Friday, February 6, 2009

PERSAMAAN SEPT-16 & FEB-06 ?

Rata rata rakyat Malaysia menyatakan bahawa lompat parti atau ‘hijrah’ parti itu merupakan suatu amalan yang tidak beretika. Akan tetapi kita dapati parti politik samada pemerintah ataupun pembangkang pernah mengunakan strategi ini untuk mengambil alih kuasa.

DSAI sendiri telah mengunakan taktik kejut/gertak ( Sept-16 ) untuk mengambil alih kuasa kerajaan Malaysia secara lompatan. BN termakan dengan taktik ini sehingga sekumpulan wakil Rakyat telah di hantar keluar negeri. TDM , PM dan DPM begitu runsing dengan kemungkinan ini.

Kita tahu bahawa sekiranya lompatan itu berlaku, BN akan memohon kepada DYMM SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen dan Tuanku akan memperkenan permohonan tersebut.Hasilnya , pilihanraya semula akan diadakan.Itu yang DSAI mahu dan itu yang BN takut.

Walau bagaimana pun, Sept-16 tidak berlaku dan tiada apa yang perlu di perkatakan lagi. Acah bukan salah.

Pada Feb-05 , 4 Adun Perak daripada Pakatan Rakyat telah lompat kepada BN menyebabkan Pakatan Rakyat hilang majoriti. MB Perak telah memohon kepada DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. Itu yang Pakatan mahu dan itu yang BN takut.Dukacita Tuanku tidak memperkenankan nya. Kerana 4 orang lompat, Kerajaan Pakatan tumbang.

BN telah menubuhkan Kerajaan Perak pada hari ini, Feb-06, melalui pintu belakang ( lompatan/hijrah). Adakah ini beretika? Rata rata rakyat Perak rasa tertipu. Mandat yang mereka berikan kepada Pakatan Rakyat tidak dihormati oleh BN dan tidak dipertahankan oleh DYMM Sultan Perak.Ini bukan lagi acah. Ini nyata dan ianya adalah suatu kesalahan besar.

Kesimpulanya ,lompatan parti bukan suatu amalan yang baik .Lompatan yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan sah merupakan suatu kesalahan besar. Perlembagaan patut dipinda supaya lompatan tersebut akan menyebabkan kerusi berkenaan dikosongkan secara automatik dan pilihanraya kecil diadakan untuk menjaga kuasa rakyat.

Ingat kuasa rakyat adalah kuasa keramat.

oleh ohakim
http://omarhakim.blogspot.com/

No comments: