Wednesday, October 29, 2008

TERMINAL BAS RM32 JUTA MERCUTANDA BARU

IPOH: Terminal Bas Sentral Meru Raya bernilai RM32 juta - satu mercutanda baru Bandaraya Ipoh akan terbina dalam tempoh tiga tahun lagi. Ia menawarkan kemudahan pengangkutan awam termoden untuk rakyat Perak,khususnya pengguna di Ipoh.
Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Pembinaan Kompleks Terminal Bas Bersepadu Bandaraya Ipoh dan Pusat Perdagangan dan Perniagaan diadakan di Pejabat Menteri Besar baru-baru ini. Ia turut disaksikan EXCO Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, Nga Kor Ming dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Dr Abdul Rahman bin Hashim .

Kompleks yang akan menjadi ‘Hub Pengangkutan’ itu akan dilaksanakan secara ‘Private Funding Initiative’ oleh syarikat The Combined Bus Services Sdn Bhd.

Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, projek di kawasan seluasa 8.3 ha ini akan memberikan keselesaan kepada pengguna dan lokasinya yang strategik bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan akan tentunya mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam Bandaraya Ipoh.

Beliau berkata syarikat itu juga dikehendaki menyediakan rangkaian perkhidmatan 30 bas baru pada peringkat awalnya bagi menggantikan 250 bas lama secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pelancaran.

Pengusaha juga bukan sahaja akan memberikan perkhidmatan yang selesa, tetapi juga akan memastikan terdapat kemudahan seperti surau untuk pengguna Islam, katanya sambil menegaskan bahawa projek ini membuktikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat

Perodua MPV september 2009??


MB PERAK DIBERI PENGHORMATAN BERUCAP DI LAHORE, PAKISTAN


LAHORE (PAKISTAN): Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin kini berada di Pakistan untuk menghadiri Muktamar dan Ijtima Jamiat Islam yang berlangsung selama empat hari dan berakhir esok (Isnin) di Lahore.

Beliau berada di Lahore mengiringi Dato Seri Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Yang turut serta dalam delegasi itu termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Perak Haji Ismail Yusof.

Nizar, Misbahul dan Ismail berlepas dari tanah air pada petang Jumaat lepas melalui Kuala Lumpur dan transit di Bangkok untuk menyambung perjalanan dengan Thai Airways ke Lahore, manakala Dato Seri Presiden berlepas pada Khamis.

Dalam e melnya dari Lahore semalam, MIsbahul berkata, Dato Seri Presiden dan Nizar adalah antara jemputan khas dan menjadi tetamu kehormat muktamar berkenaan, yang juga dihadiri termasuk tokoh Islam dari seluruh dunia.

Dato Seri Presiden dan Dato Seri Menteri Besar amat berbesar hati kerana diberika peluang berucap pada muktamat itu yang dihadiri lebih setengah juta hadirin. Semasa di Lahore, dua pimpinan parti itu juga dijadual menemui dan berbincang dengan ahli-ahli perniagaan Pakistan mengenai peluang pelaburan dua hala.

Semasa di Lahore, Dato Seri Presiden dan Nizar turut diraikan oleh Dato Bandar Lahore. Rombongan dijadual pulang ke tanah air lewat petang Isnin./ End/AN-

-Perakdaily

ee pc in a car


"Vkratse:
not long I think I bought Note eeePC and suffered ...
eeePC701G (like 7-inch screen - just what should be)
usb touchscreen
JBL GT5-A604 usilok JBL GT5-A604
Terratec auerion 5.1
usb bluetooth 2.0
GPS GlobalSat BU-353
usb BTC Mini Wireless Keyboard + Joystick Mouse 9116URF
usb camera use the built-in eeeps
Wifi 801.2B / G built-in eeeps
usb cardreader SDHC
3 usb hub 2.0
3 percent for the radiator and bridges ..
inverter 12v-220 100W Neodrive "

Kami ke Pakistan tidak guna duit Kerajaan atau Parti


Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita MB Perak dan saya menyertai ijtima' Jamiat Islami di Lahore, Pakistan . Mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana. Terima kasih di atas persoalan tersebut.

Saya nak jelaskan bahawa kos tambang kami di sana tidak dibiayai oleh parti dan kerajaan. Kami guna duit sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai di pejabat MB, kalau MB ada jemputan rasmi dari pihak penganjur di Pakistan, MB boleh menggunakan peruntukan kerajaan, naik pesawat first class atau bisnes class, saya sebagai SETPOL MB yang mengiring MB juga boleh mengunakan peruntukan tersebut, bahkan sepanjang di Pakistan, boleh tuntut elaun harian dan elaun-elaun yang lain.

Tetapi kami tidak berbuat demikian. Saya tanya pegawai di pejabat MB, kami pergi mewakili parti, boleh guna peruntukan kerajaan ke, dia jawab kalau ada jemputan rasmi sebagai MB mewakili kerajaan Perak, boleh guna peruntukan tersebut. Saya boleh berbuat demikian dengan meminta penganjur supaya keluarkan surat rasmi dari Jamiat Islami jemput Hj Nizar sebagai MB Perak yang mewakili kerajaan Perak bukan mewakili PAS, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian kerana perbuatan ini tidak amanah.

Malahan MB menggalakkan mana-mana EXCO, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya naik kelas ekonomi sahaja apabila menaiki pesawat ke mana-mana destinasi. Kerana ini adalah antara langkah menjimatkan duit kerajaan.

Semuga penjelasan ini dapat mengikis salah tanggap terhadap MB Perak dan pegawai-pegawainya.

http://misabah.blogspot.com/

Hentikan yoga, bimbang rosak akidah


Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Beliau dilaporkan berkata demikian selepas menyampaikan syarahan Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Bagaimanapun Majlis Fatwa Kebangsaan belum membuat keputusan rasmi berhubung senaman tersebut.

Majlis itu akan membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Menurut Bernama lagi, amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Bercakap selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di USM hari ini, timbalan ketua pengarah operasi Jakim, Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi majlis berkenaan Prof Datuk Dr Abdul shukor Husin.

Seminar itu anjuran Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM dan Jakim, mengetengahkan konsep kelestarian pemikiran Islam yang berupaya merentasi cabaran bersifat kontemporari di masa akan datang.

Sejumlah 47 kertas kerja dibincangkan pada seminar itu.

Antaranya bertajuk 'Konsep Fiqh Lestari', 'Konsep Pemikiran Lestari', 'Kelestarian Dalam Sosial: Toleransi Agama', 'Kelestarian Dalam Sosio-Budaya', 'Kelestarian Dalam Sains, teknologi dan Alam Sekitar', 'Kelestarian Dalam Ekonomi' dan 'Cabaran pemikiran Islam: Islam Liberal'.

'Kelestarian Islam dalam Pendidikan', 'Cabaran Fiqh Lestari: Aspek Mazhab', 'Institusi Kewangan Islam: Zakat', 'Kelestarian Dalam Politik dan Perundangan', dan 'Kelestarian Dalam Institusi Kewangan Islam: Waqaf'.

Friday, October 24, 2008

New Moto Aura





The Motorola AURA will be available in the USA for a cool US$2,000, so you had better start saving up now!

RM8k Dan Saya Kini Milik Negara

Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu.

Bayaran tersebut tidak termasuk penginapan hotel, tambang pengangkutan seperti penerbangan bagi ceramah yang diadakan di luar kawasan atau 'long distance' seperti Sabah dan Sarawak.

Menurut satu sumber korporat, Sheikh Muszaphar boleh memperolehi kira-kira RM1.2 juta hasil bayaran yang ditetapkan sehingga boleh menjadi 'jutawan segera' dalam masa singkat jika dikira secara purata sejumlah 150 badan korporat yang menganjurkan ceramah angkasawan sebelum ini.

Ramai yang telah membuat aduan dan dakwaan bahawa angkasawan terbabit tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sheikh Muszaphar juga pernah menjawab kritikan lantaran dilihat menyertai kempen-kempen pilihan raya ke-12 lalu di bawah anjuran Barisan Nasinonal (BN).

"Saya kini milik negara dan kehadiran saya hanya untuk memenuhi undangan bagi sesi ceramah motivasi kepada pelajar, jadi saya tidak melihat majlis ini mempunyai agenda tertentu, sama ada untuk membantu kempen pilihan raya dan sebagainya," katanya

Hablaq betoi... ayat baguih - saya kini milik negara. lepas tu claim sampai RM8,000. milik negara ka barua negara?

Hang pi makan angin dekat bulan pakai duit rakyat negara Malaysia, hang satu sen pun tak keluaq duit. ni dah balik dok jadik barua pulak dok makan duit rakyat Malaysia jugak.

Haprak punya angkasawan..! muka macam ni lagi baik jadi "UngkaSawan". pi makan angin dah perabih billion-billion, balik kat dunia pulak dok cekau lagi... baguih la tu.

Awat tak mampuih masa dekat ruang Athmosphera dulu?

Mahdet Habaq SRK "Berjasa"


Mahdet habaq :

Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

Menurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.

"Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

"Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

Memang la hang sokong sebab "sedarah sedaging" dengan hang... entah-entah SRK ni pun keturunan "Kutty" jugak...

Sekarang ni bila aku dengar nama orang yang ada title "Datuk" atau "Dato'", terus respect level aku turun pada tahap paling rendah dalam sejarah "Penghormatan" diri...

Ada jugak member-member aku dah start panggil pekerja restoran mamak dengan panggilan "Datuk"...

Kah kah kah kah kah...

*sapa makan cili, dia rasa pedas

Naza Italia’s Ferrari Service Center


Naza Italia’s Ferrari service center at the Naza Automall in Petaling Jaya is now fully operational, complete with equipment and a staff of 7 Ferrari service specialists with a total combined experience of over 68 years, with the team’s manager Mr Joseph with 9 years of experience with Ferrari. This is a precursor to a new 45,000 square feet Ferrari flagship showroom that will be ready and operational in early 2009. Naza claims the center will be one of the largest and most advanced outside of Ferrari’s own facilities in Italy.

Tuesday, October 21, 2008

Saiful Dipercayai Sakit Kerna Sumpah Laknat


Info terkini yang kami perolehi beliau sememangnya sedang mengalami penyakit misteri dan tidak seperti apa yang dilaporkan dalam blognya. Justeru itulah kelibatnya dihalang dalam mana-mana media arus perdana. Sebelum ini kami telah mendedahkan beliau telah dibawa oleh beberapa orang penjaganya untuk menerima rawatan di beberapa buah pusat perbuatan tradisional termasuk seorang Tabib di Sungai Petani, Kedah. Beliau dipercayai mengalami masalah untuk membuang air kecil dan besar serta "anunya" telah bernanah. Biarpun ramai yang mahukan fakta atas perkara ini, terus terang kami ingin nyatakan mana mungkin kami boleh beri fakta. Jika fakta beliau tidak diliwat dari Hospital Pusrawi sekali pun dianggap satu penipuan. Apatah lagi jika kami lampirkan fakta. Mana mungkin "bomoh atau dukun" mempunyai rekod perubatan untuk didedahkan?. Cukup kami nyatakan bahawa perkara ini didedahkan oleh beberapa orang saudara mara terdekat dan sahabat-sahabat Saiful.

Khabarnya sakitnya kian parah kini, dan beliau dipercayai tidak boleh membuang air besar dan kecil mengikut saluran biasa. Kini pihak terbabit telah menebuk tepi pinggangnya itu untuk dimasukkan saluran bagi memudahkan beliau membuang air besar !!. Jika tidak beliau kemungkinan besar akan terus sakit dan bakal tersiksa hingga akhir hayat atau meninggal dunia. Soalnya kenapa beliau tidak dibawa ke mana-mana hospital?. maklumat yang kami terima, atas arahan pihak-pihak tertentu mereka tidak dibenarkan membawa Saiful ke hospital takut perkara ini akan tededah. Maka terpaksa Saiful dirawat secara tradisional dan seseekali doktor pakar datang melawat ke kediamannya sekarang. Pihak terbabit dipercayai lebih rela Saiful mati daripada mendedahkan rahsia sebenar tentang kes liwatnya dengan Anwar. Saiful ingin membuat pengakuan tersebut kerana mendapat nasihat daripada beberapa orang tokoh agama dan pakar perubatan tradisional. Namun hasratnya itu dihalang kerana beliau kini mempunyai "khadam yang menjaga disekelilingnya". Kasihan benar mendengar cerita terkini Saiful ini. Apapun kamu harapkan agar beliau akan selamat dan akhirnya kembali ke pangkal jalan. Namun takdir penentu segalanya. Juseteru itulah kini beliau masih disembunyikan atas faktor keselamatan pihak terbabit dan bukannya diri Saiful sendiri sebenarnya. -pahangdaily.blogspot

[Dengan pendedahan terbaru ini, maka kami amatlah berharap agar para peminat laknat Saiful ini akan mengambil ikhtibar kejadian yang bakal menimpa dirinya ini. Saiful kini menjadi bahan ujikaji pihak-pihak tertentu, beliau terpaksa menderita dan menanggung sakit tanpa pembelaaan. Mungkinkan ini bala yang menimpa diri anak muda ini. Sama-samalah kita fikirkan apa yang berlaku adalah kehendak Allah jua. Andai perkara ini tidak benar, masakan maklumat ini boleh terdedah dikalangan mereka yang rapat dengan Saiful Bukhari?].

Proton MPV Journey1.8






Perak kesan sindiket jual tanah kerajaan secara haram

IPOH: Kerajaan negeri Perak mengesan kegiatan beberapa sindiket yang menjual tanah kerajaan secara haram bagi tujuan pertanian di daerah Batang Padang dan Manjung dengan harga antara RM500 dan RM5,000 seekar. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, Nga Kor Ming berkata kegiatan itu dikesan sejak beberapa bulan lepas dan tidak kurang 10 mangsa dipercayai telah terpedaya.

"Kita harap mangsa membuat laporan polis serta membuat aduan kepada kerajaan negeri supaya siasatan dapat dijalankan bagi mengenal pasti dalang terbabit dan tindakan dilakukan bagi mencegah kegiatan berterusan... kita tahu mereka kena tipu dan ada yang malu untuk tampil," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Nga berkata Pejabat Tanah Daerah juga diarah menjalankan operasi untuk memeriksa dan mengambil tindakan terhadap beberapa pihak yang telah menerokai tanah kerajaan secara haram selepas diperdayai sindiket terbabit.

Beliau berkata sindiket terbabit memperdayakan mangsa dengan meyakinkan mereka bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebuah kerajaan "prihatin" dan tidak akan mengambil tindakan kepada peneroka tanah kerajaan.

"Mereka memberi mesej konon kerajaan sekarang akan mengurniakan tanah yang diterokai itu dengan hanya mengenakan denda atau penalti sahaja... kita ingin memberi amaran jangan melanggar undangundang kerana kerajaan negeri tidak membenarkan tanah diterokai secara haram," tegasnya.

Nga berkata mereka yang menerokai tanah kerajaan secara haram boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak lebih setahun atau keduaduanya sekali.

"Kita membuat sidang akhbar ini supaya orang ramai tidak lagi terpedaya dengan kegiatan licik sindiket-sindiket ini. Mereka turut menggunakan nama beberapa exco bagi tujuan menipu mangsa," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan negeri Mohd Zainuddin Mohd Yusof yang turut sama dalam sidang akhbar itu, mengingatkan orang ramai bahawa isu penerokaan tanah kerajaan secara haram merupakan masalah yang serius.

"Isu ini bukan setakat terokai tanah sahaja tetapi perbuatan itu menimbulkan masalah yang lebih besar kerana ia menganggu hutan simpan dan kawasan tadahan air. Ia menganggu ekologi dan menyebabkan pelbagai masalah seperti banjir. Mana boleh ganggu hutan sesuka hati," katanya.

Beliau berkata semua kawasan di Perak telah dirancang pembangunannya dengan pelan struktur yang menyediakan zon pembangunan yang telah dikenal pasti. BERNAMA

Jumlah mangsa banjir di Bukit Merah terus bertambah

IPOH: Jumlah mangsa banjir di beberapa kampung di Bukit Merah, kira-kira 120 km dari sini, terus meningkat kepada 475 orang pagi ini, berbanding 409 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian berkata 66 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Padang Lalang, Kampung Parit Jawa dan Kampung Batu 40, Jalan Keretapi telah dipindahkan kira-kira pukul 8 pagi ini.

Empat buah sekolah dijadikan pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Merah (117 orang), Sekolah Kebangsaan Bagan Serai (51), Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu (203) dan Sekolah Kebangsan Haji Dahalan (104).

Katanya keadaan air yang melimpah dari Empangan Tasek Bukit Merah, berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu, di kampung-kampung terbabit masih bertahan sedalam 0.5 meter hingga satu meter.

"Mereka dipindahkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bekalan makanan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu Sham Mat Sahat berkata pemindahan itu adalah yang kedua dalam tempoh dua bulan akibat banjir kilat ekoran pelepasan air empangan berkenaan yang melebihi paras bahaya.

Banjir kali ini adalah lebih buruk ekoran hujan lebat sejak tiga hari lalu malah banjir turut melanda kampung-kampung yang sebelum ini tidak terlibat dengan banjir, katanya.

Katanya jumlah mangsa banjir kali ini mungkin bertambah jika hujan berterusan kerana paras air di Empangan Bukit Merah masih terlalu tinggi. BERNAMA

Friday, October 17, 2008

Cukai pintu naik 500 peratus kerana nilaian semula hartanah


IPOH 16 Okt. - Bayaran cukai pintu di Bandar Baru Sri Klebang meningkat sebanyak 500 peratus bermula November ini, ekoran penilaian terbaru ke atas hartanah di kawasan itu.

Pejabat Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, Lot 186990 hanya dikenakan cukai tahunan sebanyak RM108.80 sebelum ini kerana dinilai sebagai tapak kosong pada 2005.

Menurutnya, tapak itu kemudian telah dimajukan dengan pembinaan sebuah rumah banglo berkeluasan 277.694 meter persegi dan pindaan nilaian ini dibuat berdasarkan nilai tahunan berjumlah RM4,320.

