Monday, May 9, 2011

Ulasan mengenai artikel Utusan Malaysia


Sumber klik: DISINI



1.Laporan Utusan tiup kebencian kepada Kristian

2.Umno takut-takutkan Melayu untuk terus berkuasa

3.Fakta yang diketahui umum -Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti dinegara dan diParlimen.

4.DAP tegaskan tiada agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara

5.PR Penang buat laporan polis ke atas akhbar Utusan Malaysia

6.Lim Guan Eng: Utusan sanggup “membakar 1Malaysia” dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama

UTUSAN SAMPAH MILEK UMNO

Wednesday, April 20, 2011

Ceramah politik PKR Tambun di Ulu Chemor






Sumber klik: DISINI




Ceramah politik PKR Tambun telah diadakan dengan jayanya pada 19hb April 2011 diPusat Khidmat Masyarakat Ulu Chemor. President PKR Datin Seri Dr Wan Azizah adalah tetamu undangan khas.Dianggarkan 3000-4000 org hadir.Ceramah ini merupakan antara yang terbaik yang dianjurkan oleh PKR Tambun.Syabas kepada Sdr Azman and semua AJK yang menjayakan program ini

Friday, April 15, 2011

Ceramah DSAI di Parlimen Tambun (Dun Ulu Kinta)


Sumber klik: DISINI



Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim pada 19hb April 2011(Selasa) di Pusat Khidmat Rakyat Zon Chemor ( Jln Chemor-Tanah Hitam),jam 9.00malam. Datang lah beramai ramai.Dengar cerita Sarawak daripada Ketua Ummum sendiri.

Tuesday, March 22, 2011

Taklimat oleh JPRN Perak







Sebagai persediaan utk PRU13,JPRN Perak telah mulakan siri taklimat untuk semua Cabang PKR Perak.Taklimat kepada PKR Cabang Tambun telah diadakan pada 19hb Mac 2011.Siri taklimat ini diketuai oleh YB Chan Ming Kai dan dibantu oleh Puan Rosinah,Sdr Omar Hakim dan Sdri Azlinah.

Taklimat diCabang Tambun telah diadakan diPusat Khidmat Masyarakat Ulu Kinta dan di hadiri oleh Ketua Ranting ranting dan juga Jentera PRU Cabang Tambun.

Thursday, March 17, 2011

Majlis Malam Mesra PKR Taman Jati(Cabang Tambun)






Majlis Malam Mesra PKR Taman Jati(Cabang Tambun) telah berlangsung pada 27hb Februari 2011 bertempat di Dewan Bulan Sabit Merah Ipoh.

Sdr Dato Seri Anwar Ibrahim hadir majlis tersebut bersama pucuk pimpinan Pakatan Rakyat saperti YB DS Nizar(MB Perak Yang Sah),YB V.Sivakumar(Speaker Perak Yang Sah),Dr Nur Manuty( Pengerusi Pimpinan PKR Perak),YB Dr Lee Boon Chye,YB Kesavan dan Ustz Zulkifly Ibrahim(K/Cabang Tambun.

Sdr Mohammad Aslam menerima anugerah khas yang disampaikan oleh DS Anwar kerana berjaya menjual 18 meja.

Mengikut Pengerusi Majlis, Sdr Omar Hakim, semua meja telah pun dijual termasuk 4 meja Emas.Keuntungan yang diperolehi akan disalurkan kepada Ranting Taman Jati dan Cabang Tambun untuk persediaan PRU 13 dan juga untuk mengisi Tabung Pembinaan Semula Markas Manjoi.

Markas tersebut telah musnah akibat kebakaran yang berlaku pada 1.1.11.Kos pembinaan semula Markas Manjoi dianggarkan sebanyak Rm25,000.Siapa yang tergerak hati untuk menderma,boleh hubungi Sdr Omar Hakim(K/Penerangan) ditalian 012-2211914 ataupun Sdr Md Zain(Bendahari)ditalian 012-5757843.

Thursday, February 24, 2011

Aturcara Majlis Malam Mesra

Aturcara majlis malam mesra bersama pemimpin pakatan rakyat.Peluang masih ada jika sesiapa yang berminat untuk membeli meja. Sila hubungi no 0122211914.

Thursday, February 17, 2011

Sumbangan Wang Zakat kepada warga miskin di Kg Sungai Tapah

Sesiapa yang ingin menyumbang wang zakat kepada fakir miskin, terutamanya diParlimen Tambun, kami sedia membantu anda(tak kira parti). Hubungi kami di talian 0122211914 untuk bantuan mengumpul orang miskin.Bantuan disampaikan terus oleh penderma sendiri.Kami hanya mencari dan mengumpul orang miskin untuk anda.





Thursday, February 10, 2011

KENYATAAN MEDIA KEADILAN CABANG TAMBUN

PKR Cabang Tambun menafikan bahawa ada ahlinya yang telah berhenti dan menyertai Gerakan.Tiada sebarang surat perberhentian diterima oleh PKR daripada mana mana pihak.
Rakyat Malaysia tidak boleh diperbodohkan lagi dengan taktik taktik lapuk sebegini dan kami menasihati parti Gerakan & BN untuk memberhentikanya.Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam yang telah meninggalkan PKR hampir setahun tetapi masih lagi digunakan sebagai bahan media oleh Bernama.

Hampir setiap bulan ada ahli ahli baru yang memasuki Pakatan Rakyat.80% daripada mereka ini pernah menjadi ahli parti komponen BN, akan tetapi PR tidak merasa perlu untuk mengebohkan perkara ini.Apa yang penting ialah peningkatan ahli baru dan penubuhan ranting baru sedang berjalan dengan baik.

Omar Hakim Bin Omar Farouk
K/Penerangan Tambun & S/U Pilihanraya Negeri Perak

facebook.com/ohakimm
omarhakim.blogspot.com

facebook.com/Keadilan Tambun
keadilantambun.blogspot.com

Thursday, January 27, 2011

MAJLIS MALAM MESRA ANJURAN RANTING PKR TAMAN JATI



RANTING PKR TAMAN JATI DENGAN KERJASAMA CABANG TAMBUN MENGADAKAN MAJLIS MAKAN MESRA DI DEWAN BULAN SABIT MERAH, IPOH PERAK. LOKASI DEWAN BERSEBELAHAN STADIUM PERAK. KAMI MENYEDIAKAN 3 KATEGORI MEJA.
1)MEJA PALTINUM BERHARGA RM 2,000 DAN VVIP AKAN MENJADI TETAMU MEJA INI. MEJA INI TERHAD KEPADA 3 SAHAJA.
2)MEJA GOLD BERHARGA RM 500 DAN VIP AKAN MENJADI SETIAP MEJA GOLD. TERHAD 10 MEJA SAHAJA.
3MEJA BIASA YANG BERHARGA RM 250.
KEPADA PIHAK YANG INGIN MENEMPAH SEKARANG SILA HUBUNGI SAUDARA OMAR HAKIM DI TALIAN 0122211914. TEMPAH DENGAN SEGERA. IA AMAT TERHAD.SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Friday, December 10, 2010

Siasatan mata lebam Anwar di palsukan?


KUALA LUMPUR, 10 Dis — Bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zin Ibrahim menulis surat terbuka kedua kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar menjalankan siasatan terperinci berhubung isu keterangan palsu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya tidak mahu melihat “nasib Pulau Batu Putih” berulang lagi.

Dalam surat terbuka kedua yang diserahkan kepada Ismail, Mat Zin berkata, pemalsuan tersebut dilakukan dengan terperinci bagi memenuhi motif-motif tertentu.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan bahawa Putrajaya akan mengumumkan keputusan final Isnin ini sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam Anwar, yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider, beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad”.

Sehubungan itu, Mat Zin mengingatkan Ismail sekiranya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) boleh memalsukan dokumen-dokumen itu ia akan memberikan impak yang besar terhadap sistem keadilan jenayah negara.

“Tan Sri masih ingat, bila mana satu helai surat sahaja, bertarikh 21 September 1953 yang ditandatangani oleh seorang Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama, maruah dan kedaulatan negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

“Bayangkanlah apa yang boleh 65 muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara boleh lakukan terhadap sistem keadilan jenayah kita,” katanya.

Menurut Mat Zin, setiap pemalsuan yang dilakukan itu dibuat secara “deliberate”.

“Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan ‘case laws’ berkaitan pemalsuan. Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara “deliberate”. Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja.

“Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan pelaksanaannya dilakukan secara ‘deliberate’ bagi memenuhi motif-motif yang jelas. Diari penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenal pasti pemalsuan-pemalsuan ini.

“Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan, mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias. Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian, apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan ahli suruhanjaya diraja yang terlibat,” katanya.

Mat Zin turut mendakwa pendirian Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini lebih cenderung untuk melindungi individu-individu tertentu, bukan mencari jalan penyelesaian.

“Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza, malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.

“Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan ‘tanpa pilih kasih dan mendapatkan maklumat secepat mungkin’ dan tidak ada sebarang ‘cover-up’ untuk sesiapa pun. Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderung kepada melindungi orang-orang tertentu,” katanya.

Tambah Mat Zin, beliau tidak akan terkejut sekiranya Gani terlibat dalam pemalsuan dokumen yang membabitkan isu mata lebam Anwar.

“Untuk berlaku adil kepada beliau (Gani), saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan suruhanjaya diraja.

“Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat, oleh kerana orang lain tidak mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini.

“Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas,” katanya.

Oleh yang demikian, Mat Zin meminta Ismail supaya menimbangkan semula pendirian yang diambil PDRM dalam isu ini.

“Apa yang patut dibimbangkan ialah jika laporan penting sepertimana rekod prosiding suruhanjaya diraja ini, yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pun boleh dimanipulasikan, maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

“Apa pun, saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak.

“Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya,” katanya.

Pada 22 November lalu, Mat Zin telah menghantar surat terbuka pertama kepada Ismail yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.

“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.

Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,

Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.

Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.

Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Saturday, December 4, 2010

Ceramah Umum PKR :Tetamu Khas-Bapak Herry Nurdi

Sumber klik: DISINI



PKR Cabang Tambun akan mengadakan Ceramah Umum pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh:2010-Dis-07(Selasa)
Waktu: Selepas Magrib(7.30mlm)
Tempat:Perkarangan Masjid Tanjung Rambutan

Bapak Herry Nurdi adalah aktivis masyarakat yang terkenal di Indonesia.Beliau memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pendidik Muslim Indonesia dan juga wartawan Majalah masyhur SABILI.

Semua dijemput hadir.Harap dapat sebarkan.


Omar Hakim
Ketua Penerangan Tambun

Monday, November 15, 2010

Majlis Qurban & Ceramah PKR Tambun Pada 18hb Nov 2010 diMarkas PKR ,Jln Pemimpin



Perkembangan baru: Majlis makan ditukar kepada waktu malam sebelum Ceramah.Sedia maklum dan sebarkan

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali


Sumber klik: DISINI



Selamat menyambut Perayaan Hari Deepavali

Sunday, September 19, 2010

Kelayakan membuang undi parti

Satu usul yang patut dibentangkan kepada pimpinan parti:

Adalah di sarankan bahawa perlembagaaan parti di gubal supaya hanya ahli yang hadir mesyuarat ranting (lebih dari 4 kali?) layak membuang undi. Dari pemantauan kami, ramai juga yang hadir ke Mesyuarat Agong tidak tahu mengenai perjalanan parti dan tidak aktif dengan parti,bahkan tidak pernah hadir mesyuarat.Bagaimana mereka hendak memilih pemimpin yang berkualiti sekirnya mereka tidak tahu mengenai aktiviti parti atau kaliber peminpinnya?

Kelayakan yang sedia ada juga boleh di salah gunakan untuk mengambil kuasa tanpa membuat sebarang kerja untuk kepentingan parti.

Proses yang dicadangkan ini boleh membantu parti untuk membina pimpinan yang lebih berkualiti dan memantapkan pimpinan disemua peringkat.

Sunday, September 12, 2010

PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA DI KG MANJOI


Ziarah dan menyampaikan bantuan sempena Hari Raya oleh Ketua Cabang Tambun Utz Zulkifli dan Ajk PKR Tambun



Menyampai sumbangan Hari Raya kepada warga tua di Kg Dato Ahmad Said

Wednesday, February 17, 2010

Kenyataan Ketua Umum Keadilan

Terus Mara Jayakan Agenda Perubahan
Saya mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). KeADILan sejak mula adalah sebuah wadah kepada mereka yang berhasrat mendukung prinsip-prinsip perjuangan demi membawa Perubahan untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang kelompok terdesak yang sedar hegemoni mereka kini goyah dilanda kesedaran Rakyat. Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama KeADILan. Perjuangan ini menuntut kesediaan serta kesanggupan mengharungi tekanan dan cabaran.

Pada permulaannya antara cabaran yang kita hadapi adalah masalah kewangan. Kita tidak punyai banyak pilihan. Alhamdulillah pada PRU 2008 lalu kita tetap berjaya menampilkan calon-calon berwibawa dan berkelayakan.

Walaubagaimanapun sudah tentu ada di antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan KeADILan sekaligus mengecewakan hasrat Rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

Namun saya yakin kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha tidak mengulangi kesilapan sebegini di masa hadapan.

Kepimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan bahkan terdiri dari mereka yang tahan diuji serta setia kepada perjuangan ini.

ANWAR IBRAHIM