Rakyat Malaysia sudah bosan dengan budaya politik wang (rasuah politik ) yang diamalkan dalam arena politik terutama sekali dengan parti pemerintah.
Masalah ini telah capai suatu peringkat serius dalam parti UMNO, dimana MACC ( Anti Rasuah) telah diarahkan untuk memain pernanan membenteras gejala rasuah di dalam pilihanraya parti UMNO.
Setelah kekalahan BN/UMNO dalam PRU 12 pada 2008-Mar-08,pemerintah UMNO telah membuat kenyataan demi kenyataan bahawa mereka telah mendengar suara rakyat dan akan berubah haluan .Pemerintah UMNO telah berikrar untuk menghapuskan gejala rasuah ini.
Apakah hasil nya selepas 11 bulan?
Padangan Rakyat ialah usaha usaha tersebut hanya cakap kosong untuk menyedapkan hati Rakyat tetapi hasil nya tiada ,sebab pemimpin UMNO sendiri sudah terikat dengan gejala tersebut.Budaya rasuah dalam UMNO susah untuk dikikis.Kalau di Peringkat Parti pun boleh gagal, usaha di Peringkat Kerajaan tidak akan berjaya sama sekali.
Kenapa?
Sebabnya minda& hati pemerintah UMNO tidak berubah.Cakap tak serupa bikin.Kontrovesi saperti Eurokopter,pembelian kapal selam, saluran wang Kerajaan Persekutuan terus kepada badan badan BN,pembunuhan wanita Mongolia, keculikan mata gelap, rasuah dalam pemilihan UMNO dsn. telah membuktikan bahawa budaya ini bermula daripada pihak tertinggi UMNO.
Jadi, tidak hairanlah kenapa dan atas sebab apa 4 ADUN Perak lompat kepada BN baru baru ini.
Oleh ohakim
No comments:
Post a Comment