuarat.

Oleh itu semua fitnah mengenai Kerajaan Pakatan Rakyat "gadai tanah Kerajaan" kepada bangsa Cina adalah tidak berasas. tuduhan itu hanya menunjukkan kecetekan pengetahuan individu dan pihak-pihak yang melemparkan tuduhan itu sendiri.

Dengan keanggotaan 3 Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan penglibatan langsung semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri, maka setiap keputusan Mesyuarat EXCO adalah menepati kehendak Undang-Undang Negara dan Negeri secara menyeluruh.

Melalui prosedur Sembah Maklum untuk perkenan DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda bagi esmua kertas untuk kelulusan atau penolakan pernohonan tanah serta prosedur rujukan kepada semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan berhubung permohonan mana-mana tanah, maka fitnah "gadai tanah" itu langsung tidak berasas.

Komitmen kepada Undang-Undang dan ketelusan proses kelulusan/penolakan itu juga dikukuhkan dengan prosedur Sembah Maklum keputusan beserta dengan minit mesyuarat EXCO kebawah DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda.

Fakta 4

"Gadai tanah" kepada orang asing dan kepada kaum cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak "tanah rizab melayu" adalah jenayah KERAjaan UMNO/BN selama nerpuluh-puluh tahun. Singapura adalah trajedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan sehingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia.

Kehilangan melayu di Pulau Pinang, sebahagian Pulau Langkawi dan sebahagian Pulau Pangkor juga adalah jasa "kebijaksanaan khianat melayu" UMNO/BN.

Selain itu, ratusan ribu ekar tanah rizab melayu di merata ceruk tanahair turut menjadi mangsa "mati pucuk" jiwa melayu pimpinan UMNO/BN.

*Pendedahan ini BUKAN BERTUJUAN untuk membangkitkan sentimen perkauman sebaliknya untuk menjawab tohmahan UMNO/BN dan menunjukkan betapa mereka telah menggadaikan tanah kerajaan dan tanah rizab melayu untuk kepentingan parti dan beberapa individu tertentu sahaja - Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Perak.

Umno Perlecehkan Islam

Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.

Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.

Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.

Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”

Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.

Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.

Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.

Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.

Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.

Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.

Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.

Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.

Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.

*Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar : (Gambar ihsan Sham. Terima kasih).

-PerakExpress

Friday, February 27, 2009

KECELAKAAN MENIMPA PEMUDA UMNO

Sebagai orang lama yang mempunyai sejarah yang panjang dengan perjuangan UMNO saya menyokong sepenuhnya kenyataan Dato' Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk melihat punca sebenar kekalutan di parlimen dua lepas.

Seperti kita tahu sekumpulan pemuda UMNO telah menyerbu seperti anjing kelaparan menyerang di lobi Dewan Rakyat untuk menghalang YB Karpal Singh memasuki dewan. Ini menyebabkan keadaan menjadi kecoh, riuh, kelam kabut dan menggambarkan satu keadaan yang sangat memalukan dan ia sudah tentu mencemarkan dewan yang mulia.

TETAPI YB Hishamuddin dan YB Khairy dalam kenyataan mereka menegaskan isu ini hendaklah dilihat dari mana puncanya. Betul juga kata mereka puncanya adalah kerana YB Karpal menuduh pemuda UMNO menghantar dua butir peluru ...... dan mengatakan pemuda UMNO celaka!
Bila diminta bukti, Karpal mengulangi dengan mengatakan memang pemuda itu celaka!

BAGAIMANAPUN perlu juga dilihat punca kenapa terjadi peristiwa "peluru dan celaka" ini boleh terjadi? Bukankah ia disebabkan oleh hasrat YB hendak meyaman Paduka Sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan cara BN merampas kerajaan negeri Perak. Sudah tentu perkara ini tidak akan terjadi kalau tidak kerana kegelojohan dan kerakusan BN/UMNO yang kemaruk nak ambil alih kerajaan negeri Perak. Sebelum ini juga berkali-kali telah membuat provokasi terhadap, amaran dan beberapa laporan polis juga dibuat oleh pemuda UMNO.

Bagaimanakah pula puncanya yang 'membolehkan' Karpal bercadang untuk menyaman sultan Perak? Bukan ini disebabkan imuniti raja-raja yang telah ditarik balik hingga membenarkan raja disaman dan dibicarakandi mahkamah biasa.
PUNCANYA sudah tentu disebabkan kerajaan UMNO yang melucutkan imuniti raja ...kalau tidak tak jadi macam ni!

Memang Pemuda UMNO ni celaka! .... kata Karpal .... dari manakah punca kecelakaan... punca punca dari punca carilah kepala puncanya.

Veteran Perak



DUN PERAK ADAKAN SIDANG TERGEMPAR

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

sivakumar and perakUsul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Menurut Bernama, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidang biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadi bagi menyertai sidang itu.

Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan.

Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua
Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Datuk Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.

Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut.

DAP SEMAKIN FAHAM ISLAM SETELAH BERSAMA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT

oleh MisbahulMunir
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.

Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Thursday, February 26, 2009

Bilakah mangsa ini akan dapat pembelaan?




Sila dapatkan VCD dan buku pendedahan Skandal Jenayah, Zahid Hamidi yang didedahkan oleh mangsa cubaan bunuh beliau Amir Bazli. Seorang anak Kelantan yang aktif dalam kumpulan pemilik motorsikal berkuasa besar yang turut disertai Zahid Hamidi. Namun satu peristiwa telah mengubah segalanya.... melibatkan skandal sulit dan jenayah.

