Thursday, February 12, 2009

Sanggupkah Pendekar UMNO Perak turun gelanggang?

Benarkah Rakyat Perak mengucapkan tahniah kepada Dr. Zamry Abd. Kadir,YAB Menteri Besar dan Majlis Kerajaan Negeri Perak BN yang di lantik oleh DYMM Sultan Perak pada Feb-09?

Rakyat Perak ingin memperingkatkan Dr. Zamry dan Exco nya bahawa Kerajaan mereka adalah kerajaan yang ditubuhkan melalui pintu belakang.Walaupun mereka dilantik oleh DYMM Sultan Perak, kerajaan mereka tidak direstui oleh rakyat Perak.

Pada PRU 12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri Perak dan bukan kepada BN.

Sebagai orang yang berani dan wibawa,tentu sekali Dr. Zamry dan ahli ahli Exconya akan merasa kurang senang dengan label “Kerajaan Pintu Belakang”. Oleh demikian, kami Rakyat Perak ingin mengesyorkan supaya beliau memohon kepada DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

Keberanian Dr. Zamry dan rakan rakanya masuk gelanggang untuk bertarung semula akan menerima tabit hormat daripada rakyat Perak.Barulah mereka layak digelar Pendekar UMNO Perak. Menang atau kalah itu adat pertarungan.Dimata rakyat mereka dikira telah menang.

Oleh Ohakim

No comments: