Heboh diperkatakan di Negeri Sembilan ketika ini betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan ketika Dato Seri Mohamad Hasan menjadi Menteri Besar. Rasa ketidakpuasan hati ini bukan hanya wujud di kalangan ADUN DAP, PAS dan PKR, malah di kalangan ADUN UMNO sendiri. Ura-ura angin kencang mengatakan sidang Dewan Undangan Negeri akan datang akan diadakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar untuk digantikan Menteri Besar yang lain dari kalangan ahli UMNO (Namun tiada wakil rakyat yang akan lompat parti).
Usul ini akan disokong oleh kebanyakan ADUN BN dan semua ADUN Pakatan Rakyat.
Apa ke tidaknya berikut ialah antara beberapa masalah yang gagal Dato Seri Mohamad Hasan selesaikan ketika ini :
1. Negeri Sembilan tiada Mufti , Dato Hj Mohd Murtadza yang paling berkaliber tidak disambung kontrak pada 31 Dis 2008
2. Seluruh N.Sembilan tiada JKKK sejak 31 Dis 2008. Rujuk pautan berikut http://amkns. blogspot. com/2009/ 02/mufti- dikacau-jkkk- pun-tak-selesai. html
3. JBA telah diperbadankan menjadi SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan), malangnya SAINS tiada pun tidak ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Rujuk Utusan http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt= 0115&pub= utusan_malaysia& sec=Selatan& pg=ws_07. htm&arc=hive
4. Agaknya siapa yang paling untung dalam projek RM800 juta naik taraf air di N. Sembilan. Mana datang RM 800 juta ni sedangkan SAINS tak sampai sebulan jagung ? Rujuk http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt= 0122&pub= utusan_malaysia& sec=Selatan& pg=ws_03. htm&arc=hive .
5. Projek TAHI Kerajaan Barisan Nasional yang berharga RM 100 juta di N.Sembilan pun tak selesai-selesai , ini kan pula RM 800 juta. Rujuk sini http://amkns. blogspot. com/2008/ 11/gambar- projek-tahi- kerajaan- bn-di.html
Terlalu banyak kelemahan Mohamad Hasan nak disenaraikan satu demi satu.
Mohamad Hasan sekarang hanya menunggu hari sahaja semasa Sidang Dewan Undangan Negeri untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau.
No comments:
Post a Comment