''Nilai tahunan ini diperoleh daripada penilaian sewa berjumlah RM360 sebulan iaitu pada kadar RM1.29 satu meter persegi yang merupakan kadar atas nilaian tahun 1982 kerana kerajaan negeri tidak membenarkan MBI membuat penilaian semula ke atas harta-harta dalam kawasannya," kata kenyataan itu di sini hari ini.

''Untuk makluman, kadar sewa semasa di kawasan tersebut untuk harta jenis banglo ialah RM800 hingga RM1,500 sebulan.

''Sepatutnya nilai tahunan berdasarkan sewa semasa itu ialah antara RM9,600 hingga RM18,000 tetapi nilai tahunan yang dikenakan oleh MBI ke atas harta ini cuma RM4,320 sahaja," kata kenyataan itu.

Habuan seks "sedekah" di Perak, ahli perniagaan hadapi tuduhan


IPOH: Isu seks "sedekah" timbul semula hari ini dengan seorang ahli perniagaan, yang pernah mengaku kepada Jabatan Agam Islam Perak bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan wanita China sebagai habuan, pagi ini menafikan tuduhan melakukan kesalahan tersebut.

Fairul Azrim Ismail, 30, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan ke atasnya.

Fairul dituduh menerima habuan rasuah seks daripada Mohamad Imran Abdullah di bilik 401, Tingkat Empat, Sri Sayang Apartment, Jalan Batu Feringghi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.10 malam.

Habuan itu didakwa diberikan untuk membantu Mohamad Imran memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan jika sabit kesalahan Fairul boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai habuan ataupun RM10,000 atau kadar mana yang paling tinggi.

Fairul, dari Bota, merupakan individu keenam dikenakan tuduhan berhubung projek tersebut yang bernilai RM180 juta.

Kira-kira sebulan selepas lima orang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, Fairul yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah, mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Pengakuan itu dibuat di Jabatan Agama Islam Perak pada 23 September lalu.

Fairul bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan Mohamad Imran.

Dia mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Dia membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada jabatan itu.

Dalam surat aduannya, Fairul mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

"Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

"Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR," katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul yang ketika itu merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Penghujung bulan lalu kerajaan negeri telah meminta Zul melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu, turut meminta Jabatan Agama Islam Perak supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

"Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

"Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China," ujarnya.

Zul pula berkata, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

"Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?" ujarnya

Kontrak social senjata ampuh Umno

OKT 17 — Tidak ada sesiapa yang perlu mempertikaikan kontrak sosial antara kaum yang telah mewujudkan Malaysia merdeka lebih 50 tahun lalu. Ia adalah tolak ansur yang telah diterima ramai sejak lebih setengah abad.

Oleh itu, keputusan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang meminta semua pihak tidak mempertikaikan kontrak sosial adalah pengulangan pendirian wajar yang telah pun dipersetujui bersama antara kaum. Memang ia patut disokong.

Namun, apa yang dipersoalkan selama ini adalah penyalahgunaan tafsiran dan penyelewengan kontrak berkenaan yang mempunyai kaitan rapat dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung keistimewaan Melayu.

Malah, Prof Diraja Dr Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pernah membangkitkan isu itu apabila beliau menyatakan istilah "kontrak sosial" dalam konteks politik hari ini digunakan oleh ahli-ahli politik untuk kepentingan mereka.

Dalam satu forum pada Mei lalu, tokoh akademik itu menjelaskan kontrak itu sebenarnya justifikasi kepada tindakan afirmatif untuk membantu golongan miskin memperolehi peluang dalam beberapa bidang termasuk pendidikan.

Dalam hal ini, apa yang dimaksudkan oleh Majlis Raja-Raja ialah menghormati Perlembagaan kerana ia adalah persetujuan bersama bapa-bapa Merdeka dalam usaha mewujudkan sebuah negara berdaulat pada 1957.

Tetapi hari ini apabila kontrak sosial dibangkitkan di celah-celah kemelut politik, ia lebih jelas menjurus kepada permainan politik kaum. Agenda ini sering digunakan oleh Umno sebagai tulang belakang parti pemerintah Barisan Nasional untuk menolak kritikan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan.

Apa yang berlaku selama ini adalah parti-parti pembangkang, malah parti-parti komponen BN sendiri telah mempertikaikan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan diskriminasi kaum oleh pimpinan Umno, dan bukannya mengkritik Perlembagaan Persekutuan.

Namun untuk mengalih pandangan rakyat, terutamanya orang Melayu, Umno sering berselinding di sebalik kontrak sosial sebagaimana yang dijelaskan oleh Ungku Aziz, agar tidak ada sesiapa yang berani mara untuk menentang "lembu suci" itu.

Inilah masalah yang sering dihadapi oleh pengkritik-pengkritik Umno, termasuk pemimpin politik Melayu dari pelbagai parti lain. Dengan bertopengkan perkauman, kepimpinan Umno telah menggunakan manipulasi politik untuk menjerat sesiapa sahaja yang menegur mereka dengan menyorong ke arah kontrak sosial.

Mesej Umno mudah sahaja — mengkritik Umno bererti mencabar kontrak sosial, dan ini membawa maksud menentang Perlembagaan Persekutuan.

Sedangkan rekod penyelewengan dan manipulasi Umno terhadap kontrak sosial dan Perlembagaan telah menjalar jauh ke dalam masyarakat sehingga menimbulkan barah perkauman; menyemai rasa benci antara kaum.

Yang tragis, ada juga pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pas yang terperangkap dengan politik perkauman Melayu ciptaan Umno sehinggakan slogan Ketuanan Rakyat — keadilan untuk semua kaum dan agama — seolah-olah diketepikan atas nama perpaduan Melayu.

Apakah ini bermakna Ketuanan Rakyat — sebagai alternatif kepada Ketuanan Melayu — yang dilaungkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan lenyap ditenggelami politik perkauman Umno?

Walaupun PKR, Pas dan DAP meraikan kemenangan tsunami politik Mac 8, semangat perkauman di kalangan rakyat masih menebal. Anwar seolah-olah semakin hilang pengaruh di segi membanteras ketuanan kaum kerana selain DAP, dua lagi parti sahabat Pakatan Rakyat lebih banyak berdiam diri apabila berdepan dengan isu-isu berasaskan Melayu.

Sehinggakan Pas yang melaungkan slogan Islam Untuk Semua turut merasa bersalah apabila dicabar Umno berhubung keistimewaan orang Melayu. Apakah pemimpin-pemimpin Pas sendiri tidak yakin dengan ideologi agama mereka sehingga tunduk dengan tekanan perkauman?

Jika ini berlarutan, usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk masyarakat baru yang lebih bertolak ansur dan muhibah yang beteraskan keadilan akan berkubur begitu sahaja dibawa arus perkauman.

Kaum bukan Melayu sudah lama akur dengan pendirian Raja-Raja bahawa mereka tidak perlu "khuatir dan bimbang dengan hak-hak sah mereka tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan" kerana ia sememangnya telah terjamin.

Namun yang dipersoalkan ialah muslihat Umno dalam manipulasinya untuk memastikan ketegangan kaum sentiasa di tahap yang tinggi. Selagi masyarakat Malaysia syak wasangka antara satu sama lain, Umno akan tetap relevan kerana kekuatannya bergantung kepada politik kaum.

Apabila kaum-kaum di Malaysia merasakan perbezaan warna kulit dan agama bukan lagi perkara penting yang boleh memisahkan tali silaturahim mereka, ia akan menjadi berita buruk buat Umno.

Tetapi Umno tetap gagah hari ini. Dan ini bererti politik perkauman masih menjadi pilihan ramai, termasuk kalangan tertentu dari parti-parti pembangkang Melayu. Apakah Ketuanan Rakyat akan kecundang di tangan Ketuanan Melayu?

Wednesday, October 15, 2008

Perwakilan Setiawangsa boo Khairy


Calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dan jentera kempen dikatakan menghadapi tekanan apabila beliau masih belum melepasi kouta pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat.

Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di boo beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC pada 4 Oktober lalu.

Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit.

“Dahalan tidak tahu dan memahami mood pergerakan pemuda Umno di peringkat akar umbi di sini kerana dia jarang turun ke cawangan. Kerana itu, tindakan beliau ini mengambil risiko sehingga nama Khairy di boo oleh para perwakilan pemuda,” kata salah seorang perwakilan pemuda Umno yang hadir.

Situasi ini diterjemahkan di kertas undi apabila Khairy hanya memperolehi empat undi daripada 154 perwakilan yang hadir. Keputusan terus berpihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat 135 undi sementara Dato Seri Dr Muhd Khir Toyo pula dikatakan mendapat 15 undi.

Perasmian mesyuarat Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno bahagian dilakukan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Dato Seri Zulhasnan Rafique yang juga Ketua Umno bahagian Setiawangsa.

Perwakilan ini memberitahu, dia juga agak terkejut apabila nama Khairy dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat memandangkan seluruh pergerakan Pemuda Umno di peringkat akar umbi begitu kuat dengan anak bekas Presiden Umno ini.

Sehingga mesyuarat kelmarin, Mukhriz telah melepasi kouta pencalonan apabila dia mendapat 40 undi. Khairy pula mendapat 20 pencalonan, Dr Mohd Khir mendapat 11 dan Dato Zahidi Zainal Abidin hanya memperoleh satu undi. Kouta untuk melayakan diri bertanding adalah 39 pencalonan dari bahagian-bahagian.

Dalam kenyataannya kepada media, Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz mengakui dirinya tidak menyangka mendapat banyak pencalonan malah menyaingi pesaingnya dalam rebutan jawatan Ketua Pemuda Umno menjelang pemilihan parti pada Mac depan.

“Ia adalah di luar jangkaan saya. Ia satu kejutan yang mengembirakan (pleasant suprise),” katanya. Dia bagaimanapun yakin berdepan saingan tiga penjuru bagi jawatan itu walaupun sehingga kini dua pencabarnya belum memperoleh pencalonan mencukupi.

Dia berkata, masih banyak bahagian belum bermesyuarat, sekaligus memberi banyak peluang kepada kedua-dua pesaingan itu untuk memperoleh pencalonan mencukupi.

"Saya yakin Mukhris tetap dicabar Khairy dan Dr Mohd Khir walaupun kedua-duanya belum mendapat pencalonan yang cukup”.

“Pertandingan ini ibarat perlumbaan marathon, tempoh masih panjang dan saya yakin kedua-duanya dapat cukup pencalonan,” katanya di Lobi Parlimen kepada wartawan media baru-baru ini.

Harga Minyak Turun: Apa Rancangan KERAjaan Seterusnya?


Bermula jam 12:00 pagi tadi harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter dan harga runcit diesel pula dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter, manakala petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.

Penurunan kali kedua dalam masa 2 bulan bagi harga runcit ke 2-2 bahan bakar di Malaysia.

"Mungkin" juga satu rahmat hasil dari desakan Pakatan Rakyat yang sentiasa komitmen dalam isu harga bahan bakar dan juga bahan asas terpenting dalam semua industri dan juga ekonomi negara Malaysia...

Naiknya harga bahan bakar, bermakna naiklah harga barangan runcit yang lain-lain tak kira kecil atau besar pasti terkesan dengan kenaikan harga bahan bakar tersebut.

Masa KERAjaan naikkan harga minyak beberapa bulan dulu, dikhabarkan bahawa KERAjaan memberi jaminan bahawa harga barangan lain tidak akan terkesan dengan kenaikan harga minyak.satu kenyataan yang bersifat "monyet" dari KERAjaan...tak tau macam mana depa study ekonomi sedangkan kita tau, minyak memberi kesan seperti piramid dalam mana-mana ekonomi tak kira negara pengelura atau pengimport bahan bakar.

Hari ni boleh dikatakan kebanyakan harga barang-barang keperluan melonjak naik dan menafikan kenyataan KERAjaan beberapa bulan lalu.

Apa rancangan KERAjaan waktu menaikkan harga minyak untuk mengawal kenaikan harga barangan? sampai hari rancangannya cuma memberi "amaran kepada peruncit supaya tidak menaikkan harga barangan runcit sewenang-wenangnya dan hasilnya amat baik dimana kita terpaksa membayar lebih...tindakan selepas amaran? sampai la ni tak de tindakan... anjing dah dapat tulang, jadi dia dok diam je balik tiang...

Bermula dari hari ni rege bahan bakar dah diruncitkan dengan rege baru...murah "sikit" dari semalam... tapi masih mahal dari sebelum kenaikan dulu... pasai apa? sebab menteri KERAjaan tak berapa pandai matematik... depa belajaq matematik dalam bahasa Inggeris, jadi ada masalah pemahaman dekat situ...

Nak tunggu harga barang runcit turun? sat... menteri nak pikiaq sat... depa tengah carik formula... macam mana formula dia? tunggu lepas mesyuarat perwakilan...

Jadi kita tak payah tunggu rancangan dari KERAjaan untuk turunkan harga barangan runcit pasai depa tengah sibuk untuk pemilihan... masa DSAI bahas belanjawan pun depa tak berapa nak dengaq pasai kepala tengah pening dok pikiaq nak pilih sapa...

Harga barangan runcit akan terus kekal seperti biasa... mahal macam semalam jugak... yang turun cumabajet minyak... tu pun ciput... letrik masih mahal... mungkin TNB tak guna diesel... depa guna bahan bakar lain kot... mana la aku tau...

Rakyat akan terus diperbodohkan, yang dah nazak, boleh tambah nyawa seposen.orang UMNO/BN akan terus percaya KERAjaan cukup telus... orang Pakatan Rakyat terus nampak kebodohan UMNO/BN...

Tak payah merungut dengan harga barang yang tak turun-turun sebab KERAjaan sendiri pun tak pandai nak urus... dah... aku bosan...

PM to meet Mindef sec-gen over chopper fiasco


Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said he will meet with Ministry of Defence secretary-general Abu Bakar Abdullah this afternoon to seek clarification on the helicopter deal controversy.

"I will meet with him today to discuss about this and then I will let you know," Abdullah, who is also defence minister, told a press conference in Kuala Lumpur.

The issue was first highlighted in a letter dated Oc 7 addressed to former defence minister Najib Abdul Razak, who is also deputy prime minister and finance minister.

In the five-page letter, Mentari Services Sdn Bhd chairperson Capt (rtd) Zahar Hashim suggested that the tender process, initiated during Najib's tenure, could have been a "gimmick" since the ministry appeared to favour one particular company.

Zahar also accused Najib of providing the prime minister, who took over the defence portfolio on Sept 17, with an 'inaccurate' report pertaining to the contract.

Among others, he stated that the government could have purchased the same number of helicopters, from a firm which he represented, and save almost RM1.5 billion

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar


KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999dan 2004.

Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.

Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.

Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."

Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.

"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.

Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.

Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.

Tuesday, October 14, 2008

Menteri dan Ahli Parlimen BN Takut Untuk Dengar Hujah Anwar


SUASANA Parlimen hari ini tidak sesesak semasa Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2009, 29 Ogos lalu. Keadaan dan pemerhatian sidang parlimen hari ini biasa saja, walaupun umum sudah tahu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan membentangkan perbahasan Bajet berkenaan. Seolah pembentangan perbahasan oleh bekas Menteri Kewangan itu tidak penting.

Suasana Parlimen lenggang dan banyak ruang yang boleh dimuat. Kawalan juga biasa saja tidak ada kawalan tambahan. Namun apa yang berlaku di dalam Dewan ternyata lebih menarik dan panas ketika Abdullah Ahmad Badawi membentang Bajet tempoh hari.

Ternyata Anwar dapat melakukan kejutan, menghidupkan Parlimen menjadi panas dan membuat ahli Parlimen BN ternganga mendengar hujah-hujah yang disampaikan kadang-kadang serius dan kadang penuh jenaka dan simpatis.

Apa yang menariknya, beliau telah meminta Menteri Kewangan membentang Bajet baru kerana Bajet yang dibentang sebelum ini sudah tidak relevan lagi atau lapok ekoran perkembangan ekonomi semasa. Unjuran pendapat dan perbelanjaan, angka-angka yang dibentangkan dalam Bajet tempoh hari sudah tidak boleh dipakai.

Alasannya, kata beliau unjuran dibuat menerusi Bajet itu dulu berdasarkan harga minyak semasa yang jauh lebih mahal berbanding sekarang ini. Ketika Bajet itu dibuat harga minyak melebihi UD125, kini harga minyak UD75. Kedudukan harga minyak menyumbang kira-kira 40 peratus kepada pendapatan negara.

Justeru itu beliau mencadangkan supaya angka itu dipindah ataupun diadakan sebagai menyesuaikan keperluan dengan perbelanjaan dan pendapatan. Pandangan atau cadangan beliau mendapat sokongan ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang yang bangun beberapa kali meminta agar Bajet dibentang semula ataupun dilakukan pindaan.

Keseluruhan Parlimen hari ini selepas sessi soal jawab dikuasai oleh Pembangkang sepenuhnya baik perbahasan dan juga ruang Parlimen. Kerusi di blok A kerajaan dan BN banyak yang kosong. Menteri Kewangan baru, Mohd Najib Razak dan menteri-menteri atau timbalan menteri, kecuali Shahrir Abdul Samad yang sepatutnya mendengar perbahasan itu juga tidak ada, atau enggan masuk ke dalam dewan bagi mengikut perbahasan Anwar.

Jumlah wakil BN berada dalam Dewan semasa Anwar membentang perbahasan
tidak sampai 20 orang. Kebanyakannya berada di luar di cafeteria berbual-bual kosong dan minum.

Hanya dua orang saja ahli Parlimen yang memberanikan diri mencelah minta penjelasan wakil Batu Pahat, Puad Zarkashi dan Kinabatangan, Bung Mokhtar Raden di mana mereka juga secara tidak langsung menjadi punching beg untuk ditumbuk bertubi-tubi oleh pembangkang.

Ketiadaan ahli Parlimen BN menimbulkan kekecewaan Anwar yang menyifatkan ahli BN itu penakut dan menjadi hamba abdi kepada pemimpin dan tidak sanggup duduk mendengar hujah dan perbahasannya demi rakyat dan negara.

Sehubungan itu beliau mengkritik Abdullah yang hendak melakukan reformasi agar melakukan reformasi ke atas ahli-ahli Parlimen BN yang penakut dan tidak bertanggungjawab!

Bagaimana pun apa yang diperlakukan Anwar hari ini cukup menarik bagi wartawan dan media massa yang selamanya sukakan isu sensasi, berita panas dan hujah yang bernas dan bernilai. Bagi mereka kemunculan Anwar pertama kali membahas belanjawan selepas 10 tahun meninggalkan Parlimen sesuatu yang ditunggu-tunggu dan tidak sia-sia.

Sebaik sahaja Anwar melangkah keluar Dewan sewaktu berhenti rihat jam 1:00 tengah hari puluhan wartawan dan jurugambar dalam dan luar negeri mengerumuni untuk mendapat komen dan pandangan beliau. Ketika pembangkang keluar, pintu keluar menteri dan ahli Parlimen BN langsung tidak menjadi tumpuan.

Disebelah petang tadi ketika menyambung perbahasan Anwar terus mengemukakan kritikan ke atas beberapa langkah dan tindakan Kerajaan yang diambil menerusi Bajet itu dikira merugikan negara. Antara yang ditimbul ialah soal kelulusan segera oleh Menteri Pertahanan sebelum bertukar jawatan, berhubunng pembelian halekopter dan penjualan saham yang tidak munasabah dan sebagainya.

Tubuh kerajaan, Anwar mahu MP BN bersabar


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis meminta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersabar berhubung usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan kepimpinan kerajaan.

"Kalau ada ahli yang berbunyi angkuh sikit tu, saya minta sabar la sikit kerana angkuh itu tak mungkin lama. "Kalau (ada ahli Parlimen BN) yang jerit tu (dalam Dewan), biar la tatkala itu nanti kepalanya turun lebih bawah dari mikrofon,“ katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.

"Kalau persoalannya 16 September, permulaan sudah berlaku. Kita nak runding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)... dialah Perdana Menteri pertama yang nak bincang dengan pembangkang tapi tak boleh bincang sebab nak jaga hati pemimpin Umno.

"(Tapi) Tak sempat jumpa pun, orang dah gulingkan dia... sebab tu saya sopan dan lembut dengan dia sebab dia agak sengsara," katanya.

"Sebab tu dia kata 8 Mac (pilihan raya umum ke-12) tak mungkin, Permatang Pauh tak mungkin (dimenangi pembangkang)... semuanya tak mungkin sebab dia tidak berlandaskan Insya Allah. Insya-Allah, saya yakin akan berlaku (ambil alih kerajaan)," katanya.

Anwar berkata, beliau menyokong hasrat Perdana Menteri yang berazam melakukan perubahan termasuk dalam institusi kehakiman dan membasmi gejala rasuah.

"Ini benteng terakhir yang kita mahu pertahankan dalam sistem. Saya setuju dengan hasratnya (Abdullah) dengan harapan sesuatu dapat dilakukan dengan segera," katanya.

MP PKR Kulim-Bandar Baharu nafi ditawar masuk Umno


KUALA LUMPUR:Sehari selepas disahkan bebas daripada cabaran perundangan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menafikan beliau ada ditawarkan supaya menyertai Umno.

Sebaliknya tegas wakil rakyat itu beliau masih bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini, Zulkifli juga menegaskan beliau akan bersama dengan parti yang memperjuangkan Islam.

Ekoran keputusan mahkamah semalam banyak pihak membuat andaian bahawa beliau akan menyertai Umno.

Malah komen pengunjung blognya juga menyentuh kemungkinan tersebut.

Menurut beliau, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan parti itu masih memperjuangkan Islam.

Zulkifli juga berkata, beliau telah mengadap Jawatankuasa Displin PKR dan belum ada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya.

Sebelum ini beliau menjadi perhatian selepas mengambil bahagian dalam demonstrasi membantah Majlis Peguam mengadakan forum mengenai Islam di ibu negara dua bulan yang lalu.

Semalam, Zulkifli berjaya mengekalkan kerusi Kulim-Bandar Baharu apabila Mahkamah Tinggi Alor Star menolak petisyen tersebut selepas Barisan Nasional (BN) memohon untuk menarik balik petisyen berkenaan.

Pada 27 April lepas, bekas calon BN bagi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Mohd Hafarizam Harun memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.

Friday, October 10, 2008

Plaza tol baru Jelapang pun dirempuh


IPOH: Plaza Tol Ipoh Utara yang baru empat bulan dibuka bagi menggantikan 'plaza maut' di Jelapang, mencatat kes kemalangan pertama semalam apabila sebuah trailer merempuh bas ekspres yang sedang berhenti untuk membayar tol menyebabkan lima penumpang cedera.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, trailer yang membawa muatan jentera berat dari Sungai Petani ke Johor Bahru itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar tembok berhampiran pondok tol sebelum merempuh bahagian belakang bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan bersama 29 penumpang.Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Rodzi Rajab, berkata rempuhan itu menyebabkan lima penumpang bas cedera dan semua mangsa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Perjanjian Sulit Pak Lah Dan Najib

Aku cilok dekat MyKMU hangpa baca la sendiri...

Jangan dok biaq KERAjaan UMNO/BN dok lama-lama kat atas tu... kene kasik turun cepat-cepat. Pak Lah dah senget, ekonomi negara merudum sebab bagi orang senget jadik PM... kene kasik tukar kerajaan sebelum "menantu" pulak buat gila..!

Jika ada sesiapa yang menganggap menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Saudara Khairy Jamaluddin, bakal kehilangan kuasa dan pengaruh dalam politik UMNO berikutan ura-ura pengunduran Presiden UMNO ini, nyata ia merupakan satu hipotesis yang tidak tepat.

Maklumat terbaru yang diperolehi oleh MYKMU mendapati sudah ada usaha kem Abdullah untuk memaksa DatukSeri Najib memastikan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac ini jika mahu Pak Lah meletak jawatan tanpa bertanding.

Menurut sumber, dua perkara yang diminta oleh Abdullah kepada Najib dalam pertemuan baru-baru ini ialah Jangan batalkan projek Landasan berkembar yang ada kepentingan SCOMI dan pastikan Khairy akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Najib dikatakan bersetuju permintaan pertama tetapi tidak memberi apa-apa pandangan terhadap permintaan kedua. Disebabkan itu, Pak Lah tidak mengumumkan persaraannya Mac 2009 seperti sepatutnya. Pak Lah mahu melihat gerak tari Najib terlebih dahulu.

Najib mempunyai sehingga 9 Oktober ini untuk mencari jalan memastikan Khairy menang jawatan Ketua Pemuda atau sekurang-kurangnya meyakinkan Pak lah bahawa Najib akan memastikan Khairy menang.

Cakap-cakap di Kota Bharu juga mengesahkan Setiausaha Politik Datuk Seri Najib, Datuk Fatmi telah meminta Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda bagi menunjukkan restu Najib terhadap menantu Abdullah.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, Mykmu difahamkan usaha Datuk Fatmi ini bukanlah atas arahan Datuk Seri Najib.

Penguasaan Khairy bukan sahaja bersangkutan politik dalaman UMNO. Malah penghijrahan datuk Seri Najib ke Kementerian Kewangan juga tidak merupakan proses peralihan kuasa sepenuhnya.

Mustapha Ong bin Omar Ong, rakan baik Khairy Jamaluddin dan salah seorang pemain utama Ethos Consultant, dikatakan bakal dilantik sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Najib di Kementerian Kewangan. Oleh kerana perlantikan Setiausaha Politik merupakan bidang kuasa Perdana Menteri, maka tidak banyak yang dapat Najib lakukan.

Mustapha Ong pernah bekerja dengan Datuk Seri Najib sebelum ini. Beliau dikatakan "Trojan Horse" Khairy dalam pejabat tersebut. Meninggalkan pejabat Najib atas persetujuan bersama setelah timbul beberapa isu dan juga berikutan kematian salah seorang penggerak utama Ethos sebelum ini.

Ethos merupakan salah satu pasukan konsultan yang digerakkan untuk kepentingan Khairy dalam pilitik dan perniagaan.

Nampaknya harapan Tun Mahathir dan pemimpin politik UMNO lain serta rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengaruh Khairy belum terlaksana. Malah Khairy mungkin akan menjadi lebih kuat selepas ini. Ini kerana beliau akan berjaya menghilangkan labialiti sebagai menantu Perdana Menteri.

Wednesday, October 8, 2008

Pemimpin Pakatan Rakyat bertemu bincang opsyen baru bentuk kerajaan


Mstar. PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat di ibu negara malam ini, dipercayai untuk membincangkan opsyen-opsyen baru bagi merealisasikan usaha membentuk kerajaan baru persekutuan.

Mesyuarat itu, yang diadakan kurang seminggu sebelum Dewan Rakyat bersidang, berlangsung di kediaman Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.

mStar Online dimaklumkan, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, dipercayai mengenai isu yang sama.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS telah meletakkan sasaran 16 September lalu untuk mengambil alih kerajaan pusat dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Anwar mendakwa mempunyai bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi untuk tujuan tersebut tetapi tidak membentuk kerajaan pada tarikh tersebut.


Pada 16 September lalu, Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan membincangkan peralihan kerajaan secara aman dan lancar.

Permintaan itu telah ditolak. Malah permintaan Pakatan Rakyat supaya sidang khas Parlimen pada 23 September juga ditolak Abdullah.

Tengah hari tadi, Anwar ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkata, beliau akan menemui pemimpin-pemimpin malam ini bagi membincangkan beberapa strategi baru termasuk membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Pada Isnin ini Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan Bajet 2009.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat belum menerima sebarang usul undi tidak percaya, yang luas diperkatakan ketika sesi sidang Parlimen lalu.

mStar Online difahamkan, sehingga semalam Parlimen tidak menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.

"Tak ada apa-apa usul yang cuba dibawa setakat sekarang. Saya fikir ada usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri, mungkin tak timbul lagi sekarang," kata sumber.

Bagaimanapun katanya jika pihak pembangkang ingin membawa usul undi tidak percaya seperti mana yang dihebohkan, mereka boleh berbuat demikian sehari sebelum Parlimen bersidang.

Tuesday, October 7, 2008

Mahkamah tolak bantahan awal pendakwa pohon pindah kes liwat Anwar


PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bersidang sejak pagi ini menolak bantahan awal pihak pendakwaan dalam isu permohonan memindahkan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pihak Pendakwa mengemukakan bantahan awal bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mendengar bantahan awal pihak pembelaan dalam soal permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun Hakim S. M. Komathy Suppiah berkata, beliau ada kuasa untuk mendengar bantahan awal dibangkitkan pihak pembela.

Kata beliau, Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Hakim itu juga berkata bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan membantah pemindahan itu, mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Abdul Gani, selaku Peguam Negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.

Anwar membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden "mata hitam" Anwar pada 1998.

Menurut pasukan pendakwaan, mahkamah perlu mengarahkan pihak pembelaan untuk membuat permohonan bertulis bagi membuat bantahan awal memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah berehat sebentar kira-kira pukul 12 tengah hari di mana hakim menemui Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah di kamarnya.

Mahkamah bersidang semula 12.30 tengah hari.

Mahkamah Sesyen bersidang sejak pukul 10.05 pagi tadi bagi memutuskan sama ada perbicaraan kes liwat Anwar perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu Anwar tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.40 bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Sankara N. Nair.

Pada 24 September lalu, Hakim Komathy telah menangguhkan sidang sehingga hari ini untuk memutuskan keputusannya selepas menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi, di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Mohd. Yusof telah mengemukakan bantahan awal terhadap bantahan peguam bela.

Anwar, 61, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sementara itu, Sankara ketika dihubungi semalam berkata, apa jua keputusan yang ditentukan oleh phak mahkamah akan diterima secara terbuka.

"Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah esok (hari ini)," katanya.

Jelasnya, apa yang diharapakan adalah kes tersebut tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi.

"Kami berharap kes ini dapat diselesaikan segera dan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Menurut Sankara, jika hakim menerima bantahan awal yang dikemukakan pihak pendakwa maka kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamagh Tinggi.

Barisan peguam bela Anwar pula diketuai oleh Sulaiman Abdullah bersama R. Sivarasa, Sankara, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya serta Mohd. Radzlan Jalaludin.