Saturday, February 7, 2009

RAKYAT PERAK TIADA HARGA

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dikatakan tidak mahu menerima hakikat telah tersinggir dari tampuk pemerintahan negeri. Oleh itu Pakatan Rakyat digesa menerima dengan hati terbuka yang kuasa pemerintahan telah berpindah tangan. Itulah yang dicanangkan oleh pemimpin BN dalam Media Perdana.

Jika dilihat situasi yang semakin panas di Perak memang menunjukkan apa yang berlaku ini memang tidak dapat diterima oleh pemimpin, penyokong malah oleh sebahagian besar rakyat Perak. Dari mula isu ini Kerajaan Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan padu dari pelbagai lapisan masyarakat.

Keadaan menjadi lebih panas bila PR menyokong penuh DS Nizar tidak meletak jawatan walaupun dititahkan oleh sultan. Di perkarangan rumah MB pada malam semalam (khamis) penuh sesak dengan 30,000 penyokong dengan ikrar DS Nizar dan dengan sokongan rakyat untuk berjuang hingga titisan darah terakhir.

Majlis mengangkat sumpah Dr. Zamry di Istana Bukit Chandan dipulaukan dan disambut dengan demontrasi besar. Penyokong PR berarak hingga ke depan istana. Mereka dibalas dengan tembakan gas pemedih mata.

Memang benar PR tidak dapat menerima peralihan kuasa seperti ini. Sejarah tercipta apabila PR akan menyaman sultan Perak sendiri. Semua ini menggambarkan betapa kemelut politik di Perak tidak akan berakhir dengan perlantikan Dr. Zambry sebagai MB.

SIAPA YANG TIDAK MENGHORMATI DEMOKRASI
Selepas BN kalah banyak kerusi dan tumbangnya 4 negeri dalam PRU ke-12, jelas mereka sebenarnya tidak dapat menerima kekalahan. Perlantikan JKKP dan arahan kakitangan pusat dilarang berurusan dengan kerajaan negeri jelas mengundang perpecahan rakyat.

Mereka nampaknya tidak menerima hakikat Perak yang sebelum ini kubu selamat juga tumbang. Sebenarnya apabila pertuduhan rasuah ke atas 2 ADUN memulakan episode rampasan kuasa BN di Perak. Dengan ugutan dan sogokan akhirnya 2 ADUN tersebut, seorang ADUN Jelapang berjaya dijerat seterus mengistiharkan wakil bebas. Mereka juga memaksa ADUN Bota kembali ke BN menyebabkan BN mendakwa telah mendapat mandat pemerintahan di Perak.

Adakah cara ini dikatakan telah mandat rakyat. Jika BN sendiri mengatakan lompat parti itu tidak bermaruah dan mengkhianati rakyat tetapi perkara yang sama dilakukan oleh BN pula dikira tindakan bermaruah.



BN TAKUT MENGHADAPI RAKYAT
PR dan rakyat Perak tidak meminta yang lebih dari pilihanraya semula untuk menentukan siapa yang lebih diterima rakyat. Cara BN mengambil alih kerajaan Perak ini adalah satu rompakan politik dan sudah tentu ia tidak dapat diterima oleh rakyat.Rakyat Perak yang memilih PR dalam PRU ke-12 di ketepikan, Rakyat Perak dipandang hanyalah seperti anjing….. anjing menyalak bukit.

Tetapi desakan pembubaran DUN Perak bukan sahaja dari PR tetapi juga dari SUHAKAM sendiri yang berpandangan hanya pilihanraya bebas dan adil sahaja dapat meleraikan kemelut politik di Perak. Pandangan ini disokong juga oleh beberapa cendiakawan politik tanah air. Malah bekas KM Serawak yang pernah mengalami perkara yang sama turut menyokong PR untuk menyaman sultan Perak.

Oleh itu bolehkah rakyat khususnya rakyat Perak menerima sebuah kerajaan yang ditubuhkan dengan cara yang tidak sah dan mengetepikan hak rakyat.
Pastinya pencinta demokrasi dan keadilan tidak sekali-kali dapat menerima kerajaan haram BN
Oleh Paksu Perak

No comments: