Thursday, November 27, 2008

Sekitar Majlis Makan Malam Anjuran AMK Perak Serta Pelancaran Laman Web AMK Perak Oleh Menteri Besar

Majlis diadakan di dewan DBI(Town Hall). Sambutan rakyat Perak dari pelbagai bangsa amat menggalakan. Mereka yang duduk semeja tanpa mengira kaum. Ini menunjukan pemerintahan PR di Perak semakin kukuh. Tetamu yang hadir Menteri Besar Perak Y.A.B Dato' Seri Hj Ir Nizar, Y.B Saudara Nga Kor Ming dan Ketua AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar.
Laman Web AMK Perak telah dilancarkan oleh Menteri Besar Perak Y.A.B Dato' Seri Hj Ir Nizar



untuk gambar seterusnya sila click Read More........
for more pictures click Read More......





















Tuesday, November 25, 2008

Pengarah JAIP tarik balik kenyataan pengharaman yoga

IPOH: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury hari ini berkata fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ianya diperkenankan oleh Sultan Perak.

Bercakap kepada Bernama hari ini bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apaapa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Akhbar The Star hari ini menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.

Sabtu lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsurunsur keagamaan, mantera dan pemujaan.

Pengerusi majlis itu, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dilaporkan berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam. BERNAMA

Intel Lancar Processor Paling Pantas Didunia



Intel® Core™ i7 processor.

Intel® Core™ i7 processor holds a new world record of 117 for the SPECint_base_rate2006* benchmark test that measures the performance of a processor. This is the first time ever for any single processor to exceed a score of 100 points.

Dr Hassan ‘panas’, gugur 2 pemimpin


Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana “kepanasan” dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas.

Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib.

Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini, pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin nombor satu dengan mendominasi kedua-dua mesyuarat itu.

Menurut sumber lagi, keputusan pengguguran Khalid dan Saari itu tidak dipersetujui di kalangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada yang dipertua PAS kawasan.

Ramai di antara mereka dikatakan berdiam diri kerana tidak berpeluang mengeluarkan pandangan.

“Tidak ada kebebasan bersuara dalam mesyuarat. (Agenda) tidak bincang isu betul-betul dan selalu disapu di bawah permaidani,” kata sumber.

Kedua-dua tokoh gerakan Islam itu dikatakan sering bersuara lantang menyebabkan Dr Hassan jadi sensitif, terutamanya dalam isu pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta kepada rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Malaysiakini difahamkan kedua-dua tokoh yang digugurkan itu berpandangan, isu-isu perkauman melibatkan penyertaan golongan bukan Melayu dalam tidak harus menjadi keutamaan PAS di negeri itu.

“Isu-isu Melayu ini kita tidak mahu layan dah,” kata sumber.

Bagaimanapun, pandangan Khalid dan Saari ini dikatakan bertentangan dengan pendekatan Dr Hassan yang didakwa tidak mengendahkan teguran-teguran yang dibuat terhadapnya.

Dr Hassan sebelum ini dilaporkan menolak pelantikan Low atas alasan beliau bukan Melayu.

Tindakan itu mengundang kontroversi dan reaksi pelbagai pihak.

Isu-isu sebegitu, kata sumber, tidak selari dengan slogan “PAS Untuk Semua” yang dilaungkan parti itu.

Penyingkiran kedua-dua tokoh itu juga dikatakan kesan daripada tindakan mereka yang mahukan PAS “kembali kepada asal” dengan memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Pakatan.

Sementara itu, Roslan yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya mengakui idea merombak organisasi parti itu disarankan oleh Dr Hassan sendiri bertujuan untuk menguatkan organisasi parti di negeri itu.

Beliau berkata, hanya jawatan dalam organisasi PAS negeri sahaja digugurkan bertujuan meringankan beban kedua-dua wakil rakyat itu. Jawatan-jawatan lain yang dipegang, diteruskan seperti biasa.

Menurut Rolsan lagi, rombakan minggu lepas itu merupakan “perkara biasa” dan diamalkan di pelbagai negeri.

“Pahang dan Melaka juga membuat rombakan tetapi tidak tidak dibicarakan,” katanya kepada Malaysiakini.

Rombakan itu, tambahnya, hanya mencetuskan spekulasi kerana Selangor merupakan negeri di bawah pemerintahan Pakatan yang melibatkan PAS sebagai rakan gabungan.

Mengulas pelantikan beliau dan Dr Che Rosli, Roslan berkata, kedua-dua mereka bukanlah orang baru.

Beliau sebaliknya pernah memegang jawatan itu sebelum ini, berpengalaman dan mempunyai hubungan baik mempromosikan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri itu dalam pilihanraya umum Mac lalu.

“Dr Che Rosli pula merupakan bekas (seorang) yang dipertua PAS di Perlis,” katanya.

Dr Hassan gagal dihubungi untuk mengulas dakwaan ini, beliau kini dilaporkan berada di luar negara.

Beliau semalam dilaporkan berkata, PAS Selangor memerlukan rombakan kecil selepas melihat perlunya ada usaha memberi peluang kepada barisan kepimpinan baru.

Rombakan itu, tambahnya lagi, mengambil kira keperluan komitmen dan penglibatan sepenuh masa dalam organisasi itu.

Beliau mendakwa Khalid berperanan besar sebagai wakil rakyat di tempat masing-masing.

Selain sebagai yang dipertua Shah Alam, Khalid juga ahli lajnah politik PAS pusat

Anwar dakwa polis diperalat tangani isu pembangkang


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak polis telah diperalat terutamanya dalam menangani kes-kes yang berkaitan dengan parti pembangkang.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan polis menyuraikan perhimpuan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI), yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), semalam.

"Perkembangan terakhir ini pihak polis diperalat untuk bertindak terlalu keras terhadap orang-orang yang yang protes ISA.

"Tapi kalau perhimpunan yang ditaja oleh UMNO dan rakan-rakannya...dibiarkan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dijadualkan hadir sekitar kira-kira pukul 10 malam semalam bagi melancarkan perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun beliu tidak hadir setelah dimaklumkan perhimpunan itu disuraikan oleh polis kerana diadakan tanpa permit.

"Saya, ustaz Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Lim Kit Siang dijemput untuk hadir, namun kita dapat laporan lebih kurang pukul 9 malam perhimpunan itu diserbu," katanya.

Dalam perhimpunan semalam, polis menahan sembilan yang hadir termasuk ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Pesekutuan (WP), Kamaruzzaman Mohamad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamdan, Ketua Unit Amal PAS WP, Saifuddin Abdullah dan empat lagi penyokong yang difahamkan enggan bersurai setelah diarahkan pihak polis.

"Ini satu perkembangan yang amat mendukacitakan, kita pandang serius perkara ini, kalau benar salah...boleh diadakan rundingan dengan baik," katanya.

Anwar berkata, beliau tidak faham mengapa perhimpuan seumpama itu sentiasa disifatkan boleh mengancam keselamatan negara sedangkan lebih banyak isu lain yang ditimbulkan menjurus kearah tersebut.

"Tindakan menghasut orang dengan mengatakan kita (Pakatan Rakyat) anti bahasa Melayu itu tak ancam keselamatan negara?

"Seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Melayu kononya bahasa Melayu diganti dengan bahasa Cina, tidakkah itu bohong?" katanya.

Menurut beliau isu-isu sedemikian lebih dianggap serius dan sebenarnya mampu mengancam keselamatan negara.

Monday, November 17, 2008

Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu



Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

HTC Touch Now Comes In Two New Flavors: 3G and HD




The HTC Touch family just got bigger with the recent introduction of two new models to the existing lineup - the HTC Touch 3G and the HTC Touch HD.

In a essence, the HTC Touch 3G is a 3G enabled version of the previous Touch, while the Touch HD comes with a 3.8 inch wide-screen VGA display (WVGA), a standard 3.5mm audio jack and a 5 megapixel camera with autofocus. The HTC Touch 3G will be available from the end of November and will retail at RM1,999 while the HTC Touch HD should hit the shelves by December at a retail price of RM3,399

Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR


Kira-kira 12,000 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.

gabriel adit and keadilan pkrBorang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini.

Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.

Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.

anwar visit sibu 151108 crowdAdit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk menyertai PKR.

Manakala 6,000 lagi permohonan baru dipercayai terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli.

Friday, November 14, 2008

Kos selanggaraan kereta EXCO Perak

Satu topik yang aku seronok dengar masa Sidang DUN tadi ialah tentang kos penyelanggaraan kereta-kereta EXCO semasa era BN dari tahun 2004 hingga Mac 2008.

Setiausaha Kerajaan negeri AFD 11 RM72, 777.12

Penasihat Undang-undang AFD 22 RM45,517.40

Pegawai Kewangan Negeri AFD 33 RM83,045.50

Speaker AFD 999 RM63,324.16

Dato Yik Phooi Hong AFQ 183 RM6,587.47

Dato Ho Chang Weng AFD 66 RM105, 783.99

Dato Ramly Zahary AFD 858 RM48,461.71

Dato G. Rajoo AFD 77 RM86, 925.14

Dato Chang Ko Youn AFD 55 RM86, 005.94

Dato Radzi Manan AFD 88 RM64,655.26

Dato Tan Chin Meng AFD 333 RM102,884.63

Dato Mohd. Saarani AFF 99 RM66, 921.04

Dato Mohd. Zaim AFD 99 RM103,896.03

Kapt. Najmudin AFB 64 RM27,658.60

Dato Siti Salmah AFF 33 RM89,259.40

Dato Zamry AFF 88 RM25,808.89

Jumlah: RM1,079,512.07

Bekas Menteri Besar, Dato Tajol Rosli Mercedes Benz ML 320 AEH 9 RM90,733.07. Tu tak termasuk sebuah lagi kereta Proton Perdana.

Jumlah penyelanggaraan kereta Bekas Menteri Besar sahaja berjumlah RM222,343.26.

Jumlah keseluruhan…RM1,301,855.33

Patut la syok jadi EXCO. -mat saman kati

Kes liwat Anwar: Pendakwaan dan pembelaan terus bertelagah, Mahkamah Tinggi dengar rayuan 20 dan 21 Nov


KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dan pembelaan bagi kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim terus bertelagah mengenai urusan pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi walaupun Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, S.M Komathy Suppiah mendapati sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Sesi sebutan kes yang dijadual bermula hari ini terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memfailkan semakan semula terhadap keputusan hakim berkenaan buat kali kedua ke Mahkamah Tinggi.

Pada awal sesi sidang mahkamah hari ini, Peguam R. Sivarasa yang mewakili pihak pembelaan mempersoalkan tentang pelanggaran akujanji pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang berjanji akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.

Sivarasa berhujah berdasarkan peruntukan Seksyen 51(A) yang menjelaskan segala dokumen yang berkaitan mestilah disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum tarikh perbicaraan.

"Yang Arif, pihak pendakwa telah melanggar akujanji yang mengatakan bahawa mereka akan menyerahkan dokumen tersebut sepatutnya pada hari ini sebelum perbicaraan bermula," katanya.

Bagaimanapun Mohamed Yusof memaklumkan kepada mahkamah peruntukan seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terutamanya bagi sub-seksyen 35(2) yang memperuntukan bahawa memandangkan ada permohonan semakan semula, semua prosiding di mahkamah rendah hendaklah digantung.

"Oleh itu kami meminta supaya semua prosiding berhubung dengan kes ini ditangguhkan sementara menunggu apa-apa keputusan dan arahan Mahkamah Tinggi berhubung dengan semakan semula kes tersebut," katanya.

Pada 11 November lalu, pihak pendakwaan telah memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keputusan yang dibuat Komathy pada 7 November lalu.

Kemudian pada 12 November, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Jenayah) memaklumkan bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 20 hingga 21 November depan untuk mendengar penghujahan kedua-dua pihak berhubung semakan tersebut.

Alasan yang diberikan Mohamed Yusof masih tidak memuaskan hati pihak pembelaan yang tetap menggesa pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitan kerana kes tersebut akan tetap dibicarakan.

"Kami memerlukan dokumen tersebut untuk buat persediaan dalam kes ini, walaubagaimanapun kes ini akan tetap dibicarakan," kata Sivarasa.

Oleh yang demikian, Mohamed Yusof memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan segala dokumen yang diperlukan itu.

Menurutnya, dokumen berkenaan akan diserahkan pada petang ini atau selewat-lewatnya esok.

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Sidang sebutan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen mula dibicarakan pukul 9.48 pagi ini.

Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga pada pukul 9.28 pagi ini.

Pada 7 November lalu, Hakim S.M Komathy Suppiah memutuskan untuk mendengar kes itu di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Anwar, 61, menghadapi perbicaraan atas tuduhan dengan sukarela melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, beliau menghadapi hukuman penjara hingga 20 tahun di bawah Sekseyen 377B kanun Keseksaan. Beliau sekarang bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Pasukan pendakwana diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden iaitu ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara. Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.

Pasukan peguam bela terdiri daripada Sulaiman Abdullah, R. Sivarasa, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.

Kes tersebut, yang kedua melibatkan Anwar dalam satu dekad ini, pertama kali disebutkan awal Ogos lalu.

Kemudian pendakwa mohon ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,

Minggu lalu, sebelum tarikh ditetapkan, timbalan pendakwa raya Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, meminta mahkamah menetapkan tarikh pendengaran.

Bagaimanapun Sulaiman, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pendakwa perlu mengemukakan dokumen tertentu seperti laporan perubatan dan kimia berkaitan kes kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.

Ketika menolak permohonan pendakwaan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Komathy memutuskan oleh kerana sijil itu ditandatangani sendiri oleh Abdul Gani, ia melanggar ekspektasi undang-undang Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

Pada Selasa lalu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memutuskan kes ini tetap dibicarakan di mahkamah itu tanpa perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Rayuan itu difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen

Keluarga Datuk Z diarah kosongkan laman banglo

Kerajaan Selangor mengarahkan keluarga bekas wakil rakyat Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Derus supaya mengosongkan bahagian laman banglonya dalam tempoh sebulan kerana tidak mendapat kelulusan pemilikan.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar, jika mereka gagal mematuhi arahan pengosongan tanah tersebut, kerajaan negeri akan membawa kes itu ke mahkamah atas tuduhan menceroboh tanah kerajaan.

"Justeru, kerajaan negeri Selangor berharap agar arahan ini akan dapat dipatuhi tanpa perlu sebarang tindakan diambil.

"Keputusan sebegini diambil atas dasar kesamarataan kepada semua pihak tanpa mengira bangsa atau agama," kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) turut diarahkan memberitahu keluarga Zakaria dan mengeluarkan kompaun ke atas kesalahan menceroboh tanah kerajaan.

Exco kerajaan negeri semalam memutuskan perkara itu setelah mendengar taklimat dari pihak MPK dan Jawatankuasa Tanah Daerah Klang semalam.

Cetus kontroversi

Menurut kenyataan tersebut, permohonan pemilikan laman seluas 2,269 meter persegi itu ditolak Jawatankuasa Tanah Daerah Klang tahun lalu.

Jawatankuasa itu juga memutuskan sebarang rayuan haruslah dibuat terus kepada majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Zakaria mula mendirikan banglo pada 2006 walaupun tanpa kelulusan pelan bangunan. Akibatnya, MPK mengeluarkan denda sebanyak RM19,373 - iaitu 10 kali ganda bayaran pelan bangunan.

Tindakan itu mencetuskan kontroversi dan menjadikan beliau tumpuan ramai.

Zakaria melalui isterinya Azizah Ngah diberi pemilikan tanah seluas 4,049 meter persegi melibatkan cantuman lapan lot tanah pada Julai 2003.

Beliau meninggal dunia Mac lalu akibat mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sewaktu sedang berbual dengan anggota keluarganya.

Nazri: 6 hakim memang dipecat


Pembayaran pencen dibuat kepada enam hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988 atas pemintaan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz hari ini.

Katanya, beliau telah menemui surat dari baginda ketika itu yang menulis kepada Ketua Setiausaha Negara masa itu, meminta dibayar pencen kepada mereka walau dipecat

Sehubungan itu, kata Nazri, beliau kesal dengan kesilapannya semasa menjawab satu soalan mengenai pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain, di Parlimen baru-baru ini.

Katanya, kenyataan beliau mengenai kemungkinan kesemua hakim tersebut telah dipecat 20 tahun lalu adalah tidak benar.

Sebaliknya Salleh dan lima hakim kanan yang lain sememangnya dipecat, tetapi mereka masih menerima bayaran pencen atas dasar ganti rugi sejak itu, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Pada 6 November lalu, Nazri mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk Salleh.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.

Bayaran saguhati

Selain Salleh, lima lagi penerima saguhati tersebut ialah lima bekas hakim Mahkamah Agung - Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.

Wan Suleiman dan Seah masing-masing dibayar RM2 juta manakala Eusoffe, Azmi dan Hamzah, masing-masing mendapat RM500,000.

bm version judicial sacking ex gratia payment to former judges 061108Menurutnya, Salleh turut menerima bayaran pencen bulanan sebanyak RM5,102, Seah pula menerima RM5,916, Hamzah (RM6,508), Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815) dan Azmi (RM5,916).

Sementara itu, Nazri menyangkal kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bahawa kerajaan telah memungkiri janjinya untuk tidak mendedahkan jumlah bayaran saguhati kepada bekas hakim terbabit.

Sebaliknya, tegas Nazri pendedahan jumlah saguhati itu dibuat atas permintaan yang dibuat di Dewan Rakyat.

Lagi pula, kata menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kehakiman itu, ia adalah wang rakyat.

Jawab kenyataan Zaid

"Walaupun kita tidak perlu mendedahkannya tetapi apabila Parlimen minta, maka kita kena berbuat demikian," katanya.

Isnin lalu, Zaid membantah keputusan kerajaan untuk mendedahkan jumlah RM10.5 juta saguhati yang dibayar kepada bekas hakim-hakim tersabit.

Menurutnya, beliau - sewaktu menjadi menteri berkenaan - dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah bersetuju untuk tidak mendedahkan jumlah bayaran saguhati itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada JawatankuasaHak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar kepada Dewan Rakyat, akan diketahui minggu depan.

Katanya, beliau perlu menyemak semua butiran kerana perkara itu melibatkan banyakimplikasi.

Pada 10 November lalu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) meminta Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa kenyataan menteri bahawa bekas-bekas hakim tersebut bukannya dipecat tetapi ditamatkan perkhidmatan lebih awal, adalah satu pembohongan besar.

Friday, November 7, 2008

Status pindah kes liwat Anwar diketahui hari ini


PETALING JAYA: Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini manakala Hakim S.Komathy Suppiah dijadual membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun sebaliknya.


Komathy menetapkan hari ini untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.


Mahkamah akan mula bersidang pada jam 3 petang.


Pada 31 Oktober lalu, peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Abdul Gani yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.


Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.


Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.


Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.


Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.


Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.


Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.



Raja Petra bebas ISA


KUALA LUMPUR: Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berjaya mendapatkan pembebasan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui habeas corpus.


Isterinya, Marina Lee Abdullah ketika dihubungi mStar Online mengesahkan mengenai perkara tersebut sambil menyatakan rasa gembira berkata, Raja Petra akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum pukul 4 petang ini untuk dibebaskan.


Raja Petra, 58, ditahan pada 12 September lalu dan pada hari yang sama juga ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng turut ditahan dibawah akta tersebut.


Bagaimanapun Teresa dan Tan sudah dibebaskan.

Tuesday, November 4, 2008

Rakyat Perak yang layak diseru daftar segera untuk air percuma

IPOH : Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyeru semua penduduk di negeri itu yang berpendapatan di bawah RM700 agar membuat permohonan mendapat bekalan air percuma 20 meter padu.

Menurut beliau, daripada 19,000 penama yang layak mendapat bantuan tersebut hanya 4,582 penama yang telah menghantar borang permohonan kepada Lembaga Air Perak (LAP).

Kesemua yang telah memohon itu mula menikmati bekalan air percuma semenjak Ogos lalu, kata Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP.

Kesemua yang telah memohon itu mula menikmati bekalan air percuma semenjak Ogos lalu, kata Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Nizar menyatakan penguatkuasakan undang-undang Islam memerlukan perubahan terhadap sistem undang-undang sedia ada di semua peringkat.

Perubahan itu, katanya, juga memerlukan kajian dan perbincangan di semua peringkat terlebih dahulu tetapi sehingga kini belum ada perbincangan seumpama itu.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita kenapa kerajaan negeri tidak menguatkuasa undang-undang Islam bagi menangani gejala maksiat yang membabitkan umat Islam yang mengunjungi rumah urut dan kelab-kelab malam.

Terdahulu, beliau merasmikan Ijtima' Gabungan Persatuan Agama Islam Negeri Perak di sini.

Beliau berkata banyak kajian yang perlu dibuat bagi mengekang tabiat orang Islam yang melakukan maksiat dan mengunjungi kelab-kelab malam serta rumah perjudian.

"Saya serahkan kepada semua persatuan yang berlandaskan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat perbincangan bagaimana caranya untuk melaksanakan sistem perundangan ini.

"Banyak kejadian yang tidak diingini berlaku berpunca dari tabiat meminum arak, main judi hinggakan suami sanggup memukul isteri gara-gara tidak sedarkan diri," Bernama memetik beliau berkata.

Mohammad Nizar yang baru melawat Pakistan minggu lepas berkata bandar raya Lahore yang mempunyai berjuta penduduk beragama Islam juga masih gagal menggunakan sistem perundangan Islam sepenuhnya.

"Di Lahore yang hampir seratus peratus penduduknya orang Islam juga masih menghadapi masalah untuk melaksanakan hukum yang sepatutnya," katanya.

Monday, November 3, 2008

Elaun guru agama di S'gor dinaikkan ke RM1,000

Elaun bagi guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, seramai 6,262 orang guru berkenaan akan menerima kenaikan tersebut.

Abdul Khalid berkata dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan, elaun itu mungkin dinaikkan di atas garis kemiskinan RM1,500 sebulan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Menurut Bernama, Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah meminta kerajaan negeri agar menimbang semula kadar elaun itu yang agak rendah, di tengah-tengah kenaikan
harga barangan keperluan pasa masa ini, selain ia terletak di bawah paras kemiskinan RM1,500 sebulan.

Abdul Khalid berkata sehubungan dengan kenaikan elaun tersebut, para guru SRA dan KAFA mungkin diberikan kemahiran yang lebih, seperti mampu membina pangkalan data anak-anak murid mereka untuk rujukan Jais dan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian di majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Jais dan meraikan kakitangan Jais yang bersara di Shah Alam hari ini.

Beliau turut merasmikan talian online JAIS "NCR Online" yang dibangunkan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat Islam dalam urusan perkahwinan dan penceraian.

Sony Laptop Batteries BOOM In USA


Announcements like this have become so common that they've failed to get us worried/excited any more. But since we received an earful from Sony Malaysia for not being clear enough when something like this last happened the last time, here's the deal - HP, Toshiba and Dell have issued a recall IN THE USA of 100,000 Sony battery packs found in laptops sold between 2004 and 2006. Of these 100,000 units, only 35,000 units are located IN THE USA, while the remaining 65,000 have been sold worldwide.

If you indeed do live IN THE USA, you might want to check out the US Consumer Product Safety Commission website to find out if your battery is prone to going boom

Raja Petra Dibenarkan Jadi Saksi Kes Altantuya.....!!!!!...


PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tidak ada sebarang sekatan bagi mana-mana tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk Raja Petra Raja Kamaruddin untuk menghadiri sebarang prosedur mahkamah. "Sememangnya tidak ada sekatan untuk mereka yang ditahan ISA untuk hadir di mahkamah," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan yang dikemukakan Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar dalam kes pembunuhan wanita Moggolia, Altantuya Shaariibuu yang ingin mendapatkan Raja Petra sebagai saksi pihak pembelaan.

Raja Petra yang kini ditahan di bawah ISA pernah mengeluarkan Akuan Bersumpah berhubung kes berprofil tinggi itu. Syed Hamid berkata jika ada permohonan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan keterangan Raja Petra sebagai saksi, pihak kementerian boleh memberikan kebenaran. "Kalau ada (permohonan), boleh dapat kebenaran... boleh," katanya. Bagaimanapun menurutnya, sehingga semalam beliau masih belum menerima sebarang permohonan berhubung perkara tersebut. "Belum ada lagi, saya belum dapat apa-apa maklumat. Mungkin sebab hujung minggu," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan Raja Petra akan dibebaskan daripada tahanan ISA. Namun beliau menafikan mengenai perkara tersebut. "Tak ada... saya tak tahu pula khabar angin beliau akan dibebaskan," katanya

Nampaknya satu masalah besar akan menimpa Najib Tun Razak, yang baru menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden UMNO itu. Seperti yang umum ketahui bahawa Raja Petra adalah orang yang bertanggungjawab membuat akun sumpah perihal Najib dan Rosmah yang dikatakan terlibat dengan kes Altantunya. Malahan juga Raja Petra dipercayai memegang banyak maklumat dan bukti tentang pembabitan kedua-dua pasangan suami isteri "popular" itu. Maka, bila beliau dipanggil sebagai saksi, sudah pastilah perkara ini akan terdedah dan seperti yang kami perkatakan dulu Najib pasti akan dipanggil ke mahkamah untuk menjawab segala pertuduhan atau bakal dikenakan perintah tahanan reman untuk siasatan polis.

Atas arahan Pak Lah maka Najib diminta bercuti selagi kesnya belum selesai. Maka perbicaraan akan berlangsung dan Najib dan Rosmah akan berada di mahkamah untuk menghadapi kes terbaru itu. Akhirnya perbicaraan akan berlarutan sehingga bulan Mac 2009 iaitu tarikh peralihan kuasa UMNO. Maka Najib belum lagi boleh mengambil alih tampuk kuasa, kerana beliau masih berhadapan dengan kesnya itu. Akhirnya Pak Lah akan terus memimpin sampai bila-bila. Inilah rentetan peristiwa bagaimana Najib akan dikaitkan dengan kes Altantunya itu nanti. Apapun kita nantikan tarikhnya, apakah benar Menteri Dalam Negeri memberi izin kepada Raja Petra menjadi saksi. Ataupun ada pihak-pihak lain yang akan menghalangnya

MB DAN ISTERI TAK MOHON TUNAIKAN IBADAT HAJI


IPOH: “Saya tidak memohon menunai ibadat haji tahun ini, begitu juga isteri saya,” kata Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sambil menafikan laporan akhbar (Utusan Malaysia) bahawa beliau dan isteri akan ke tanah suci tahun ini, beliau meminta wartawan yang hadhir bertanyakan hal itu pada Utusan Malaysia.
” Saya dah tunaikan ibadat haji. Jadi saya cuma menyokong permohonan mereka yang mahu menunaikan ibadat haji tahun ini,” kata beliau.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau meluluskan 22 permohonan rombongan mengerjakan haji dari Nizar, termasuk Nizar dan isteri.

Zahid juga berkata, ” haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama.
Nizar, bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada Zahid kerana memberi kesempatan dan menerima baik permohonan 22 anggota rombongan dari pejabatnya dan berharap Zahid mengotakan kata-kata bahawa beliau (Zahid) akan sentiasa mengambil kira pertimbangan agama dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan agama.

“Saya dan isteri sudahpun menunaikan ibadat haji. Yang memohon itu juga bukannya semua ahli Pas, ada dari Keadilan dan guru-guru pencen,” kata beliau sambil menegaskan bahawa permohonan itu dikemukakan kerana difahamkan Menteri Besar diberi peruntukan kuota khusus atau kemudahan tertentu untuk menghantar bakal haji atau menunaikan haji.
Sehubungan laporan akhbar hari ini, pejabat Menteri Besar menerima beberapa panggilan dari orang perseorangan yang bertanyakan kedudukan temujanji masing-masing yang telah ditetapkan sepanjang Disember 2008. END

Mingguan Malaysia didakwa manipulasi kenyataan Hadi


Akhbar Mingguan Malaysia didakwa telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Selangor melantik Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Akhbar Mingguan Malaysia hari ini (semalam) dengan cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak profesional telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi berkenaan pelantikan Low sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS," lapor laman akhbar rasmi PAS, Harakahdaily.net semalam.

Akhbar itu melaporkan Abdul Hadi berkata, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Mingguan Malaysia memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Kemaman, Terengganu kelmarin.

Menurut akhbar itu lagi, Hadi berkata akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

Beliau juga dilaporkan berkata, secara umumnya pemerintahan dan pentadbiran negeri mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

Mengulas laporan tersebut, Harakahdaily.net meminta seluruh rakyat Malaysia "menilai laporan yang disiarkan akhbar itu dan mengambil tindakan sewajarnya" kerana mendakwa Utusan Malaysia "telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara tidak wajar".

Persatuan bantah

Harakahdaily.net turut memuatkan transkrip penuh sidang akhbar di Kemaman kelmarin selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu.

Menurut transkrip itu, Abdul Hadi, ketika ditanya berulang kali pendiriannya berhubung perlantikan Low itu berkata beliau "kena dengar keputusan Selangor dulu" kerana baru balik daripada luar negara dan "belum mendapat maklumat" berhubung perkara itu.

Beliau juga enggan mengulas isu pemansuhan ekuiti pemilikan 30 peratus bumiputera.

Bagaimanapun ketika diminta memberi komen secara umum sama ada seseorang itu tidak dapat diterima perlantikannya ke jawatan tersebut disebabkan tidak beragama Islam, beliau berkata:

"Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah orang Melayu Islam... sudah diterima.. dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum," katanya.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perlantikan Low sebagai pemangku pengurus besar sementara PKNS untuk tempoh setahun.

Low mengambil alih tugas Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Keputusan Abdul Khalid itu dibantah enam persatuan kakitangan PKNS yang menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Low.

Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mencari calon bumiputera untuk mengisi jawatan tersebut.

Semalam, lebih 30 ahli Umno bahagian Kajang dilaporkan mengadakan demonstrasi di pintu masuk Plaza Tol Kajang membantah tindakan menteri besar itu.

Saturday, November 1, 2008

Mahkamah bebaskan Razak Baginda




Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara jam 9.54 pagi 18 Oktober dan 9.45 malam 19 Oktober tahun 2006.

Mahkamah menetapkan 10 November ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri. Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Mayat Altantuya telah diletupkan dan cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.

Pihak pendakwa dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak itu.

Razak diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong. Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar manakala Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican dan Ahmad Zaidi Zainal.

Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid.

Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh pula bertindak peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.

Pihak mendakwa selesai berhujah pada 23 Jun lalu selepas mahkamah mendengar keterangan daripada 84 saksi selam 151 hari.

Abdul Razak yang jelas kelihatan gembira dengan keputusan tersebut, meninggalkan mahkamah dengan ditemani isteri dan anak perempuannya pada kira-kira jam 10.10 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan wartawan yang menunggunya, dan hanya berkata: "Saya mahu pulang ke rumah".

Sementara itu, Bernama melaporkan Keluarga Abdul Razak dicengkam emosi selepas Zaki memutuskan yang beliau mendapati tiada kes prima facie terhadap pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia itu.

"Prima facie" dalam bahasa Latin merujuk kepada kes yang mempunyai bukti yang cukup dan pada kadar minimum yang diperlukan untuk membolehkannya diteruskan dalam proses kehakiman.

Zaki berkata seluruh isi kandungan afidavit Abdul Razak mengandungi kenyataan pembuktian tidak bersalah yang patut diterima dan diberi pertimbangan sewajarnya.

Kenyataan pembuktian tidak bersalah ialah kenyataan yang dibuat oleh defendan atau tertuduh yang cenderung membebaskan defendan/tertuduh daripada kesalahan seperti pertuduhan, atau kenyataan yang cenderung memberikan justifikasi atau alasan bagi tindakan atau kehadirannya.

Abdul Razak yang mengenakan kemeja berjalur biru muda, pada awalnya kelihatan seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh hakim namun riak wajahnya bertukar kepada lega dan tersenyum lebar.

Isteri Abdul Razak, Mazlinda Makhzan, anaknya Rowena dan anggota keluarganya menitiskan air mata gembira dan kesemua mereka bergegas memeluk Abdul Razak sebaik sahaja keputusan itu diumumkan.

Abdul Razak enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya oleh media mengenai perasaannya berhubung pembebasannya itu. Beliau beredar dari premis mahkamah di tingkat empat bangunan itu melalui tangga belakang.

Sementara Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah.

Pertimbangan sewajarnya akan diberikan kepada tertuduh yang memilih untuk memberikan keterangan bersumpah, di mana tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwaan. Keterangan yang diberikan dalam kandang tertuduh pula tidak akan diperiksa balas oleh pendakwaan.

Jika tertuduh memilih berdiam diri, tertuduh akan disabitkan dan dihukum mengikut penalti yang ditetapkan dalam seksyen yang tertuduh didakwa. Dalam kes ini, hukumannya ialah mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Zaki menerima kenyataan yang diberikan oleh Azilah dan Sirul Azhar kepada polis sebagai sebahagian keterangan.

Azilah memberikan kenyataan yang mendedahkan lokasi tempat Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan manakala Sirul Azhar mendedahkan kepada polis tempat barangan kemas milik Altantuya disembunyikan.

"Saya berpuas hati bahawa wujud kes prima facie terhadap tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) untuk menjawab pertuduhan terhadap mereka. Saya dengan ini memutuskan tertuduh pertama dan kedua untuk membela diri," katanya.

Altantuya, ibu kepada dua anak lelaki masing-masing berusia 4 tahun dan 10 tahun, mendapat latihan sebagai guru dan penterjemah dalam Bahasa Inggeris danBahasa Rusia di National University of Mongolia.

Pembunuhannya digambarkan sebagai amat kejam kerana mayatnya diletupkan dengan bahan letupan. Pakar forensik menemui cebisan dagingnya bertaburan di kawasan di Puncak Alam di Shah Alam.

Kes itu mendapat liputan meluas kerana Altantuya dilaporkan datang ke Malaysia untuk mencari Abdul Razak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.

Mahkamah telah mengambil masa selama 151 hari bermula 4 Jun tahun lepas untuk mendengar keterangan daripada 84 saksi pendakwaan sebelum menangguhkan keputusan itu sehingga hari ini selepas kes pendakwaan ditutup pada 23 Jun lepas.

Hakim Zaki mengambil masa kira-kira 25 minit dari 9.40 pagi untuk menyampaikan penghakimannya. Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding kira-kira15 minit bagi memutuskan tarikh bagi Azilah dan Sirul Azhar membela diri.

Apabila prosiding disambung semula, Hakim mahu mendengar pembelaan diri oleh tertuduh petang ini tetapi menetapkan 10 November selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili Azilah, Datuk Hazman Ahmad, dan peguam bela Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin.

Hazman memaklumkan kepada mahkamah yang beliau mungkin akan memanggil enam hingga tujuh saksi manakala Kamarul Hisham berkata beliau akan memanggil penulis blog Raja Petra Kamarudin dan memanggil semula penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memberikan keterangan.

Raja Petra sedang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau telah membuat akuan bersumpah mengaitkan seorang ahli politik kanan dan isterinya dalam pembunuhan itu.

Balasubramaniam juga membuat akuan bersumpah serupa tetapi menarik balik akuan itu tiga hari kemudian dalam satu lagi akuan bersumpah.

Mahkamah juga membenar peguam bela Abdul Razak, Wong Kian Kheong untuk bertindak sebagai peguam pemerhati pada perbicaraan peringkat pembelaan.