Amir Bazli yang kini hidup dengan kecatatan kekal, tanpa tempurung kepala yang sempurna telah membuat laporan polis tetapi tiada tindakan, telah membawa ke mahkamah namun masih gagal, telah meletakkan rakaman videonya di internet tetapi pemilik server membuangnya.....dia perlukan keadilan... !!!! Negara ini sudah menjadi cerita Hindustan..wang boleh beli segalanya...

cheGuBard nak kongsi satu vcd dan buku (yang diperolehi dari teman Umno) yang menerangkan jenayah Menteri Islam Hadhari. Menteri Islam Hadhari ini telah memukul sehingga separuh mati dan ingin menanam hidup-hidup (mujur dapat larikan diri) seorang pemuda yang berkawan dengan anaknya yang baru berpisah dengan suaminya ketika itu. Kes ini dilaporkan kepada polis tetapi disenyapkan.... pemuda ini kini hidup tanpa tempurung kepala yang telah dihancurkan oleh Menteri Islam Hadhari ini yang juga calon Naib Presiden Umno....dapatkan buku dan VCD ini yang merakamkan peristiwa, pengakuan dan perbagai maklumat 'sulit lagi selit'............

Buku dan VCD pemberian teman Umno ini hanya ada sekitar 50 set sahaja. Kepada yang berminat sila hantar cek atau wang pos bernilai RM 25 atas nama Angkatan Muda Keadilan Bahagian Rembau (sila hantar bersama alamat untuk urusan penghantaran VCD dan buku) hantar ke alamat Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No.390, Taman Seri Rembau, 70301 Rembau, Negeri Sembilan.



PADA 18/01/2006 JAM LEBIH KURANG 2200 HRS, SEMASA SAYA SEDANG MENGISI PETROL UNTUK KERETA SAYA NOMBOR PENDAFTARAN CBT 27 JENIS MAZDA FIGHTER WARNA SILVER DI STESYEN PETRONAS DI LUAR UNITEN, SAYA TELAH DISURUH OLEH (1) LELAKI MELAYU BERNAMA HALIM UNTUK MASUK KE DALAM KERETA SAYA DAN TELAH MEMBERITAHU SAYA BAHAWA “BOSS” DIA HENDAK BERJUMPA DENGAN SAYA. SAYA DISURUH MENUTUP HANDPHONE SAYA DAN MEMANDU KERETA TERSEBUT DAN MENGIKUT ARAHAN DIA. SEORANG LAGI LELAKI MELAYU YANG SAYA TIDAK DIKENALI JUGA BERADA DI DALAM KERETA SAYA. KERETA SAYA JUGA DIIKUTI OLEH SEBUAH KERETA BERWARNA KUNING DENGAN BEBERAPA ORANG YANG BERADA DI DALAM KERETA TERSEBUT.

SAYA BERASA TAKUT KERANA SAYA DIUGUT AKAN DICEDERAKAN KALAU TIDAK MENGIKUT ARAHAN HALIM. SAYA TELAH DIBAWA KE SEBUAH KELAB REKREASI DI COUNTRY HEIGHTS, KAJANG. SETELAH SAMPAI DI SANA SAYA DIBAWA KELUAR DARI KERETA TERSEBUT DAN SEBUAH KERETA TELAH SAMPAI. DARI KERETA ITU TELAH KELUAR DATUK AHMAD ZAHID HAMIDI (DI WAKTU ITU BELIAU ADALAH TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KINI BELIAU ADALAH TIMBALAN MENTERI PENERANGAN) BERSAMA MENANTUNYA, HISHAM DAN ANAKNYA YANG DIKENALI SEBAGAI KK. …

MENUMBUK SAYA PADA BAHAGIAN MUKA SAYA DAN AKIBATNYA TULANG PADA BAHAGIAN HIDUNG SAYA TELAH PATAH DAN MATA SEBELAH KIRI TELAH BENGKAK SEHINGGA TIDAK BOLEH DIBUKA. SAYA BERDARAH DENGAN BANYAK SEMASA SAYA MELINDUNG MUKA SAYA DENGAN TANGAN SAYA. SECARA TIBA-TIBA MEREKA TELAH MEMUKUL SAYA DENGAN TERUK OLEH SEMUA ORANG TERMASUK DATUK AHMAD ZAHID.

SAYA TELAH DITARIK KE SEBUAH BANGKU DAN TELAH DIPEGANG OLEH (2) ORANG KUNCU DATUK DAN DATUK MEMARAHI SAYA DAN MEMUKUL SAYA TANPA BELAS KASIHAN. SEORANG LELAKI YANG BERNAMA HANS (KUNCU DATUK) TELAH MENGUGUT SAYA BAHAWA DIA AKAN MEMOTONG KEDUA-DUA TANGAN SAYA DAN DIA JUGA TELAH MEMUKUL SAYA PADA BAHAGIAN MUKA. SAYA TELAH DIPUKUL OLEH SUATU OBJEK KERAS DENGAN GANAS SEHINGGA TULANG TENGKORAK KEPALA SAYA PATAH. SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT SIAPA YANG BERBUAT DEMIKIAN TETAPI SAYA MENGESYAKI DIA ADALAH HISHAM, MENANTU DATUK AHMAD ZAHID.

KK JUGA TELAH MEMUKUL SAYA DENGAN MENGGUNAKAN SEBUAH BATU YANG AGAK BESAR DAN MEMULASKAN BATU TERSEBUT PADA BAHAGIAN MUKA SAYA DAN DIA JUGA TELAH MENENDANG SAYA PADA BAHAGIAN TULANG RUSUK SEHINGGA BENGKAK. MENANTUNYA BERNAMA HISHAM JUGA TELAH MEMUKUL SAYA DAN BERKATA “AKU DAH INGATKAN KAU. AKU SANGGUP BERMANDIKAN DARAH. ENGKAU TAK KENAL AKU, SIAPA AKU DAN BAPA AKU DEKAT KLANG (MERUJUK KEPADA ALLAHYARHAM DATO ZAKARIA DEROS) . SEKARANG ENGKAU LIHATLAH SENDIRI APA YANG TERJADI”.

SELEPAS ITU, DATUK AHMAD ZAHID TELAH BERKATA “AMBIL GUNI. MASUKKAN DIA DALAM GUNI.” SELEPAS ITU, ISTERI DATUK AHMAD ZAHID, IAITU DATIN HAMIDAH TELAH DATANG DAN MENENANGKAN SITUASI DI SANA. ANAK DATUK AHMAD ZAHID, IAITU NURULHIDAYAH TELAH TIBA DAN APABILA DIA MELIHAT KEADAAN SAYA DAN DIA TERUS MENANGIS. MELIHAT INI, DATUK AHMAD ZAHID TELAH MENAMPAR NURULHIDAYAH DI HADAPAN MATA SAYA.

SELEPAS ITU, SAYA TELAH DIBAWA KE PERKARANGAN RUMAH DATUK AHMAD ZAHID DI MANA SAYA DIPUKUL LAGI OLEH DATUK AHMAD ZAHID, KK, MENANTUNYA, HISHAM SERTA ORANG-ORANG LAIN YANG ADA DI SANA. DATUK AHMAD ZAHID BERKATA “AWAK AKAN DITANAM.”. SETELAH BEBERAPA JAM SAYA BERADA DI SITU SAYA DISURUH BALIK LEBIH KURANG 0200 HRS (PAGI) IAITU PADA 17/01/2006. SAYA JUGA TELAH DIUGUT SUPAYA TIDAK MEMBERITAHU KEPADA SESIAPA MENGENAI INSIDEN INI. SAYA TELAH MEMANDU KERETA SAYA SEMULA DENGAN SENDIRI KE PUSAT RAWATAN ISLAM, BANGI.

SAYA TIDAK MELAPURKAN INSIDEN INI SEBELUM INI KERANA AMAT TAKUT. SAYA MASIH BIMBANG AKAN KESELAMATAN SAYA DAN SELURUH AHLI KELUARGA SAYA. SEKIAN LAPURAN SAYA.[Laporan ini ditandatangan oleh Pengadu dan pegawai polis Penerima Repot dari Balai Polis … (tidak jelas) H.S. Lee, Jalan Stadium, Kuala Lumpur.]



Skim Latihan Graduan

Salam 2 all.
Ini berita baik untuk graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan. Dalam jawapan kepada Parlimen sebentar tadi Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa Kerajaan sudah melaksanakan satu skim Latihan Graduan dimana graduan-graduan yang menganggur dipelawa mendaftar dan menyertai skim ini.

Dibawah skim ini para graduan yang diterima dan didaftar akan dibayar elaun bulanan saperti berikut:

1. Bujang- RM500-00
2. Berkahwin tanpa anak: RM600-00
3. Berkahwin dengan anak- RM800-00.


Sdr/i hanya perlu pergi mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Rakyat dikawasan masing-masing dan mengisi Borang & mendaftar. Insyallah semua permohonan akan diproses & secara prinsipnya akan diterima jika beliau sah seorang Graduan menganggur. Suami isteri graduan digalakkan juga memohon.

http://zul4kulim.blogspot.com/

Wednesday, February 25, 2009

BERSIAPLAH UNTUK PEMBUBARAN DUN


Perkembangan politik di Perak semakin menuju ke kemuncaknya. Setelah Sepeaker DUN Perak menggantung Dr. Zamri dan exconya keadaan menjadi lebih panas dan hangat.

Seperti biasa melentinglah pemimpin UMNO mengutuk tindakan tersebut yang dikatakan tindakan subjudis, berniat jahat dan pelbagai tohmahan. Akhirnya laporan polis dibuat oleh UMNO. Maka dengan menurut perintahnya polis telah mengambil keterangan YB Sivakumar.

Keterangan tersebut diambil oleh polis di pejabat YB Sivakumar dan polis tidak memanggil beliau ke balai polis. Perlu difahami ini jelas menunjukkan speaker mempunyai kuasa melebihi polis selagi ia tidak melakukan sebarang jenayah. Selepas itu laporan polis tersebut telah
ditarik balik ....... kenapalah pulak tarik balik?

Apa yang berlaku dalam persidangan DUN Perak nanti sangat menarik perhatian kita. DUN negeri akan berpihak kepada PR 28 - 21 tetapi peliknya kerjaan negeri diperintah oleh BN. Bagaimana pula Dr. Zamri akan terus menjadi MB dengan situasi ini? Kalau Dr. Zamri terus menjadi Menteri Besar maka dia akan jadi Menteri Besar Kepala !!!

Bagimananpun seperti yang dikhabarkan Dr. Zamri tidak akan mempedulikan pergantungan 18 bulan dan akan hadir di persidangan DUN akan datang. Jika ini berlaku ..... dengan alasan engkar (sama dengan derhakalah) speaker boleh menambahkan pergantungannya mungkin kepada 36 bulan. Kalau degil lagi boleh gantung sampai mati.... !!!

Adakah BN/UMNO akan membiarkan DUN Perak bersidang dengan kedudukan 28-21? Jika UMNO gagal untuk menukar speaker keadaan tetap akan tetap berpihak kepada PR. BN/UMNO mungkin akan cuba menggagalkan persidangan DUN dengan pelbagai cara. Tetapi jika DUN Perak gagal bersidang hingga Mei 2009 secara automatik DUN Perak akan terbubar.

Oleh itu.....BERSIAPLAH UNTUK PILIHAN RAYA DUN yang sangat dinanti-nantikan oleh;
i) Pejuang Pakatan rakyat kerana matlamat Pakatan Rakyat hanyalah
untuk mengujudkan sebuah kerajaan yang sah (bukan haram) untuk
memperjuang kepetingan rakyat.
ii) Seluruh rakyat Perak kerana mereka berhak menentukan halatuju
negeri Perak kerana rakyat kini memahami bahawa suara rakyat
asas kepada prinsip demokrasi. Lagipun ... . masa pilihanraya
banyaklah daun luruh yang bertaburan .......... dapatlah sikit
tempiasnya.
iii) Pemimpin/penyokong UMNO di peringkat akar umbi kerana ini
masanya pemimpin atasan akan mengenang jasa mereka .....
Masa pilihanraya ini buat kerja sikit, pandai ambil kesempatan
dapatlah habuan, masa lain susah jadi tibailah.... bila lagi?

Alang Perak 09

AWAS!!!! Risalah Palsu Sedang di Edarkan..!!

Brader MatSamanKati baru je dapat call dari sorang informer maklumkan bahawa ada berlaku penyebaran risalah palsu yang kononnya dicetak oleh Pakatan Rakyat bagi mengelirukan orang ramai.

Kami difahamkan bahawa didalam risalah tersebut, dinyatakan beberapa perkara yang cuba memburuk-burukkan keperibadian DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Disini kami yang mewakili Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak ingin membuat penjelasan bahawa pihak kami tidak ada dan tidak samada mencetak, mengeluarkan atau mengedarkan apa-apa risalah yang menyentuh pihak Istana khasnya DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Kepada sesiapa yang menerima apa-apa risalah yang berbau hasutan dan bersifat cuba memburukkan Pakatan Rakyat yang kandungannya memburuk-burukkan DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah diminta bekerjasama dengan pihak kami agar dapat menahan individu yang terlibat mengedar risalah tersebut dan segera diserahkan kepada Balai Polis yang berhampiran

Anda juga dinasihatkan agar tidak terlibat sama didalam mengedarkan apa-apa risalah seperti yang disebutkan diatas.

Bagi penerima risalah-risalah tersebut, kerjasama anda amat-amat diperlukan sekiranya anda dapat mengecam sesiapa atau mana-mana kenderaan yang dilihat mengedar, meletak atau memberi risalah seperti diatas dimana-mana premis atau tempat awam untuk diambil tindakan lanjut (sila catitkan no plat kenderaan terbabit, jenis kenderaan, warna, masa kenderaan tersebut dilihat dan dimana kenderaan tersebut dilihat).

Untuk makluman anda, risalah yang dicetak dan diedarkan oleh pihak kami tertera "Biro Penerangan Pakatan Rakyat" pada bahagian bawah risalah tersebut. jika tidak terdapat perkataan tersebut pada risalah, ianya adalah dari sumber yang lain.

Nice News Paper, I want to buy one







Program DS Ir Nizar Hari Ini


Update 11.20am - DS Nizar sekarang berada di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

12.00pm - Satu program telah disusun di Surau Ustaz Sabran, Alor Pongsu tetapi DS Nizar tidak dapat hadir disini.

5.00pm - Pertemuan dengan masyarakat Cina di Kuala Gula.

7.00pm - Solat Maghrib dan tazkirah di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

9.00pm - Ceramah di Markas Pas Bagan Serai.





Tuesday, February 24, 2009

Bancian Merdeka Centre-Kembalikan kuasa rakyat

Bancian yang telah dijalankan oleh Merdeka Centre telah menunjukan bahawa 74% daripada penggundi Perak berpendapat bahawa DUN Perak patut dibubarkan untuk pilihanraya semula.

Bancian tersebut juga mendapati bahawa 76% penggundi berpendapat bahawa “rakyat ,melalui pilihanraya” sepatutnya menentukan pembentukan kerajaan.

62% juga berpendapat bahawa peranan Istana dalam isu ini “ tidak mencerminkan kehendak rakyat Perak”

KEMBALIKAN KUASA RAKYAT. BUBARKAN DUN PERAK.
INGAT! SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!
by omhakim





Siasatan keatas Speaker Perak dihentikan serta merta..! - malaysiakini

Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang telah membuat laporan polis mengenai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Satu lagi kegagalan institusi

Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam blog beliau www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.

-al-banjari online



PENYOKONG UMNO TAKSUB DAN TIADA PRINSIP

Awal 80 an, pengaruh UMNO begitu kuat sekali. Kalau di kampung Manjoi Ipoh, sebut sahaja PAS mesti kena kejar dengan parang. Begitu taksubnya penyokong UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Kalau ada ceramah PAS, penduduk kampung akan menganggap ceramah parti sesat sedang berlangsung. Berbagai taktik kotor akan dilakukan oleh UMNO di situ.

Malahan kata-kata kesat sering kali kedengaran. Manjoi merupakan perkampungan Melayu yang terbesar di Malaysia. Malahan ianya merupakan kubu kuat UMNO. Kalau dahulu orang ramai begitu bencikan PAS namun kini penduduk Manjoi ramai yang menyokong PAS dan PAKATAN. Jika ada sahaja ceramah pasti penuh sesak. Tambahan jika pimpinan PAS pusat yang turun memberikan ceramah.

Namun masih ada juga yang taksub. Malah sering menghantar surat layang yang didalamnya begitu banyak fitnah mengenai PAS. Malahan penulis upahan UMNO ini sebenarnya pengecut kerana tidak berani menulis nama mahupun bersemuka. Apatah lagi apabila BN kalah di Perak membuatkan golongan ini bagaikan kucing yang kehilangan anak.

Kalau kita lihat penyokong tegar UMNO kebanyakannya tiada prinsip dan begitu taksub dengan politik bangsanya. Kalau dahulunya Dato Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai pemimpin paling bijak dan hebat tetapi kini menjadi kutukan dan makian ahli UMNO itu sendiri. Kita masih ingat jika belanjawan negara dibentangkan, mukasurat hadapan surat khabar akan menceritakan penggunaan ayat-ayat baru dan jarang dipakai, telah digunakan DSAI sewaktu pembentangan budget negara. Isu bahasa telah di highlight kan lebih hebat dari fakta isi kandungan budget itu sendiri. Namun sekarang DSAI dianggap penjahat utama, peliwat, ajen yahudi dan macam-macam lagi. Malahan semuanya dikaitkan sewaktu DSAI dalam UMNO lagi.


Begitu juga Tun Mahathir. Dahulunya beliaulah yang palin agong, sehingga beliau sendiri ingin membuang kuasa raja-raja. Ramailah penyokongnya ketika itu. Malahan beliau dipandang tinggi oleh penyokong UMNO walaupun beliau melakukan kezaliman. Mahathir digambarkan seorang cukup hebat dengan daya pemikirannya yang tajam terutama dari segi ekonomi. Namun kini setelah dia keluar UMNO, dan bersetuju dengan status kerajaan BN di Perak ialah kerajaan HARAM maka beliau juga dianggap sudah tidak releven. Ramai penyokong TEGAR UMNO menganggap Tun Mahathir sudah tua dan nyanyuk walaupun Tun Mahathir bercakap berlandaskan fakta yang menurut perundangan perlembagaan.

Begitulah penyokong UMNO yang tidak mempunyai prinsip dan begitu taksubnya kepada politik perkauman mereka. Merak akan menyokong pemimpin yang mempunyai kuasa namun apabila pemimpin itu sudah tiada kuasa maka pemimpin tersebut akan di hina dan dibuang di tepi jalan. Ketika ini Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat akan menerima nasib yang sama pula. Sudah tentu beliau akan dikritik mengenai dasarnya yang lembab dan Islam Hadharinya.

Selagi UMNO mengamalkan assobiyah dalam perjuangan maka inilah akibatnya. UMNO sendiri sudah tidak releven. Bagaimana seorang pemimpin UMNO masih lagi menggunakan keris dan melaungkan perkara yang beliau sendiri tidak pasti. UMNO sudah tersasar jauh. UMNO perlu dibubarkan. UMNO sudah parah!!

by Manjoi Blogger
http://sentuhanrakyat.blogspot.com/

ARAHAN PEKELILING UNTUK AHLI UMNO







FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA

11 bulan Kerajaan PR memerintah negeri Perak, rakyat negeri Perak sudah mulai mengecapi nikmat kebajikan dan keadilan. Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mulai merasai kelainan dan kelebihan berada di bawah kerajaan PR.

Mereka mula sayang kepada MB dan seluruh EXCO. Saya sebagai SETPOL MB sentiasa bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berterus terang kalau PR terus kekal memerintah 5 tahun mengikut tempoh pilihanraya, PRU ke 13, BN tidak akan memperolehi sebarang kerusi. Justeru itu, mereka guna apa sahaja cara untuk merampas kuasa supaya PR tidak boleh terus memerintah bagi meneruskan polisi kebajikan yang memikat hati rakyat.

Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-

1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu
4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.
21. Menggunakan bas rasmi SUK dalam lawatan ke Parlimen dan Singapura bagi menggurangkan kos pengangkutan sekiranya menggunakan kereta rasmi kerajaan.
-by MisbahulMunir

KERAJAAN HARAM BN HALANG HJ NIZAR GUNA DEWAN

Seawal perlantikan Hj Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua pertubuhan politik, ngo, belia dan sebagainya

Para pengguna hanya perlu membuat tempahan samada melalui Majlis Daerah, Penghulu atau JKKK. Dalam ucapan menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri bulan November yang lalu, sekali lagi beliau mengulangi bahawa semua premis kerajaan terbuka untuk digunakan oleh parti politik, ngo atau apa sahaja pertubuhan tertakluk dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang bertangungjawab mengurus tadbir premis tersebut. UMNO turut mengambil kesempatan menggunakan premis tersebut tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh kerajaan PR.

Hari ini, Dato' Seri Hj Nizar dalam siri lawatan ke seluruh Parlimen di Perak tidak dibenarkan pula menggunakan premis kerajaan. Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Stadium, Padang dan sebagainya kalau dulu sewaktu PR memerintah, UMNO dibenarkan menggunakan premis-premis tersebut, kali ini PAS tidak boleh menggunakannya. PAS terpaksa menggunakan premis sendiri bagi tujuan menjalankan program-program tersebut.

Monday, February 23, 2009

Derhaka bermula dari rumah Umno

Mohd Fadli Ghani-Hrkh
TINDAKAN biadap Umno/BN menculik dan membeli wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah bertukar menjadi pertembungan antara rakyat dan istana. Puncanya hanya satu media yang mengapi-apikan kononnya Menteri Besar PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membuat sembah derhaka kepada Sultan Perak.

Apakah benar Nizar menderhakai sultan saya tidak pasti, tetapi yang pasti media pro BN menggembar-gemburkan hal ini sehingga imej Sultan Perak tercalar teruk di hati rakyat kerana para pemimpin Pakatan Rakyat mempertegaskan mereka tidak berniat derhaka, bahkan amat setia kepada raja.

Soal derhaka atau setia bukanlah hak saya untuk menentukannya. Biarlah sultan sendiri membuat perhitungan. Apa yang saya ingin lontarkan adalah derhaka bukanlah budaya dalam masyarakat Melayu di negara ini. Tetapi sejarah negara telah mencatatkan bahawa budaya menderhaka ini bermula di Rumah Umno dan merekalah yang membuatkan Raja-raja Melayu kehilangan wibawa sehingga rakyat bisa mentertawakan raja.

Bahkan, ketika Umno belum wujud, bakal presidennya yang pertama sudah dibuang negeri kerana derhaka kepada Sultan Johor. Dan pada Disember 1992, Umno jugalah yang membuat usul derhaka di Dewan Rakyat kerana marahkan Sultan Johor juga.

Raja zalim disanggah

Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul. Islam jugalah yang mewajibkan ketaatan kepada ulil amri (pemimpin) tetapi dengan batasan yang tidak melangkaui ketaatan kepada Allah dan Rasul. Sebarang perselisihan padangan, tidak ada pendekatan lain, melainkan kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah). Inilah prinsip ketaatan dan kederhakaan dalam pemikiran Islam.

Walaupun orang-orang Melayu merasakan bahawa Raja tidak wajar diderhakai, sebenarnya budaya ketaatan Melayu sendiri bermula dengan 'wadat' antara Sang Sapurba yang bergelar Sri Tri Buana sebagai Raja dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat. Mitos Bukit Seguntang ini bermula dengan permintaan Demang Lebar Daun supaya Sri Tri Buana menerima anak cucunya (rakyat) sebagai hamba yang tidak akan dizalimi walaupun berlaku kesalahan, kecuali yang melanggar hukum syarak. Lalu Sri Tri Buana mengkabul permintaan rakyat dengan syarat semua jangan derhaka kepada keturunannya yang menjadi Raja.

"Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu yang mengubah dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah," demikian kedua-duanya bersetuju untuk berwadat itu.

Maknanya, ketaatan akan berakhir sekiranya istana tidak lagi mendukung prinsip keadilan kepada rakyat. Inilah garis antara hak dan tanggung jawab Raja dan rakyat yang berakhir dengan "dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, kaki tiang ke atas" dengan maksud memporak-perandakan negeri jika wadat ini dilanggari.

Sejarah Melayu telah merakamkan bahawa anak cucu Sri Tri Buana ini temasuklah Sultan Melaka. Kemudian berkembang membentuk Kesultanan Johor dan Perak pada abad ke-16. Kesultanan Perak dari keturunan Sultan Muzaffar Shah, iaitu anakanda Sultan Mahmud Shah Melaka masih bertahan sehingga hari ini.

Adapun keturunan Sultan Mahmud Shah yang berkerajaan di Johor telah berakhir dalam peristiwa mangkat dijulang yang terkenal itu. Mengapakah Sultan Mahmud Johor itu mangkat dijulang sehingga berakhirnya sebuah kesultanan pada 1699. Adil atau zalimkah baginda terhadap rakyat? Lalu 'terpaksalah' rakyat menderhakainya!

Salah sebuah kesultanan yang mempunyai hubungan dengan Melaka di bawah jurai keturunan Bendahara ialah Terengganu. Ketika negeri-negeri Melayu sedang dijajah pada awal abad ke-20, Sultan Zainal Abidin III dan para ulama telah menggubal undang-undang tubuh negeri Terengganu yang terkenal nama 'Itqanul Muluk bi Takdis Suluk' yang menetapkan Sultan Terengganu tidak boleh menyerahkan negeri itu kepada kuasa asing, jika demikian berlaku maka tidak wajib lagi rakyat taatkan rajanya.

Bukankah selepas British melantik penasihatnya di Terengganu pada 1919, berlaku pemberontakan besar pada 1924 hingga 1928 di Terengganu. Derhakakah rakyat atau zalimkah raja?

Pemimpin Umno mulakan sembah derhaka?

Politik Melayu moden selepas abad ke-20 telah memperlihatkan beberapa siri penderhakaan terhadap sultan. Di kalangan ahli politik, yang memulakannya ialah Dato Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein), yang kemudiannya menjadi Presiden Umno. Derhaka pertama berlaku pada 1920 apabila Dato Onn mengkritik Sultan Johor secara terbuka di mana sahaja. Beliau marahkan sultan kerana baginda melelong harta bapanya, Dato Jaafar setelah Menteri Besar Johor itu gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya.

Sultan Ibrahim sangat murka kepada Dato Onn. Penderhakaan ini berterusan sehingga Dato� Onn dipecat jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada 1927.

Bukan Dato Onn sahaja yang menderhaka, abangnya, Dato Abdullah Jaafar yang menjadi Menteri Besar Johor turut menderhaka apabila menghina dan memburukkan nama Sultan Ibrahim di luar negeri pada 1927.

Seorang lagi kakak Dato Onn, Che Dara Jaafar yang menjadi isteri Sultan Ibrahim turut menerima nasib malang akibat penderhakaan ini. Dato Abdullah telah dipecat sebagai menteri besar dan dilucutkan gelarannya lalu di buang negeri bersama Che Dara oleh Sultan Johor.

Keluarga Dato Onn terbuang kerana derhakakan sultan, akhirnya Dato Onn menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura, sebuah akhbar yan begitu lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.

Selepas kembali ke Johor pada 1936, Dato Onn mendapat semula kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah beliau dilantik memangku tugas Menteri Besar Johor pada Oktober 1946, iaitu beberapa ketika selepas Umno ditubuhkan. Dato Onn ketika itu adalah Presiden Umno yang pertama.

Setelah jawatannya sebagai Menteri Besar Johor disahkan pada September 1947, Dato Onn telah mencadangkan supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan Umno ini kerana ia meletakkan seorang Melayu di atas daripada kedudukan Raja-raja Melayu Sendiri.

Raja-raja Melayu mengesyaki jawatan itu hendak diberikan kepada Dato Onn dan ia dianggap satu penderhakaan Umno dan Dato Onn terhadap Raja-raja Melayu. Sultan Kedah, Sultan Badlishah adalah antara yang paling lantang menentang tindakan derhaka Dato Onn.

Umno secara terbuka menghina Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada 1948 dan mendakwa Raja-raja Melayu tidak wajar meminggirkan Umno yang mempertahankan Raja-raja Melayu semasa Malayan Union. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk melantik seorang Melayu sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi.

Kerana gagal dalam mempengaruhi Raja-raja Melayu, Dato Onn sekali lagi melakukan derhaka dengan menuduh Raja-raja Melayu memungkiri janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Dato Onn menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

Lebih dahsyat lagi penderhakaan ini apabila Presiden Umno menuduh Sultan Kedah sebagai kacang lupakan kulit dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan feudal beraja ini. Akibatnya, Sultan Kedah menyatakan hasrat mengharamkan Umno di negeri itu dan Sultan Johor memaksa Dato Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada 17 Jun 1949.

Inilah pengalaman derhaka terawal dalam sejarah politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Tindakan Umno melantik seorang yang mempunyai rekod derhaka sebagai Presidennya telah membentuk sikap derhaka yang berterusan Umno terhadap Raja-raja Melayu.

Dato Onn semenjak mudanya mempunyai sikap menderhakai rajanya, kemudian dengan kekuatan sokongan ahli-ahli Umno pada 1948, beliau secara terbuka mencabar kuasa Raja-raja Melayu, dan menggunakan platform Umno untuk menghina dan menderhakai Raja-raja Melayu, termasuk membuat ugutan untuk mengajak ahli-ahli Umno menamatkan sahaja sistem beraja di negara ini! Bukankah derhaka ini bermula dari Rumah Umno?



Rasuah Khir Toyo

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Umno penakut, kata Mohd Nizar

Malaysiakini- 22 Februari 2009
Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.

Keluar rumah rasmi

Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.

Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan
kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.

Benarkah Anak Pengerusi SPRM Ditangkap?

Terbaru di dada blog memaparkan kisah penahanan seorang Juruterbang pesawat MAS yang di dakwa anak kepada pengerusi SPRM. Ikuti kisahnya:


Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

"Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (link)

dipetik http://nikhassanazmi.

Sunday, February 22, 2009

Adakah raja-raja pekak dan bisu ?

by AFRAR YUNUS
Sebenarnya persoalan ini telah dijawab secara ilmiah oleh Dr Raja Nazrin Shah pemangku Sultan Perak sekarang.

Dalam satu syarahan di INTAN pada tahun lepas, Raja Nazrin menengaskan "Raja-Raja tidak pekak dan bisu".

Teori ilmiah yang disampaikan Raja Nazrin ketika itu mendapat kepercayaan dan kepujian bukan sahaja daripada rakyat negeri Perak malah rakyat seluruh Malaysia.

Kajian rambang yang dijalankan oleh blog alkerohi mendapati 84% pengundi mahu supaya pilihanraya diadakan semula di Perak.

Masyarakat berpandangan jika krisis ini tidak ditangani secara baik, berpanjangan untuk beberapa waktu lagi, dijadikan polemik, mahkamah perlembagaan lambat membuat keputusan, camputangan pihak-pihak yang tidak diingini dan beberapa faktor lain mengambil tempat - maka impaknya akan merosakkan ekonomi, perpaduan dan perjalanan aktiviti negeri Perak.

Dalam hal ini, istana tidak sepatutnya kelihatan berpihak kepada mana-mana parti politik.

Agensi dan pakar perundangan yang mahir tentang perlembagaan harus dijadikan tempat rujukan.

Jika terlambat, payung yang sepatutnya memanyungi rakyat Perak, sudah pasti akan berterbangan dari hati kecil yang terrobek dek kemelut yang tak berkesudahan mencari tempat berteduh bukan sahaja diwaktu hujan tetapi juga semasa panas terik.

Rakyat mahukan agar teori ilmiah tadi diterjemahkan secara amali.

Berapa lama lagi harus rakyat Perak menunggu ?

KUASA RAKYAT

INILAH PENDERHAKAAN TERHADAP RAJA-RAJA MELAYU







Saturday, February 21, 2009

Nizar kosongkan kediaman rasmi MB esok

POH, 21 Feb.:- YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini esok. Kata beliau semasa Ketika kepada pemberita di sini Sempena majlis Kesyukuran dan majlis makan tengah hari bersama pemimpin dan penyokong PAS di sini, Nizar berkata, beliau akan berpindah ke satu lokasi yang berdekatan pagi esok.

Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu antara 10 dan 11 pagi."Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini" Kata Nizar.
"Saya mempunyai tujuh orang anak, yang perlu bawa dari sini," kata beliau sambil bersenyum.

Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan pada 6 Febuari lalu, Nizar berkata, beliau dan PR membuat keputusan tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi menghormati atas permintaan Setiausaha Kerajaan Negeri yang memohon rumah itu dikosongkan paling lewat pada 27 Februari ini.

Sebelum itu dalam ceramah ringkas setelah majlis doa selamat yang diadakan ditempat yang saama, Nizar menjelaskan tarikh sebenar akan diserahkan kediaman itu ialah pada 27 Februari.

Majlis tahlil dan doa selamat.

Sementara itu, Pegawai Khas Nizar, Amran Harun berkata, penyerahan kunci berkenaan akan dibuat seperti yang diarahkan melalui surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkenaan sampai, pelbagai program keilmuan seperti sembahyang hajat, tahlil dan aktiviti keagaaman akan diadakan.

"Kita akan menggunakan sepenuh masa yang ada ini sebelum menyerahkan kunci kediaman seperti dalam surat yang dihantar minggu lalu," katanya.

Amran berkata, Nizar akan berpindah ke rumah baru yang disewa di bandar raya ini.

"Biarlah lokasinya dirahsiakan... untuk keselamatan dan menghormati keluarga beliau," katanya.

Beliau berkata, operasi memindahkan perkakas rumah milik bekas Menteri Besar telah dijalankan sebelum ini.

Amran berkata, satu majlis khas akan diadakan 10 pagi esok bagi meraikan warga media yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas sejak 4 Februari lepas membuat liputan mengenai rampasan kuasa kerajaan negeri Perak.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga media yang bekerja siang dan malam melaporkan setiap kejadian dan pengumuman yang dibuat," katanya.-Cinaislam

Kerajaan Sabah tukar Perdana kepada Volvo, tiada hebahan di media.

"Tiada akhbar yang akan laporkan", begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.

Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.

"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.

Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum ini,ujarnya-Hrkh

SIDANG MEDIA SPEAKER DUN PERAK

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut:

Salam sejahtera.
Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam.

Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan …”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato’ Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihanraya ke 12.

Fasal itu juga memperuntukkan “hendaklah ia” yang dengan jelas merujuk kepada Menteri Besar yang ada pada masa itu iaitu Dato’ Seri Nizar. Oleh itu, yang layak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan ialah Dato’ Seri Nizar. Selain daripada Menteri Besar yang sedang dalam perkhidmatannya, tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan bagi maksud Fasal itu.

Sekarang timbul satu lagi masalah atau krisis perlembagaan. Saya adalah ketua legislative iaitu ketua badan perundangan negeri Perak. Persoalan mengenai hak seperti yang saya nyatakan tadi telah dirujuk kepada saya. Maka apa yang perlu saya lakukan? Saya telah menerima aduan bersurat daripada YB Wong Kah Woh iaitu ADUN Canning Garden. Surat itu menyatakan bahawa masalah yang telah berlaku adalah in house problem, state assembly problem. Ia perlu diselesaikan di peringkat kuasa Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Oleh itu saya sebagai Ketua Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini adalah beban yang perlu saya pikul. Ini adalah kewajiban saya. Rakyat telah bertanya, dan banyak pihak lagi yang akan mempersoalkan saya sebagai ketua legislative. Apakah tindakan yang telah saya ambil? Maka saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa mengikut peraturan.

Apabila saya terima surat aduan daripada YB Wong Kah Woh, saya terpaksa bertindak. Saya telah membawa surat itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Jawatankuasa ini telah berbincang dan kami dapati memang wujud kes prima facie dalam isu yang dibangkitkan. Maka jawatankuasa itu telah membuat keputusan untuk memanggil YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam orang YB yang lain untuk berjumpa dengan jawatankuasa tersebut. Dalam perjumpaan yang berlangsung semalam, memang jelas bahawa tujuh ADUN itu telah melakukan kesalahan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mesyuarat bertanggungjawab membuat satu keputusan, kerana kes ini merupakan isu yang amat serius. Demi mempertahankan badan perundangan negeri ini, kami tidak ada pilihan lain kecuali membuat satu keputusan yang terbaik untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan badan perundangan di negara kita, terutamanya negeri Perak yang kita cintai ini.

Masalah yang dibangkitkan oleh banyak pihak kepada saya ialah persoalan peruntukan manakah di dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan “orang atau pihak yang tiba-tiba mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri, boleh atau hendaklah mengadap DYMM Tuanku Sultan untuk mohon membentuk kerajaan”? Sebenarnya tidak ada mana-mana peruntukan yang menyatakan begitu. Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menyatakan Menteri Besar yang sedang dalam mandat pada satu-satu masa itu, jika mendapati majoritinya dalam Dewan Undangan Negeri telah hilang, maka adalah tanggungjawabnya (Menteri Besar yang sedang dalam mandat itu) untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan dan boleh memohon supaya dewan dibubarkan.

Saya tidak mempertikaikan bahawa Tuanku mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN sekiranya sidang DUN telah meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perkara ini tidak dibincangkan dalam sidang DUN maka ia menjadi isu. Sekarang masalah itu terbeban ke atas saya selaku Speaker DUN apabila ada ADUN yang merujuk kepada saya. Orang ramai pun bertanya dan merujuk kepada saya. Apakah tindakan Speaker?

Kes ini adalah soal dalaman Dewan Undangan Negeri. Seperti masalah dalaman rumahtangga, ketua keluarga perlu menyelesaikannya. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah hal ehwal badan perundangan negeri yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Sebagai ketua legislative, saya perlu memberi perhatian dan menjalankan tanggungjawab saya supaya keadilan dapat ditegakkan dan kedaulatan undang-undang terjamin. Itu adalah tugas saya. Itu juga adalah tanggungjawab saya. Saya tidak bertindak melebihi bidang kuasa saya seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Saya hanya menjalankan tugas supaya kedaulatan badan perundangan negeri Perak tidak dicabuli. Itu saja.

Saya tidak berniat untuk menderhaka. Isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana kepentingan politik. Ia juga diputarbelit oleh media perdana dan kumpulan tertentu yang mahukan rakyat menghukum saya sebagai penderhaka kepada DYMM Tuanku. Tuduhan itu adalah tidak benar. Mereka cuba mempolitikkan isu ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang intention untuk menderhaka. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Speaker setelah mendapati perkara ini adalah perkara yang serius dan saya mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN bukannya menggantung YB Ahli-Ahli DUN tersebut daripada menjadi ADUN. Tidak begitu. Saya bersama Jawatankuasa itu hanya menggantung mereka daripada menghadiri sidang DUN. Itu saja.

Mengenai kelayakan mereka sebagai ADUN, saya tidak sentuh langsung. Tiada kenyataan saya berkenan status mereka sebagai wakil rakyat atau ADUN bagi kawasan masing-masing. Itu saja yang perlu saya beritahu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Perak. Apa yang saya lakukan ini adalah mengikut Fasal 16(6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ianya dilakukan demi kedaulatan undang-undang supaya institusi dan badan perundangan ini tidak dicemari oleh mana-mana pihak.

TAKLIMAT ISU SEMASA PERKEMBANGAN DI PERAK

TAKLIMAT ISU SEMASA PERKEMBANGAN DI PERAK
BERSAMA
1. Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang
2. Dato Seri Ir Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin
3. Y.B Lim Bon Chye
4. Y.B Yunus

Tarikh : 22 Februari 2009 / Ahad

Masa : 9.00 malam

Tempat : Markas PAS Titi Gantong, Bota Kanan Perak.

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI





CERITA SEBENAR DATO' SERI HJ NIZAR DENGAN TUANKU

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........-

Sumber : kamparinn blogspot com