Saturday, January 31, 2009

Kenyataan Media PPN Perak

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Ipoh, 31 Januari 2009

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.

Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.

Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.

Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.

HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak

Suasana Ceramah Khas Mesra Rakyat di Stadium Bakri Rais

Ceramah Khas Mesra Rakyat

Majlis ini telah dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim,Y.B Zainudin,YB Kasavan,YB Lim Boon Chai serta Saudara Tuan Haji Osman dan Mustafa Kamil Ayob.Turut serta ialah penyokong – penyokong Y.B Nasarudin Hashim yang turut sama meraikan penghijrahan ketua mereka kepada Parti Keadilan Rakyat.Kehadiran penyokong di anggarkan 10,000 ribu orang. Ini meyaksikan perubahan yang besar di BOTA.



Ucapan didahului oleh Ketua Bahgian PKR Parit Tn. Hj Usaili Alias di susuli Y.B Zainudin, Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak Tn. Haji Osman,Mustapa Kamil Ayub .Ucapan seterusnya di sampaikan oleh Y.B Nasarudin Hashim disambut dengan hangat oleh pada penyokong.Didalam ucapannya beliau menyatakan bahawa penghijrahan beliau kedalam PKR bukanlah kerana disogok atau dirasuah,sebagai mana yang ditohmahan oleh UMNO.Beliau menegaskan penghijrahan beliau adalah kerana UMNO tidak mampu memperjuangkan kepentingan rakyat.
Ceramah bertambah rancak dengan ucapan DS Anwar Ibrahim yang menerangkan tentang kemasukan Y.B Nasarudin ke PKR dan tentang isu-isu semasa.












Inilah gambar sekitar majlis tersebut. Anda tengok dan anda nilaikan. Semoga Y.B Nasarudin terus berjuang kepentingan rakyat dan membantu warga yang miskin di Bota.

oleh Kuasa rakyat



Friday, January 30, 2009

Pemikiran pemimpin Umno semakin hari semakin tidak rasional.

UMNO semakin nazak! Pemikiran pemimpin Umno semakin hari semakin tidak rasional.


Datuk Seri Ahmad Zahid dalam kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian Rabu (21 Januari) 2009 menyebut semua ketua jabatan, agensi kerajaan Persekutuan di Perak dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran Kerajaan Perak.

Beliau juga menyebut bahawa kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.

MB Perak Dato’ Seri Nizar dalam mengulas arahan tidak berasas Zahid sewaktu sidang media di Ipoh semalam, ianya merupakan satu perkara yang amat malang dan sesungguhnya tidak menghormati kedudukan dan hak rakyat Perak. Kerajaan Negeri Perak sentiasa mahu menjalin hubungan baik dengan Persekutuan, tapi kalau sikap seorang menteri mahu menghentikan dan memutuskan perhubungan di antara pegawai Persekutuan dengan kerajaan negeri, ini sesuatu yang amat menyedihkan.

Menurut Dato’ Ngeh pula, kenyataan yang dibuat Zahid ini amat menyedihkan kerana ia akan menjerumuskan negara Malaysia kepada satu sistem yang tidak menghormati undang-undang kerana JKKK merupakan satu entiti yang diletakkan di bawah undang-undang dan juga diperakui oleh kerajaan negeri Perak dan begitu juga insitusi penghulu.
Dimanakah Zahid meletakkan fikirannya ketika mengeluarkan arahan tersebut. Mungkin pemimpin Umno/BN kini terlalu sibuk sehingga terpaksa bermimpi di siang hari (tak cukup tidur malam agaknya). Andaikan sekiranya beliau melakukan demikian bertujuan untuk menjadi hero Umno/BN, tambahan pula pemilihan parti semakin dekat, janganlah sampai merapu yang bukan-bukan. Cukuplah memalukan diri sendiri dengan isu penutupan 700 Tadika Kemas oleh Kerajaan PR Perak.

Mungkin Zahid sudah berangan menjadi TPM atau PM dengan mengeluarkan arahan yang sebegini besar. Adakah keputusan ini sudahpun diluluskan oleh mesyuarat kabinet? Kalau belum, PM atau TPM kena ulas kenyataan Zahid. Kena bagi alasan yang kukuh kenapa ianya dilaksanakan. Kalau PM dan TPM tak buat sebarang kenyataan, ini menunjukkan bahawa Menteri BN sekarang dah boleh mengeluarkan arahan sesuka hati tanpa persetujuan kabinet. Adakah kedudukan Menteri BN, TPM, PM dah setaraf?

Di manakah kedudukan rakyat Perak di mata Zahid? Sekadar makluman yang diperolehi dari beberapa sumber, isu ini bukan sahaja menimbulkan kebingunan pimpinan Kerajaan PR Perak, namun pihak JPA dan Agensi Kerajaan Perak sendiri turut tidak berpuas hati dengan arahan tersebut. Bagi penjawat perkhidmatan awam, mereka bukanlah ahli politik yang harus diseretkan bersama dengan isu dan hal peribadi pemimpin politik. Mereka ikhlas bekerja untuk memberi khidmat kepada rakyat. Soal politik diserahkan kepada orang politik. Mereka harus bebas supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik dengan telus dan adil tanpa sebarang rasa takut.

Malahan Timbalan Presiden Gerakan (salah satu parti dalam komponen BN), Datuk Chang Ko Yun dalam akhbar The Sun hari ini turut tidak bersetuju dengan kenyataan Zahid kerana menurut beliau arahan tersebut akan memberi kesan yang tidak baik kepada kebajikan rakyat dan akhirnya rakyat Perak yang akan menjadi mangsa.

Dato’ Seri Nizar juga dalam sidang media semalam menegaskan, Kerajaan Negeri Perak akan tetap menjalankan kerja seperti biasa. Semua ketua jabatan dan agensi kerajaan akan terus dijemput ke majlis rasmi Kerajaan Negeri.
Pesanan kepada Zahid, kalau mau terus kekal menjadi Yang Berhormat, betulkan sikit fikiran tu. Banyakkan berehat. Banyakkan bersenam. Makan secara sihat. Banyakkan beristighfar. Biar fikiran menjadi tenang. Barulah boleh membuat kenyataan secara positif dan praktikal. Dia kena ingat bahawa dia adalah rakyat Perak. Jangan sampai menjadi terbuang kerana khianat di negeri sendiri.
Posted by Zulkifly Ibrahim at 11:09 PM

Thursday, January 29, 2009

SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?

SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?
Jan 29th, 2009
Oleh Black.

Saya baru menerima email dari seseorang yang tidak mahu dikenali. Email tersebut berbunyi,

Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi.

Pengirim turut meng”attach”kan laporan polis Halimi Bin Kamaruzzaman yang mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM untuk menjatuhkan pihak tertentu dalam Umno seperti dibawah:







Sejauh manakah kebenarannya?

SPRM perlu menjawab permasalahan ini. Jika tidak, imej SPRM akan tercalar dan kredibiliti badan tersebut akan hilang.

Perak Express-

Wednesday, January 28, 2009

Ceramah Perdana di Stadium Bakri Rais, Bota

Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar dan YB Datuk Nasaruddin.

Tempat: Stadium Bakri Rais, Bota Perak
Tarikh: 30hb Januari 2009 bersamaan 3 Safar 1430 Hijrah
Waktu: 9.00 Malam

Jemput warga Perak hadir beramai-ramai.
Jangan lupe yop!! Pesan pada rakan yang lain.





Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN

Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN

Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi".

"Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.



"Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi "saya tahu itu gula-gula sahaja."

"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.

Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.

"Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.

Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.

Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut.


Sunday, January 25, 2009

Arahan Zahid Hamidi Kepada Agensi Kerajaan Pusat Di Perak

Kenyataan Media Tentang Arahan Zahid Hamidi Kepada Agensi Kerajaan Pusat Di Perak
Oleh :Madzi Hasan

Dua minggu yang lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah membuat satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah apabila beliau mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak mengunci dewan-dewan yang digunakan untuk 700 Tadika KEMAS di negeri itu.


Setelah mendapat amaran untuk disaman oleh Kerajaan Negeri atas dakwaan palsu tersebut, beliau sekali lagi menyerlahkan niat jahatnya apabila akhbar-akhbar hari ini melaporkan kenyataannya yang antara lain adalah seperti berikut:

- Tandatangan dan cop rasmi Pengerusi JKKK (Ketua Kampung) dan Penghulu di Negeri Perak tidak akan diiktiraf oleh agensi Kerajaan Pusat;
- Hanya tandatangan dan cop rasmi JPPP sahaja yang akan diiktiraf oleh semua agensi Kerajaan Pusat;
- Ketua jabatan agensi Kerajaan Pusat dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran Kerajaan Negeri, kecuali bagi beberapa jabatan tertentu sahaja;
- Antara mesyuarat yang dilarang untuk dihadiri tersebut ialah Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Daerah dan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Arahan yang sangat tidak rasional ini sekali lagi menggambarkan sikap pemimpin-pemimpin BN yang membelakangkan keluhuran Perlembagaan dan tatacara yang telah sedia diiktiraf untuk sekian lama. Institusi Ketua Kampung dan Penghulu adalah salah satu daripada institusi yang paling lama dalam sejarah Kesultanan Melayu termasuk di Negeri Perak. Perlantikan Ketua Kampung dan Penghulu dibuat dengan perkenan Sultan sebagai simbol kedaulatan raja dan penurunan kuasa raja di setiap daerah, mukim dan kampung. Di bawah payung istana, institusi Ketua Kampung dan Penghulu telah memainkan peranan yang penting dalam melicinkan pentadbiran dan memupuk perpaduan. Justeru tindakan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak yang tidak mengiktiraf autoriti yang terdapat pada institusi Ketua Kampung dan Penghulu boleh disifatkan sebagai satu penghinaan dan penderhakaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Di sebalik retorik untuk menjaga Ketuanan Melayu, UMNO sendirilah yang langsung tidak menunjukkan penghormatan kepada cabang-cabang di dalam institusi Kesultanan Melayu.

Larangan kerjasama antara agensi pusat dan negeri adalah amat bertentangan dengan prinsip dan semangat federalisme seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Federalisme diasaskan kepada kewujudan dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang mempunyai bidangkuasa dan hak masing-masing serta saling bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Dalam amalan demokrasi yang sihat, pertukaran kerajaan yang dipilih oleh rakyat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, adalah perkara biasa yang tidak akan menjejaskan semangat federalisme. Tetapi di negeri Perak, pemimpin-pemimpin kerajaan pusat tidak henti-henti berusaha untuk menafikan, menceroboh dan mengganggu bidangkuasa dan hak kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan Pusat mestilah bekerjasama dengan agensi dan institusi Kerajaan Negeri demi kepentingan rakyat dan keutuhan jentera pentadbiran negara. Sejak mengambil alih kuasa, Kerajaan Negeri Perak bersikap amat terbuka dengan menjemput semua ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) yang diadakan setiap bulan. Walau bagaimanapun, Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai Ahli Parlimen Bagan Datok tidak pernah menghadiri mesyuarat JKTD tersebut walaupun sekali. Sikap seperti ini menunjukkan betapa jahilnya pemimpin-pemimpin UMNO dalam memahami tanggungjawab asas kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat melalui kerjasama antara pusat dan negeri.

Adalah amat mengejutkan sekali, ketika seluruh dunia berdepan dengan masalah kemelesetan ekonomi, Kerajaan Pusat dengan sengaja memburukkan lagi prospek ekonomi rakyat Perak dengan tidak bekerjasama dalam Majlis Tindakan Ekonomi peringkat negeri dan daerah. Adakah pemimpin UMNO memang suka melihat ramai rakyat Perak hilang pekerjaan, menjadi miskin dan gulung tikar di dalam zaman kegawatan ekonomi ini? Masalah ekonomi semasa adalah satu keadaan yang amat genting yang mana pemimpin-pemimpin politik sepatutnya mengenepikan perbezaan politik demi menjaga periuk nasi rakyat.

Akhir sekali, kenyataan dari Menteri Agama Islam ini adalah amat mengecewakan kerana ia adalah umpama racun yang menyemarakkan perpecahan di kalangan umat Islam di kampung-kampung. Pemimpin yang sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO dulu pernah melaungkan slogan wahdatul fikr (kesatuan fikiran) dan wahdatul amal (kesatuan tindakan), kini rupa-rupanya adalah pencinta perpecahan. Di manakah sikap lapang dada (tasamuh) seorang pemimpin dalam melayani perbezaan dan kepelbagaian di dalam kehidupan umat? Janganlah kerana hendak mencari populariti ketika musim pemilihan parti, maka perpaduan dan kerukunan hidup di kalangan umat dikorbankan.

Sdr. Madzi Hasan adalah Penasihat Undang-Undang PKR Perak dan Ketua Bahagian PKR Bagan Datoh. Beliau boleh dihubungi melalui blog beliau.. http://madzihasan.blogspot.com.



Kenyataan Dato Nasarudin Hashim

Adun Bota: Dato Nasarudin Hashim Menyertai PKR
By Anwar Ibrahim

Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.


Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

—PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE—

PETALING JAYA, 25 JANUARI 2009

Assalamualaikum,

After taking into consideration the development of the political atmosphere, specifically the direction of the public’s support since the 12th General Election in March 2008, and also the condition that exists now in Umno and its leadership, I have taken the decision to leave Umno and join PKR, one of the parties in Pakatan Rakyat, effective today.

This decision has been taken after a long study and consideration of the public’s interest in general, especially my supporters and voters in the state assembly area of Bota.

1. I am very confident in the leadership of PKR that has the will and strong idealism to fight for the rights and interest of the multiracial public in this country.

2. I am confident that PKR will uphold and respect the rights that are enshrined in the Federal Constitution especially the position of Bahasa Malaysia as the official language, the sovereignty of the Malay rulers and the position of Islam as the official religion.

3. I believe that PKR and its partners in Pakatan Rakyat can establish a stronger coalition of component parties for the interest of the general public.

4. This will enable me to be a more effective assemblyman and to offer the best service to the local residents, seeing as Pakatan Rakyat has already established government in Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

PERAK STATE ASSEMBLYMAN FOR BOTA




Adun BN Perak sertai KeADILan




Adun BN Perak sertai KeADILan
Ahad, 25 Januari 2009 •



PETALING JAYA 25 JANUARI (SK)- ADUN Barisan Nasional Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan untuk menyertai KeADILan.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika sidang media bersama Ketua Umum, Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat KeADILan disini.

Menurutnya keputusan ini diambil setelah meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat.


” Saya amat yakin dengan kepimpinan KeADILan yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam sidang media.

Nasarudin adalah Adun Bota yang juga Pengerusi Felcra Berhad hadir bersama isterinya menyakini KeADILan tetap menjunjung hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan.

”Saya percaya KeADILan akan tetap menjujung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” tambahnya lagi.

Selain itu menurutnya lagi penyertaan ini membolehkan saya menjadi Adun yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudahpun menubuhkan sudahpun menubuhkan kerajaan di negeri Perak.





Al-Qossam Bunuh 80 Askar Israel dan Lancarkan 980 Roket

Al-Qossam Bunuh 80 Askar Israel dan Lancarkan 980 Roket
Oleh napies

Brigade Izzudin Al-Qossam, sayap pejuang gerakan Hamas menegaskan, pihaknya telah mampu memberikan pukulan keras terhadap musuh Zionis selama perang yang memakan masa 22 hari.

Juru cakap Al-Qossam, Abu Ubaidah dalam sidang media rasminya hari (19/1) menyebutkan, dalam perang selama 22 hari tersebut, para mujahidnya telah menembak mati 49 askar Zionis dan melukakan ratusan lainya. Itu belum termasuk mangsa Israel mati akibat tembakan roket dan tembakan sniper.


Dengan demikian diperjumlahkan askar Zionis yang tewas oleh pasukan Al-Qossam di medan pertempuran, tidak kurang dari 80 orang. Jumlah ini belum termasuk mangsa Israel mati akibat gempuran roket ke wilayah permukiman di sejumlah kota dan daerah Israel. Al-Qossam menentang tentera Israel mengumumkan kerugian sebenarnya yang terjadi di medan pertempuran.



Syuhada Al-Qossam


Dalam pada itu, Abu Ubaidah mengumumkan jumlah syuhada yang meninggal akibat gempuran roket Israel mencapai 1300 orang. Kebanyakan warga awam yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua. Jumlah ini menunjukan bahawa perang ini tiada lain hanya pembunuhan warga awam, sebagai merealisasidari Aqidah Talmud mereka.



Ia mengatakan, perang yang belum pernah terjadi dalam sejarah. Padahal Israel telah mempersiapkannya ini dalam dalam beberapa bulan sebelumnya. Abu Ubaidah menjelaskan, siapa yang membenarkan perang Israel dan menyebarkan kedustaan bahawa perang ini merupakan serangan balasan atas pejuang, maka ia telah bersekutu dengan Zionis dan ikut bertanggung jawab dalam perang ini.

Hasil Jihad

Al-Qossam menegaskan, walaupun Israel telah memuntahkan semua roketnya dan membunuh semua yang bergerak di atas bumi ini serta menggunakan ratusan tan bom untuk membunuh bangsa Palestin, namun al-Qossam masih sanggup melancarkan tektik perangnya dalam 23 hari terakhir.

Al-Qossam telah melancarkan 980 roket yang terdiri dari 240 roket qossam, 213 roket grad dan 422 roket ringan.

Dari jumlah tersebut, 47 tank Israel musnah dan 4 pesawat tempur mereka jatuh. Satu diantaranya pesawat spy tanpa juruterbang.


Tawanan Perang

Juru cakap Al-Qossam ini kemudian menyebutkan, para mujahidnya telah melakukan dua operasi penculikan terhadap askar Israel. Pertama dilakukan di sebelah timur Tufah pada hari ketiga serangan dan berjaya menawan sejumlah askar Israel. Selain operasi itu, pesawat tempur Israel memasuki dan menembak ke arah pasukan pejuang Al-Qossam hingga mujahid Al-qossam, Mahmud Raifi gugur syahid dan terbunuhnya satu askar Israel. Sementara yang lainya dapat meninggalkan tempat dengan selamat, walau beberapa orang mengalami cedera.


Adapun operasi kedua, dilakukan pada tarikh 5 Januari di sebelah Timur Jabalia. Para pejuang al-Qossam mampu menawan satu askar Israel dengan pengawalan ketat dan menahannya selama dua hari di salah satu kem di medan pertempuran. Kemudian pasukan Zionis mengirimkan salah seorang warga awam yang ditahannya sebagai taman hidup untuk dijadikan barang tebusan dengan askar Zionis. Namun pasukan pejuang menolaknya. Pasukan Zionis berang dan menhantarkan pesawat tempur F16 mereka untuk mengebom kem itu. Dalam serangan ini, tiga pejuang yang menawan askar tadi gugur syahid sementara askar Israel mati terbunuh. Ketiga pejuang tersebut masing-masing, Muhammad Farid Abdullah, Muhammad Abdullah Ubaid dan Iyad Hasan Ubaid.


Pasukan Roket Tidak Terpengaruh

Terkait dengan sumber Israel bahawa targetnya di Gaza telah tercapai, Abu Ubaidah mengatakan, target Zionis di Gaza tidak ada satupun yang tercapai kecuali pembunuhan dan kejahatan perang mereka.


Kami di Al-Qossam menegaskan, pasukan roket kami dengan izin Allah tidak tersentuh. Kami melancarkan roket-roket ini di saat perang tanpa henti dan kami masih mampu untuk melancarkan roket-roket ini selanjutnya. Kami tegaskan, roket kami terus berkembang dan meningkat kemampuanya. Musuh Zionis akan mendapatkan kerugian baru dan menjadi target serangan kami di masa yang akan datang. Kamipun melancarkan roket ini dengan perancanaan di saat perang. Seperti kami katakan di awal. Israel telah memulakan perang. Namun mereka tidak mampu menghentikanya. Kamilah yang menentukanya.


Sejak awal mereka mengatakan, perang akan berlangsung segera. Tetapi kemudian mereka menggelar tahap kedua dan ketiga. Kerugian kami akibat perang ini sedikit sahaja. Kami sudah memperbaikinya sebelum perang berakhir. Demikian juga dengan sumber Zionis yang mengatakan, telah menawan pasukan pejuang. Ini adalah pernyataan palsu. Tidak ada satupun anggota pejuang yang ditawan oleh mereka. Walaupun mereka menawan itupun hanya warga awam biasa.


Genjatan Senjata Akan Berlanjut


Juru cakap Al-Qossam, Abu Ubaidah menegaskan, tujuan perang Zionis tertuju pada penghentian penyelundupan senjata melalui sempadan. Dan ia minta dukungan antarabangsa untuk menghentikanya. Kami katakan, kalau benar, bilakah penyelundupan senjata melalui semenanjung rasmi sempadan. Apakah mereka mengizinkannya ? tentu tidak. Tetapi yang penting kami tahu bagaimana senjata itu dibuat dan darimana senjata itu masuk Gaza.


Yang perlu kami katakan di sini adalah, senjata pejuang tidak masuk dengan jalan diselundupkan. Sejak awal kami menginginkan senjata itu masuk secara rasmi. Namun semua Negara menolak pejuangan rakyat Palestina. Oleh kerana menjadi hak kami untuk memasukanya dengan cara yang kami boleh lakukan. Tekanan untuk melarang memasukkan senjata bukanlah perkara baru. Sejak dahulu mereka melarang masuknya senjata pejuang. Tidak ada satupun yang dapat menghalangi kami untuk berjuang menentang penjajahan.





Zionisma dan Nilai Melayu

Zionisma dan Nilai Melayu
Oleh amanlegend

"Bila saya menulis ini Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis ini warga Palestine di Gaza masih lagi di guddam. Ketika saya menulis ini masih ramai lagi warga di negara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisma.

Zionisma ini adalah satu pandangan politik. Zionisma bukan Orang Yahudi tetapi pengasas Zionisma memang orang Yahudi. Hari ini Zionisma bukan lagi milik eklusif orang Yahudi. Zionisma yang wujud dan sedang mengoddam rakyat Palestine ini, majoritinya didukong hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.


Agama orang Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka di panggil rabbai. Ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga di ketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisma. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut agama Judaisma yang menentang keras fahaman Zionisma. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisma ini ke Palestinee. Untuk kumpulan ini mereka percaya bahawa fahaman atau idealoji Zionisma ini telah membawa porak peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestine.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada tahun 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad Presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestine. Mereka juga menentang Zionisma bermatian-matian.

Ini adalah satu bukti bahawa Zionisma bukan ajaran agama Judaism. Zionisma adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaism.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisma. Noam Chomsky adalah salah seorang darinya. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 adalah seorang Yahudi yang anti-Zionis.

Di Israel sendiri ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman Zionis. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionis. Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nukler Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan culik dari London untuk di bawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia ‘bom nukelar’ Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisma - Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun semenjak tahun 1986. Selama 18 tahun Vanunu telah kurung bersendirian. Bila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang di penjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestine. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan Israel kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.

Semua ini adalah bukti bahawa bukan semua Yahudi Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga di Malaysia ini menganggap konflik Palestinee/Israel ialah konflik agama. Terutama dikalangan orang Melayu. Ini satu pandangan yang salah. Konflik di Palestine bukan konflik agama. Konflik di Palestine ialah konflik hak milik bumi tanah Palestine. Konflik ini lahir kerana bumi tanah Palestine telah di rampas oleh penganut fahaman Zionis untuk mendirikan apa yang di panggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – konflik Arab/Israel – bukan konflik diantara penganut agama Islam dengan penganut agama Yahudi.

Wajib di ketahui ada hampir 10% warga Palestine beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada tahun 1980'an dahulu sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestine/Israel ialah seorang Kristian. Arwah Edward Said intelektual pemikir bertaraf dunia itu adalah seorang Kristian. Arwah George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestine adalah Kristian yang berasal usul dari susur galur pengikut Nabi Isa. Ini kerana Nabi Isa dilahirkan di Nazareth – di Palestine.

Betul agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang di perjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestine yang telah dirompak dan di rampas oleh penganut fahaman Zionisma. Tanah air Palestine yang telah di rampas ini telah melahirkan nasionalisma Palestine. Semangat nasionalisma Palestine inilah yang membolehkan rakyat Palestine terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah..

Kita wajib memahami dengan lebih dalam tentang apa itu Zionisma. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – bangsa Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel. Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain di anggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru di sini jelas bahawa Zionisma ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi dari fahaman ini. Keganasan yang wujud di bumi Palestine adalah hasil dari falsafah rasis Zionisma. Merompak tanah-tanah warga Palestine, menghalau orang Palestine keluar dari tanah air mereka adalah juga manifestasi dari fahaman rasis Zionisma.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestine datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib di teruskan. Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestine. Pasti ada lebih dari ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisma dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau di California. Zionisma wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan fahaman Zionisma dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika malah – Kesatuan Eropah – Peranchis, German, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestine – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisma ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisma dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisma ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa. Israel yang sedang memporak perandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal. Ini menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Saudi Arabia. Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestine.

Bila telah memahami semua ini saya rasa kita akan dapat melakuan lebih dari apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu pekara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada fahaman Zionisma. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisma di mana sahaja ianya berada.

Zionisma pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestine sahaja. Zionisma telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah saya nyatakan tadi bermakna mereka juga adalah pendukung fahaman Zionis. Zionisma ialah kezaliman.

Disini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestine untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan dimana sahaja ianya berada termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisma tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah di runtuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah di runtuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chu Badak. Orang Melayu marah apabila Masjid di roboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asal diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemo kerana tanah rakyat Palestine di rampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan di rampas. Atau tanah adat di Serawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Dimana silapnya fikrah Melayu ini ? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan. Dimana akal fikrah mereka terputus. Kalau di Palestine mereka yakin rakyat Palestine sedang di zalami. Kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu. Apakah mereka tidak memahami bahawa zalim dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama. Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu. Dimana songsangnya fikrah Melayu ini. Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan. Atau kita hanya menjadi Pak Turut – berGaza ke hulu berGaza kehilir. Orang bercakap hal Gaza kita bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.(TT)

Dicatat oleh Tukar Tiub.
Hishamuddin Rais.


Tuesday, January 20, 2009

Selangor fights 30pc water hike, wants Syabas concession cancelled

Selangor fights 30pc water hike, wants Syabas concession cancelled
By Shannon Teoh and Debra Chong

SHAH ALAM, Jan 20 – The Selangor state government has signaled its intention to take on the federal government in a battle over water supply in the state after sending a letter to the Energy, Water and Communications Ministry asking for the 30-year concession agreement with Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) to be terminated.

While the immediate concern is to block a 30 per cent hike in water tariffs come April, the actual ramifications may stretch into talks that have begun in earnest this week over the sale of water supply assets – water treatment plants, dams and pipelines – in the state to the Finance Ministry’s wholly-owned Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).

Under the concession agreement inked in 2005 between Syabas, the federal government and the Selangor government, periodical tariff hikes are provided for as long as Syabas meets certain conditions.

Energy, Water and Communications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor recently said that “according to the National Audit Department’s estimates, Syabas could increase the tariff by 30 per cent although the agreement stated 37 per cent because the company had met almost all the conditions”.

This has left some 1.5 million consumers in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya facing the increase which may, however, be revoked and restructured if water assets are handed over to PAAB before the hike takes effect in April, according to Shaziman.

Under the Water Services Industry Act 2006, all water assets in Peninsular Malaysia must be transferred to PAAB with Malacca recently inking an RM889 million deal and Negri Sembilan following suit this afternoon.

But the letter sent by Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim is a clear signal that the state government is not certain that this handover of assets will take place by the end of March and is now forcing the cancellation of the concession outside of the mechanism of asset transfer.

The situation could lead to a protracted legal battle and the state government will most certainly apply for an injunction to block any tariff hike until it is resolved.

Should it be successful in lifting the April deadline for the hike, it will give the Pakatan Rakyat government some breathing space to engage in the negotiations over the water assets deal.

Khalid confirmed when asked by The Malaysian Insider that he sent the letter at the end of December 2008 to challenge the concession agreement on the grounds of non-compliance by Syabas.

“The National Audit Department concluded that there were a lot of discrepancies that were not in accordance with the agreement.

“For example, the agreement said that they must give tender for projects so we can get the best price. Over RM600 million of projects were not tendered,” he said.

Sources also told The Malaysian Insider that a majority of projects were in fact, handed via direct negotiations and that total capital expenditure exceeded the approved amount.

Khalid also added that Shaziman’s “most” is not good enough and that “Syabas is getting a free ride.”

Several factors are standing in the way of a smooth transfer of water assets to the federal government, chief among them being the discrepancy in “fair exit value” for private companies who own about 20 per cent of the assets.

One of the asset owners, Puncak Niaga, also owns 70 per cent of Syabas, and has an obvious vested interest in prolonging negotiations and activating the tariff hike.

Khalid clearly hinted at issues with differing valuations when he told The Malaysian Insider that if the deal is “done at a fair price, the concept of a 30 per cent increase may be unnecessary.”

Sunday, January 18, 2009

Kemenangan Rakyat Bergema Di Kuala Terengganu

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kerusi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru.

Tahniah dan syabas saya ucapkan buat Abdul Wahid serta seluruh jentera Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.

Saya percaya Abdul Wahid Endut akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, bukan sahaja kepada warga Kuala Terangganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan.

Makanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terangganu, rakyat menuntut perubahan. Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.

Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan.

ANWAR IBRAHIM

Abdul Wahid menang di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan secara rasmi calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid kini telah menjadikan kerusi Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi.

Keputusan berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada jam 9.30 malam tadi

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

Friday, January 16, 2009

Pas temui senjata akhir menjelang hari mengundi


JAN 16 - Menjelang jam-jam terakhir pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, dua peristiwa besar berlaku iaitu satu di Shah Alam dan satu lagi di Kuala Terengganu. Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shariibuu Azilah Hadri berkata, beliau bertindak membantu Abdul Razak Baginda dengan arahan ADC (juru iring polis) kepada Timbalan Perdana Menteri,Dauk Seri Najib Tun Razak.

Di Kuala Terengganu pula, Pegawai Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terenganu Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan.

Beliau berbuat demikian

selepas PAS dan PKR membuat bantahan terhadap tindakannya memaksa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar jangan mengundi pembangkang jika tidak mahu kehilangan pekerjaan masing-masing.

Dua isu ini dijangka menjadi penentu pilihan raya kecil kali ini kalau kita bercakap soal senjata dan isu terakhir menjelang hari mengundi.
Dalam kes Azilah Hadri, dalam keterangan membela dirinya di mahkamah, Azilah membuat pengakuan bahawa dia diarahkan oleh ADC Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu Abdul Razak Baginda.

Jika benar penyiasatan yang dibuat polis, pertolongan yang dimaksudkan adalah membunuh pihak yang menggangu Razak Baginda iaitu Altantuya Shaariibuu.

Itu fakta yang tidak berapa penting sebenarnya. Fakta yang terlebih penting adalah bagaimana ADC Najib boleh mengarahkan Azilah membantu Razak.

Adakah ADC itu mengarahkan Azilah Hadri tanpa pengetahuan bosnya iaitu Najib. Atau arahan yang dibuat ADC itu atas arahan bosnya pula iaitu Najib.

Perkara ini tidak dapat dielakkan lagi dari diperkatakan. Boleh dikatakan semua rakyat negara ini tertanya-tanya persoalan ini.

Apatah lagi sebelum ini sepupu Altantuya dalam keterangannya di mahkamah yang sama memberitahu Altantuya pernah menunjukkan kepadanya sekeping gambar yang menunjukkan dia (Altantuya) makan bersama dengan Razak dan seorang pemimpin Malaysia bernama Najib Razak.

Di Permatang Pauh, Najib bersumpah dalam sebuah masjid di sana bahawa dia tidak pernah kenal wanita Mongolia ini. Apakah di Kuala Terengganu ini Najib terpaksa sekali lagi bersumpah dalam masjid bahawa dia tidak pernah mengarahkan ADCnya mengarahkan Azilah Hadri 'menguruskan' Altantuya.

Pengundi Kuala Terengganu tentu ternanti-nanti tindakan Najib ini. Kita percaya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said tidak keberatan untuk membenarkan mana-mana masjid digunakan oleh Najib untuk membuat sumpah ini.

Kalau MB Kelantan yang berlainan parti dengannya boleh dibenarkan untuk menggunakan Masjid Hiliran untuk melancarkan jentera pilihan raya Kelantan bagi membantu calon Pas, takkan dia tidak boleh membenarkan Najib untuk menggunakan mana-mana masjid untuk bersumpah.

Isu kedua yang bakal menjadi senjata terakhir kempen ini adalah perletakan jawatan Datuk Bandaraya Kuala Terengganu Mat Razali Kassim sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya P036 Kuala Terengganu ini.

Sebelum perletakan jawatan ini, Pas dan PKR telah membuat laporan polis terhadap Razali. Semasa kenyataan awalnya kepada media, Mat Razali menafikan dakwaan Pas dan PKR itu.

PAS juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan ugutan datuk bandar Kuala Terengganu terhadap kakitangannya itu.Pesuruhjaya parti itu Datuk Mustafa Ali hari ini berkata laporan akan dibuat di pejabat SPR negeri di Wisma Persekutuan.Semalam, tambahnya, pembangkang telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung perkara itu.

Laporan polis itu mendakwa Datuk Mat Razali Kassim, yang dilantik pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen tersebut, memberi kata dua supaya mengundi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Datuk bandar itu didakwa berbuat demikian kepada lebih kurang 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman. "Kita ada cukup bukti mereka buat ugutan tersebut kerana kita ada orang yang memberi laporan kepada kita," kata Mustafa (kiri) kepada wartawan di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam laporan polisnya, ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa mendakwa Mat Razali pernah berucap kepada kakitangan MBKT: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".

"Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," tulis Fariz Musa dalam laporan polisnya.

Pengarah Operasi pilihan raya Pas Kuala Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan terhadap Mat Razali di mahkamah Kuala Terengganu segera.

Namun belum sempat kes itu difailkan, Mat Razali terlebih dahulu meletakkan jawatan.

Implikasi besar kepada perletakan jawatan Mat Razali adalah terbuktinya dakwaan bahawa pegawai SPR sering berat sebelah selama ini. Ini kerana, pelbagai laporan tentang penyelewengan dan tindakan berat sebelah selama ini tidak pernah diendahkan.

Nampaknya kedatangan Pengerusi baru SPR banyak membawa perubahan penting dalam perjalanan pilihan raya di negara ini. Semasa hari pernamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu lagi perkara ini sudah mula dirasai. Ketika hari itu Pas memuji beberapa langkah SPR dalam menguruskan hari pernamaan calon itu.

Perubahan yang berlaku semasa hari pengundian secara pos juga mendapat pujian dari Pas. Pesuruhjaya Pas Terengganu yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya memuji langkah membenarkan wakil parti-parti yang bertanding memerhati perjanlanan undi pos.

"Ia satu yang baik walaupun ada lagi langkah yang perlu untuk undi pos ini," kata Mustafa.

Mungkin juga, Pengerusi baru SPR ini mempunyai peranan sehingga Mat Razali meletakkan jawatannya dalam pilihan raya ini.

Namun yang pasti, perletakan jawatan Mat Razali memberi moral besar kepada Pas di saat akhir menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Apatah lagi, kenyataan Azilah akan menyerang tepat jentera kempen BN apabila pengarahnya sendiri, Datuk Seri Najib, terpaksa membela diri.






Wednesday, January 14, 2009

Jika BN kalah…

Jika Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu, ia bukan sahaja akan menjadi tamparan hebat buat Umno tetapi juga memberi kesan buruk kepada bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kekalahan BN akan dilihat sebagai kelemahan Najib buat kali kedua selepas gagal memenangkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk BN dalam PRK pada Ogos tahun lalu.

Lebih buruk kali ini, jika BN kalah, ia bererti tumpas di kubu kuat sendiri kerana kerusi Kuala Terengganu adalah milik Umno sejak 50 tahun lalu (kecuali dalam pilihan raya umum

1999).

Dengan itu, kesan psikologi mendalam akan melukakan Umno yang selama ini masih tercari-cari jalan untuk kembali popular bersama rakyat setelah kehilangan lima negeri dan dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Walaupun keputusan PRK ini tidak akan mengubah kedudukan kerajaan pusat atau kerajaan negeri, tidak ada sesiapa dari Umno dan BN mahu menanggung malu besar jika kecundang di kubu yang dianggap selamat di Pantai Timur Semenanjung.

Minggu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa PRK ini bukan untuk membentuk kerajaan negeri atau Pusat tetapi untuk menilai pengiktirafan kepada BN.

“Kita sedang melakukan penambahbaikan dan memberi respons terhadap apa yang rakyat isyaratkan. Rakyat sudah tentu hendak tengok penambahbaikan selepas pilihan raya lalu dan saya percaya BN akan menjadi parti yang lebih baik untuk semua.

“Pas sudah menjenamakan diri sebagai parti untuk semua. Tetapi kita harus menjadi parti untuk memberi kebaikan kepada semua, bukan setakat menjadi parti untuk semua tetapi tidak memberi kebaikan,” kata Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu kepada pemberita baru-baru ini.

Harapan Annuar akan berkecai jika pengundi Kuala Terengganu memilih Pas sebagai wakil Pakatan Rakyat untuk dihantar ke Parlimen. Apa yang beliau katakan sebagai penambahbaikan BN akan dianggap ditolak oleh rakyat jika calon Umno Datuk Wan Ahmad Farid Salleh gagal mencapai kemenangan.

Pandangan penganalisis setakat ini menunjukkan BN dan Pas mempunyai peluang yang sama walau pun tinjauan di kalangan pengundi Cina – mewakili 11 peratus jumlah pengundi – mendapati kemungkinan mereka beralih kepada Pas.

Inilah yang dibimbangi Najib. Bagi beliau, ia bukan sekadar soal menang kalah BN atau Umno tetapi reputasi beliau sebagai pemulih semangat parti yang belum menunjukkan apa-apa kesan sejak tsunami politik 8 Mac tahun lalu.

Najib telah pun mengingatkan semua pihak bahawa PRK Kuala Terengganu bukan satu pungutan suara atau referendum untuk mengukur populariti BN dan pemimpin-pemimpinnya.

“(PRK ini) bukan referendum untuk saya atau Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said,” katanya.

Namun, ramai yang melihatnya sebagai referendum, bukan sahaja terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN tetapi juga di kalangan Pakatan Rakyat yang diwakili Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

BN yang amat sangat memerlukan kemenangan dalam PRK ini. Jika ia berjaya mempertahankan kerusi, ini akan dijadikan tapak untuk mematahkan semangat Pakatan Rakyat yang semakin meluap dalam mempersiapkan diri untuk PRU akan datang.

Sudah banyak di kalangan Pakatan, terutama Pas dan DAP, untuk melupakan cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memujuk Ahli-ahli Parliamen BN supaya melompat masuk ke dalam parti-parti komponen Pakatan. Mereka kini lebih berminat untuk mencari jalan mengambil alih kuasa melalui PRU akan datang.

Jika kerusi Kuala Terengganu dimenangi calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut, ia akan memberi suntikan semangat baru untuk kepimpinan Pakatan, terutamanya dalam mengembalikan keyakinan pengundi terhadap gabungan mereka.

Tetapi, jika Pas sekali lagi tewas di Kuala Terengganu, ia mungkin dianggap kurang mengejutkan kerana kawasan itu sememangnya kubu kuat Umno.

Namun, walaupun itu akan menjadi alasan Pas jika kalah, ia tetap memberi kesan besar terutama kepada presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan orang kanannya Datuk Mustafa Ali – kedua-duanya adalah orang kuat Pas di Terengganu. Apatah lagi Mohd Abdul Wahid sebagai calon adalah anak didik Mustafa.

Lebih meninggalkan kesan pahit bagi Pakatan Rakyat adalah di peringkat nasional kerana kekalahan Pas akan dilihat sebagai keputusan rakyat menolak gabungan alternatif. Kemeriahan Permatang Pauh akan menjadi suram jika pengundi Kuala Terengganu sekali lagi memilih BN pada Sabtu ini.

Jika Pas kalah dalam PRK, suasana malap akan melanda Pakatan Rakyat. Sebaliknya, jika kemenangan berpihak kepada Umno ia akan dicanangkan melalui media arus perdana yang dikawal pemerintah sebagai petanda bahawa BN kini kembali relevan di kalangan rakyat.

Keadaan sebegini pastinya akan melonjakkan populariti Najib dalam persiapannya untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dari Abdullah pada Mac ini.