by AFRAR YUNUS
Sebenarnya persoalan ini telah dijawab secara ilmiah oleh Dr Raja Nazrin Shah pemangku Sultan Perak sekarang.
Dalam satu syarahan di INTAN pada tahun lepas, Raja Nazrin menengaskan "Raja-Raja tidak pekak dan bisu".
Teori ilmiah yang disampaikan Raja Nazrin ketika itu mendapat kepercayaan dan kepujian bukan sahaja daripada rakyat negeri Perak malah rakyat seluruh Malaysia.
Kajian rambang yang dijalankan oleh blog alkerohi mendapati 84% pengundi mahu supaya pilihanraya diadakan semula di Perak.
Masyarakat berpandangan jika krisis ini tidak ditangani secara baik, berpanjangan untuk beberapa waktu lagi, dijadikan polemik, mahkamah perlembagaan lambat membuat keputusan, camputangan pihak-pihak yang tidak diingini dan beberapa faktor lain mengambil tempat - maka impaknya akan merosakkan ekonomi, perpaduan dan perjalanan aktiviti negeri Perak.
Dalam hal ini, istana tidak sepatutnya kelihatan berpihak kepada mana-mana parti politik.
Agensi dan pakar perundangan yang mahir tentang perlembagaan harus dijadikan tempat rujukan.
Jika terlambat, payung yang sepatutnya memanyungi rakyat Perak, sudah pasti akan berterbangan dari hati kecil yang terrobek dek kemelut yang tak berkesudahan mencari tempat berteduh bukan sahaja diwaktu hujan tetapi juga semasa panas terik.
Rakyat mahukan agar teori ilmiah tadi diterjemahkan secara amali.
Berapa lama lagi harus rakyat Perak menunggu ?
No comments:
Post a Comment