Thursday, December 17, 2009

Lantiklah semua AJK masjid di kalangan umno sahaja!!

Inilah punca berlaku pepecahan umat islam. Perlantikan yang telah di persetujui oleh kariah masjid tapi di batalkan oleh pemimpin yang bodah lagi sombong. Sepatutnya tidak timbul isu PAS atau Umno sekiranya ahli kariah telah bersetuju. Masjid menjadi mangsa politik bangsat UBN. Umno pasti hancur pada pilhanraya ke 13.

Baca: DISINI

Selamat menyambut maal hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua rakyat malaysia. Semoga membuat satu perubahan menolak kepimpinan yang zalim dan menindas kepada yang lebih baik.



Monday, December 14, 2009

Ni la punca bayaran letrik nak naik yer...

Malaysiakini:14 dis
Kurangkan untung IPP sebelum naikkan tarif elektrik

Bayaran IPP dikaitkan kepada kenaikan tarif elektrik. Bayaran kepada IPP merupakan lebih daripada 50 peratus daripada kos TNB dan ini diramalkan mencapai RM12 bilion pada 2009. Ia hanya logik bahawa bayaran IPP akan memainkan peranan signifikan dalam sebarang penentuan tarif elektrik untuk pelanggan Malaysia.

Penentuan mudah tarif elektrik boleh dijelaskan seperti berikut:

Tarif Akhir = Tarif Asas + Pelarasan Bahan Api

- Pelarasan bahan api akan ditangani melalui cadangan bahan api dipindahkan melalui formula dalam tarif;
- Tarif Asas antara lain terdiri daripada perkara berikut: Kos menaja jamin IPP oleh TNB, kos tetap dan berubah-ubah yang ditanggung oleh TNB dalam mengendalikan perniagaan penjanaan, penghantaran dan pengedaran, dan juga, kos pembiayaan, cukai dan sebagainya.

Usaha untuk memperbaiki prestasi dan merendahkan kos penyelenggaraan dan operasi telah diambil alih oleh TNB dan ini telah menghasilkan dalam penjimatan kos yang signifikan. Bagaimanapun, jumlah simpanan yang boleh dicapai melalui cara ini adalah terhad.

Satu lagi perkara yang perlu disebutkan di sini ialah kadar pulangan kepada TNB adalah rendah dan dikawal oleh kerajaan.


**Persoalannya sape tuan punya IPP tu? Kenapa nak bayar pada IPP dan rakyat kena tanggung kerugian TNB? Pa punya zalim pemerintah la ni.

Nak tau lebih lanjut klik kat: SINI

Sunday, December 13, 2009

IMUC: Platform Penyerlahan Kredibiliti Najib




Sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan baton pemerintahan negara kepada Najib Razak, beliau telah berusaha sedaya upaya untuk membentuk imej positif buat dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam keadaan ekonomi negara yang sedang tenat, dia sanggup membelanjakan RM2o juta wang rakyat, untuk mengupah APCO Worldwide, sebuah syarikat konsultan luar yang ditubuhkan seorang Yahudi yang bernama Margery Kraus.

Apa pentingnya menghabiskan wang sebanyak itu?

Ia adalah semata-mata untuk membentuk imejnya serta membantunya memperoleh rangkaian luar. Pengaruh dan hubungannya dengan dunia luar iaitu di peringkat antarabangsa penting dan mesti diperkukuh. Ini akan dapat menyerlahkan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri yang ada wibawa.

Walau pun dia, PerdanaMenteri Malaysia tetapi, kredibiliti, intergriti serta reputasi Najib berada pada tahap yang amat mendukacitakan. Mengapa??

Satu dunia sudah tahu siapa Najib Razak. Dia telah menjadi selebriti terkenal lagi sensasi, di dalam dan di luar negara. Dia naik ke puncak kuasa dengan pelbagai tuduhan serta skandal-skandal yang membabitkannya. Kes pembunuhan kejam Altantunya, warga Mongolia serta kaitannya dengan rasuah pembelian kapal selam telah menggemparkan dunia. Walau pun, orang kanannya Razak Baginda telah dibebaskan, namun… cara kes itu dikendalikan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan. Apakah keputusan itu diterima baik oleh semua pihak termasuk keluarga si mati?

Tidak sama sekali. Hingga ke hari ini, nama Najib masih dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantunya. Malah, dengan pendedahan ynag dibuat oleh Bala Subramaniam, isu ini menjadi semakin complicated. Tambahan pula, ia melibatkan pembabitan nama isteri serta adik lelakinya serta beberapa individu lain.

Tuduhan liwat oleh Saiful ke atas Anwar Ibrahim, juga memalitkan nama dan penglibatan Najib. Kes ini dianggap sebagai penerusan konspirasi jahat ke atas Anwar Ibrahim. Mahathir memulakkannya dan Najib meneruskannya. Setakat ini, itulah persepsi umum. Najib dikatakan takut dengan pengaruh Anwar Ibrahim yang dilihat boleh mencabar kedudukannya sebagai orang nombor satu negara. Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 yang lalu, telah membuat dia berasa gentar. Sebab itu… by hook or by crook, Anwar Ibrahim serta pengaruhnya mesti dihapuskan. Anwar Ibrahim telah menjadi musuh nombor satu dan pencabar utama Najib Razak.

Inilah yang menghancurkan reputasinya. Ke mana saja dia pergi… dia akan membawa imej yang sinonim dengan Altantunya, rasuah dan kezalimannya terhadap Anwar Ibrahim. Dan… ini semua, memberi reputasi yang tidak baik bagi seorang yang bergelar Perdana Menteri. Ya… Perdana Menteri yang beragama Islam, yang memimpin sebuah negara Islam tetapi tidak dihormati oleh negara-negara di dunia, khususnya dunia Islam. Reputasi dan kredibilitinya tetap akan sentiasa tercemar, selagi dia tidak bebas daripada tuduhan-tuduhan yang berat itu.

Pada 15-16 Disember ini, bertempat di PWTC Kuala Lumpur, satu persidangan “The 2nd International Muslim Unity Convention” akan diadakan. Konvensyen ini dianjurkan oleh Ramadhan Foundation yang salah satu agendanya ialah untuk mempromosikan persefahaman dan perpaduan ummah. Yayasan ini juga, mempunyai hubungan dan kerjasama erat dengan Perdana Leadership Foundation, sebuah yayasan yang Presiden Kehormatnya ialah Dr Mahathir Mohamad. Konvensyen yang akan diadakan ini, ibarat… pucuk dicita, ulam mendatang bagi Najib.

Peluang dan kesempatan ini, pasti tidak akan dipersiakan olehnya. Inilah peluang untuk dia menyerlahkan krediblitinya sebagai pemimpin ummah. Dia sedar yang dia tidak popular dalam kalangan dunia Islam berbanding dengan Anwar Ibrahim. Melalui konvensyen ini, yang bertujuan memupuk perpaduan ummah, Najib berharap dapat memutihkan imej dan memulihkan kredibilitinya terutama dalam kalangan negara-negara Islam. Dia teringin sangat diterima sebagai pemimpin Islam seperti mana dunia Islam mengiktiraf dan menerima Anwar Ibrahim. Mana mungkin Najib dapat menandingi ketokohan Anwar!!

Selaku Perdana Menteri Malaysia, dia merupakan salah seorang daripada empat orang penceramah yang telah dijemput dan bersetuju untuk menyampaikan ucapan di konvensyen tersebut. Selain Najib, mereka ialah Mahathir Mohamad serta dua orang cendiakawan Islam yang terkenal iaitu HE Al Sayed Ali Al Hashimi Penasihat Khas kepada His Highness President UAE dan HE Shaykh Abdullah bin Bayyah Naib Pengerusi, IUMS, Saudi Arabia.

Sehubungan itu, dari maklumat awal yang diterima, dua orang cendiakawan Islam yang terkenal iaitu Shaykh Dr. Tawfik Ramadan Al Bouti, Pensyarah Kanan University Damacus dan Habib Ali al-Jifri, Pengasas dan Pengarah Yayasan Tabah dari Yemen, telah diberi penghormatan untuk memberi ucapan di konvensyen tersebut tetapi kemudiannya membatalkan penyertaan mereka.

Mengapa agaknya ya??

Menurut sumber yang rapat dengan kedua-dua tokoh cendiakawan Islam tersebut, mereka membatalkan penyertaan mereka kerana berasakan yang konvensyen tersebut tersasar daripada matlamat asalnya. Sebaliknya, ia mempunyai agenda dan motif lain. Ini disebabkan penganjuran konvensyen ini ditaja oleh Perdana Leadership Foundation, yang ada kaitan dengan tokoh politik kerajaan di Malaysia. Ia disertai pula oleh banyak tokoh politik daripada UMNO. Venuenya pulak ialah di PWTC, yang dimiliki oleh UMNO, sebuah parti politik yang berpaksikan fahaman perkauman atau assobiyah Melayu. Jadi, konvensyen kali ini, sudah berbau politik!!

Setiap tahun, di PWTClah para politikus UMNO, beretorik dengan perasaan yang berapi-api terutama dalam isu-isu yang berbau perkauman. Malah, Najib sendiri pernah melaungkan kata-kata ini… “Basahkan keris Melayu dengan darah Cina”. Dan… pemimim ini jugalah yang akan memberi ucapannya di konvensyen tersebut. Bukankah ini satu hypocrisy!!!

Dan… yang paling ketara ialah ketiadaan dua orang tokoh Islam yang terkenal dan dihormati serta mendapat pengiktirafan dari dunia Islam iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim di konvensyen tersebut. Ini menimbulkan tanda tanya dan keraguan tentang motif serta agenda sebenar konvensyen kali ini. Sekiranya, ia benar-benar bertujuan untuk keamanan dan perpaduan ummah. Mengapa mereka didiskriminasikan??

Kita sedia maklum, kedua-dua tokoh tersebut, tersenarai dalam Royal Islamic Strategic Studies Center di Jordan, sebagai antara 500 tokoh Islam yang paling berpengaruh. Malah, Anwar Ibrahim juga telah disenaraikan oleh Foreign Policy Magazine sebagai salah seorang pemikir penting pada 2009 dan berada dalam kumpulan 100 teratas dalam Time Magazine pada 2008.

Dua orang tokoh Islam terkenal, yang mendapat pengiktirafan dunia, tidak dijemput ke konvensyen tersebut. Bukanlah ini sesuatu yang menghairankan kita. Bukankah mereka pemimpin rakyat Malaysia?? Oh… mungkin kerana mereka pemimpin dari pihak pembangkang maka mereka hilang kelayakan untuk turut serta. Tetapi sekiranya konvensyen itu mempromosikan perpaduan ummah dan keamanan dunia, apa salahnya kedua-dua tokoh Islam terkenal tersebut dijemput?? Tak salah bukan?? Aha… ini pasti ada agenda tersembunyi!!

Penganjur konvensyen ini, Yayasan Ramadhan ialah sebuah badan bebas yang mempunyai polisi tidak mencampuri hal ehwal politik dalaman mana-mana negara. Tetapi… konvensyen kali ini melibatkan banyak orang-orang politik terutamanya ahli politik pihak kerajaan. Sedangkan pemimpin pembangkang diketepikan. Kalau macam itu, apakah perpaduan yang cuba dibawa??

Semua sedia maklum, suasana politik Malaysia sedang haru-biru dengan isu perkauman. BTN didakwa oleh pembangkang sebagai tempat menyemai dan menyuburkan perasaan perkauman. Ini telah menyebabkan pertelagahan pendapat dan perang mulut antara politikus UMNO sesama mereka. Dr Mahathir yang akan memberi ucap utama di konvensyen itu, terang-terangan menyokong BTN yang rasis. TPM Muhyiddin Yassin, yang juga dijangka akan hadir di konvensyen tersebut, bertindak menyebelahi dan berpihak kepada Mahadhir. Apakah dalam keadaan ini, penampilan Dr Mahadhir di konvensyen tersebut, boleh memberi gambaran yang positif tentang keamanan dan perpaduan ummah??

Tidak mungkin!! Sebaliknya, keadaan dan suasana politik ini telah menenggelamkan tujuan asal konvensyen tersebut…. yang sepatutnya membawa mesej perpaduan. Peluang dan kesempatan inilah yang akan direbut oleh Najib. Konvensyen itu, boleh dijadikan wadah untuk melaksana dan menjayakan agendanya untuk memprosmosi dan menaikkan imejnya. Dia berharap konvensyen ini akan dapat meningkatkan dan menyerlahkan kredibiltinya sebagai pemimpin ummah yang disegani.

Najib… pemimpin ummah???

Lucu lagi melucukan!! Penarikan diri kedua-dua tokoh ilmuan Islam yang terkenal dan disegani dunia dari Yemen dan Damascus tersebut dari menyertai konvensyen itu, adalah bukti yang ia diadakan hanya untuk menyediakan platform bagi melaksanakan dan menjayakan satu agenda politik iaitu politik Najib Razak…. Perdana Menteri Malaysia.

Sumber klik: DISINI



Saturday, December 12, 2009

Malaysia negara 'sumpahan minyak'

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.


Sumber klik: DISINI



Friday, December 11, 2009

Taklimat Sismep di Pusat Dun Ulu KInta

Taklimat ini menerangkan kepada ahli Cabang Tambun betapa penting sumber maklumat dan mengemas data terkini untuk keperluan parti. Program yang ini di usahakan oleh ketua Cabang Ustaz Zul dan penceramahnya tidak asing lagi Saudara Affendi atau lebih di kenali dengan panggilan Mat Saman Kati dari Perak Expess.









Sunday, December 6, 2009

Honouring our agreements-Tengku Razaleigh

The Government has now responded to Kelantan’s claim to a portion of the profits derived from petroleum resources extracted offshore by PETRONAS.

Its response violates the letter and the intent of a solemn agreement signed between each State Government and PETRONAS under the Petroleum Development Act.

That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English.

The Constitutional rights of the people of Kelantan are denied. However this has implications far beyond Kelantan:
1) It negates an agreement signed between the Kelantan Government and PETRONAS. By implication, it negates identical agreements signed by PETRONAS with every other state and deprives the people of their constitutional rights.
2) The Government’s refusal to recognize a straightforward contractual obligation on PETRONAS’s part puts a question mark over the status of oil payments due to the other oil-producing states. The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly
3) If PETRONAS no longer recognises its legal obligation to pay the States what is due to them under the Petroleum Development Act, the States, and in particular Sabah and Sarawak, will now wonder if the corresponding Vesting Deed by which they vested all their rights in their petroleum resources to PETRONAS remains in force.
4) The Government’s response substitutes for PETRONAS’s legal obligations under the Petroleum Development Act an arbitrary “compassionate payment” from the Federal Government. This casts serious doubt on the Malaysian Government’s respect for the sanctity of contracts and the rule of law. Let’s not talk about spurring investment to take our economy to a higher level if we fail to understand the importance of abiding by contractual obligations.

I helped craft and negotiate the Petroleum Development Act. As Chairman of Petronas, I signed separate and identical agreements in respect of these payments with each of the Mentris Besar of the States. I must insist that PETRONAS is bound by them and that the Federal government should not interfere in their fulfillment.

Tengku Razaleigh Hamzah

Member of Parliament, Gua Musang

Sumber klik: DISINI

Wednesday, December 2, 2009

Media Pengampu No 1 Malaysia

Utusan Meloya tetap menjadi pengampu dan penipu no 1 Malaysia.
Cuba lihat gambar di bawah. Ia di papar di dada media pengampu.

Cuba bandingkan gambar di bawah ini yang di papar di Surat Khabar STAR.
Apa yang anda nampak beza?

Friday, November 13, 2009

Jadual Program DSAI Sempena Konvensyen PKR Negeri Perak

Tarikh: Sabtu,14 November 2009

1) Program : Konvensyen Keadilan

4.45 petang : Sampai di Dewan Chin Woo

5.00 petang : Amanat Ketua Umum

6.00 petang : Sidang Media

6.30 petang : Bertolak ke Tower Regency Hotel

2.) Program : Kuliah Isha

7.45 malam : Bertolak dari Hotel ke Masjid

8.00 malam : Sampai Masjid & Solat Isha

8.30 malam : Kuliah

9.30 malam : Bertolak ke Wisma Keadilan

3. Syarahan Perdana & Perasmian Wisma Keadilan

9.45 malam : Sampai di Wisma Keadilan

10.00 malam : Upacara Perasmian

10.15 malam : Ucapan

11.00 malam : Jamuan Ringan

11.15 malam : Perjumapaan Tertutup dengan Majlis Pimpinan Negeri

11.45 malam : Bertolak pulang

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tuesday, November 10, 2009

SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

Sumber klik: DISINI



Tuesday, November 3, 2009

SPR perlu diletakkan dibawah Parlimen

oleh Amin Iskandar
NOV 2 — Sebuah badan penggendali pilihanraya seperti Suruhanjaya Pilhanraya (SPR) bukan sahaja perlu bebas dari campurtangan mana-mana parti politik atau pemerintah, tetapi perlu juga dilihat bebas dari pengaruh mana-mana pihak.

Itulah yang tidak berlaku di Malaysia. SPR tidak dilihat bebas dari pengaruh kerajaan oleh kerana ianya berada dibawah kekuasaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan bukannya bertanggungjawab kepada parlimen Malaysia.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang pada satu ketika dahulu berada dibawah kuasa JPM kini telah dibebaskan dan berada dibawah parlimen. Apakah mustahil untuk meletakkan SPR berada dibawah parlimen supaya ianya turut dilihat bebas?

Satu ketika dahulu, kita dapat melihat bagaimana bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika memimpin SPR dikecam hebat oleh parti-parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) oleh kerana dikatakan memihak kepada parti yang memerintah iaitu Barisan Nasional (BN).

Kemarahan kepada Rashid dan SPR berada ditahap kemuncak sehinggalah satu demonstrasi raksaksa dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebuah gabungan yang terdiri dari parti politik pembangkang dan NGO pada 11 November 2007.

Lebih daripada 50,000 rakyat membanjiri ibukota berarak ke Istana Negara untuk meminta Yang di-Pertuan Agong untuk campurtangan bagi memastikan pilihanraya ke 12 bersih dan adil.

Ombak kebangkitan rakyat ini dengan mudah dapat mematahkan sekatan-sekatan ketat yang dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Pada ketika itu, PDRM menutup kesemua pintu masuk ke Kuala Lumpur dengan sekatan-sekatan jalanraya.

“Paranoia” PDRM untuk menghalang demonstrasi raksaksa yang bertemakan warna “kuning” itu telah menyebabkan ada kenderaan sekeluarga pengantin yang memakai warna kuning turut ditahan dan terpaksa membuktikan bahawa pada perkahwinan akan berlaku pada hari tersebut sebelum dilepaskan.

Terdapat empat tuntutan Bersih dalam kempen tersebut:

Bersihkan daftar pengundi.

Penggunaan dakwat kekal.

Media memberikan laporan yang adil kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya.

Mansuhkan undi pos.

Kesemua tuntutan Bersih tidak dilayan oleh SPR dan kerajaan Malaysia termasuk oleh pihak Istana Negara sehingga hari ini.

Malahan empat hari sebelum PRU 12, SPR mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal diatas faktor keselamatan.

Maka berjuta ringgit duit pembayar cukai untuk membeli dakwat kekal terbazir begitu sahaja dan sehingga kini, rakyat Malaysia masih belum tahu apa yang terjadi kepada dakwat kekal yang dibeli sebelum PRU 12 itu.

Apakah berbotol-botol stok dakwat kekal itu sudah kering? Apakah ianya telah mencapai tarikh luput? Hanya SPR dan kerajaan Malaysia yang tahu.

Selepas berjaya menafikan kuasa dua pertiga BN didalam Parlimen, berjaya merampas beberapa buah negeri dan menang dalam banyak PRK, “suara-suara” untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil semakin kurang kedengaran.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) di Dewan Rakyat juga masih belum “garang” untuk memperjuangkan SPR dibebaskan dari pengaruh JPM sedangkan inilah perkara yang paling asas perlu diperjuangkan jika mahu perjalanan pilihanraya di Malaysia lebih baik pada masa akan datang.

Selagi SPR masih belum bebas dari pengaruh JPM, agak sukar untuk memastikan badan yang menggendalikan pilihanraya ini benar-benar menjalankan tugas mereka dengan telus dan independen.

Mari kita lihat satu contoh. Selepas bersara sebagai pengerusi SPR, Rashid yang begitu dibenci oleh pakatan pembangkang kembali menjadi seorang yang rasional dan bercakap sebagai seorang yang bebas.

Sebaik sahaja speaker Perak, V. Sivakumar menghantar notis pengosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering, bekas pengerusi SPR itu mengatakan bahawa SPR tidak mempunyai pilihan lain selain mengadakan pilihanraya kecil di kedua-dua kerusi tersebut.

Menurut Rashid, selepas SPR Negeri Perak menerima surat perletakkan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering dari Speaker DUN Perak, SPR tidak mempunyai pilihan selain memanggil pilihanraya kecil di kedua-dua kerusi DUN tersebut.

Komen Rashid ini bukanlah kerana beliau menyokong PR, tetapi kerana itulah yang sepatutnya dilakukan oleh SPR mengikut lunas undang-undang oleh kerana keputusan speaker adalah muktamad dari segi undang-undang.

Terbuktilah bahawa Rashid yang satu ketika dahulu begitu dibenci bukanlah “begitu jahat”. Beliau menjadi “jahat” pada ketika itu oleh kerana tidak ada apa yang boleh beliau lakukan oleh kerana SPR berada dibawah kekuasaan JPM. Sesiapa sahaja walau sebaik manapun individu tersebut jika menjadi pengerusi atau anggota pesuruhjaya SPR selagi badan tersebut tidak bebas dari JPM akan melakukan perkara yang sama.

Dinegara jiran kita seperti di Thailand. SPR mereka mempunyai kuasa yang kuat. Sesiapa yang didapati terlibat dengan “rasuah politik” dalam pilihanraya, walaupun dibuktikan kesalahannya selepas seseorang individu tersebut menang dalam pilihanraya dan telah menjadi menteri, masih boleh dibatalkan kemenangannya.

Itulah yang berlaku kepada bekas perdana menteri mereka, Thaksin Shinawatra.

Walaupun tidak ada jaminan jika SPR bertanggungjawab dibawah parlimen maka badan tersebut akan menjalankan tugasnya dengan baik, sekurang-kurangnya, badan tersebut dilihat bebas.

Bukan seperti kini, SPR bukan sahaja dilihat tidak sebagai sebuah badan yang bebas tetapi badan tersebut turut dicurigai.

Jika PR benar-benar mahukan pilihanraya di Malaysia mencapai standard antarabangsa, inilah masanya untuk ahli-ahli Dewan Rakyat mereka untuk memperjuangkannya.

Jika perjuangan untuk pilihanraya yang bebas dan adil berlaku selepas kekalahan yang teruk dalam pilihanraya, maka benarlah kata-kata seorang ahli parlimen BN bahawa PR hanya perjuangkan pilihanraya bebas dan adil selepas kalah dalam pilihanraya. Jika mereka menang, semuanya senyap dan membisu mengenai isu ini.

Sumber klik: DISINI




Sunday, November 1, 2009

IKRAR PESERTA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK KALI PERTAMA YANG BERSIDANG DI HOTEL SYUEN IPOH

Ipoh,31 okt 2009
Oleh Zulkifli

Bahawasanya kami peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang bersidang hari ini 31 Oktober 2009 bersaman 12 Zulkaedah 1430 di
Hotel Syuen Ipoh dengan tema “Hidupkan Demokrasi Selamatkan Rakyat Perak”

Sesungguhnya dengan sepenuh hati dan iltizam dengan ini berikrar akan :

-Memperkukuh Pakatan Rakyat Negeri Perak,
-Meningkatkan usaha membubarkan DUN Negeri Perak,
-Memperkukuh perpaduan Parti di segenap peringkat,
-Mempertingkat usaha menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional,
-Terus memperbaiki dan menyusun Jentera Pilihanraya Parti bagi memenangkan Pakatan Rakyat memerintah semula negeri Perak.





Resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.


IPOH ,31 okt 2009
Oleh Ustaz Zulkifli

Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.

BARISAN BARU PKR PERAK

31 Okt 2009
Oleh Ustaz Zulkifli

Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Perak yang berlangsung jam 8.00 malam tadi telah mengumumkan barisan baru bagi menjayakan 5 Misi merampas kembali Perak.

Malaysia Untuk Semua

PENGERUSI MPN
Hj Mustaffa Kamil Ayub
( Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak)

TIMBALAN PENGERUSI
Sdr Zulkifli b Ibrahim
( Ketua Cabang Tambun)

NAIB PENGERUSI
YB Sdr Chang Lih Kang
( Adun Teja )
YB Sdr S. Kasevan
( Adun Hutan Melintang )
Sdr Madzi b Hasan
( Ketua Cabang Bagan Datok )

SETIAUSAHA MPN
Sdr Anuar b Zakaria
( Tim Ketua Cabang Gopeng )

PENOLONG SETIAUSAHA
Sdr Zainal Abidin b Alias
( Ketua AMK Padang Rengas )

BENDAHARI
YB Sdr Tai Sing Ng
( Adun Kuala Sapetang / Ketua Cabang Bt Gajah )

TIMBALAN BENDAHARI
Datuk Dr Yap Yit
( AJK Cabang Lumut )

KETUA PENERANGAN
Sdr Md Nasib b Abdul Rahin
( Ketua Cabang Bagan Serai )

TIMBALAN KETUA PENERANGAN
Sdr Hazha b Hawalid
( Bekas Pegawai Khas YB Jamaluddin)

PENGARAH PILIHANRAYA
Hj Ismail b Yusop
( Ketua Cabang Bukit Gantang )

BIRO PERUNDANGAN
Sdr Baldip Singh
( Cabang Kampar )

BIRO PELANCONGAN
Pn Suzana Manja bt Ibrahim
( Tim Ketua Cabang Ipoh Timur)

BIRO LATIHAN
Hj Rahim b Salbi
( Cabang Kuala Kangsar )

BIRO AGAMA DAN PENDIDIKAN
Ust Hj Suwardi b Hj Sufian
( Ketua Cabang Lumut )

BIRO INTEGERITI
Sdr Tinagaran
( Cabang Ipoh Timur )

BIRO KEBAJIKAN
Hajjah Mashirah
( Ketua Wanita Ipoh Timur )

BIRO BELIA DAN SUKAN
Sdr Muzaffar Shah b Khairuddin
( Ketua AMK Teluk Intan )

KETUA AMK NEGERI
YB Sdr Abdul Yunus b Jamhari
( Adun Kuala Kurau )

KETUA WANITA
Hajjah Fathmawaty bt Salim
( Ketua Wanita Gopeng )

Tahniah kepada semua, tanggungjawab yang diberikan laksanakanlah sebaik mungkin, ahli parti mengharapkan perubahan ini akan membawa makna yang lebih baik

Sumber klik: DISINI








Thursday, October 29, 2009

Bertambah ahli Gerombolan katak

ADUN keempat keluar PKR

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim





KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PKR – DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa parti pembangkang utama itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.

"Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya...," katanya hari ini.

Sejak dua hari lalu, PKR menerima tamparan ekoran peletakan jawatan naib presidennya Datuk Jeffrey Kitingan dan timbalan ketua Wanita Sabah, Christina Liew serta desas-desus mengenai kemungkinan setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim juga akan meletak jawatan.

Salehuddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan.

Jeffrey dan Liew meletak jawatan kerana kecewa dengan keputusan pimpinan tinggi PKR berkaitan beberapa isu - yang terbaru berhubung pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi PKR Sabah yang baru.

"Rombakan kepimpinan PKR telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu.

"Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk daripada cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan.

"Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihan raya umum Mac lalu.

"Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata," tambahnya.

Dr Wan Azizah berkata lagi, PKR akan menempuh saat sukar "untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat mereka ke tahap perjuangan seterusnya."

"Sepanjang itu, kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti.

"Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti," katanya.

Dr Wan Azizah tidak menyebut secara terperinci bentuk masalah tersebut, tetapi kegelisahan dalam parti muncul susulan peranan yang dimainkan oleh pendatang baru Datuk Zaid Ibrahim - bekas menteri Umno yang menyertai PKR empat bulan lalu.

Ia juga dipercayai berkaitan dengan perebutan jawatan timbalan presiden PKR. Naib presiden Azmin Ali dan Zaid masing-masing dilihat berpotensi mengisi jawatan tersebut nanti yang kini disandang oleh Dr Syed Husin Ali.

Dr Wan Azizah memberi jaminan kepada para penyokong parti itu bahawa PKR akan berusaha untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

"...saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

"Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu.

"Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi rakyat Malaysia," katanya.

Laporan Seminar SIS - Pembela atau Perosak Wanita

Petaling Jaya 25 Okt – Menyedari terjadinya banyak penghinaan ke atas hukum-hukum Allah SWT di era moden kini, terutama oleh gerakan-gerakan sekular yang bertopengkan agama, Ikatan Intelektual Nusantara dengan kerja sama Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (HTM-KL) dan Muslimat Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) berjaya mengadakan satu seminar dengan tajuk yang hangat iaitu “Sisters In Islam (SIS) – Pembela Atau Perosak Wanita” di Dewan Serbaguna, Petaling Jaya, Selangor DE.

Tajuk ini dipilih ekoran daripada sikap biadap SIS yang mencabar hukum Allah SWT, berkenaan hukum sebatan ‘syariah’ ke atas seorang individu yang bernama Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, seorang model dari Sungai Siput, Perak yang dituduh meminum arak pada 11 Julai 2008, di hotel Legend, Cherating, Pahang. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surah An-Nisa’ bersama terjemahannya oleh Tuan Imam Darulqatni. Sesuai dengan tajuk seminar pada kali ini, pihak penganjur ingin mendedahkan kepada masyarakat tentang kesesatan idea-idea yang dibawa oleh SIS, yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan penafsiran yang songsang (salah), termasuklah hujah-hujah (logik) akal yang lemah, sekali gus bertolak belakang dengan dalil-dalil syariat. Seminar kali ini menghadirkan dua orang penceramah dari HTM dan seorang wakil dari MHTM.


Pada sesi pertama, Prof. Dr. Mohammad Syarifudin menyampaikan ceramahnya yang bertajuk, “Kupasan Isu Kartika Sari”. Beliau menjelaskan kronologi berkenaan kes Kartika Sari, bermula dengan pengakuan bersalah Kartika Sari yang rela untuk disebat dan telah membayar denda sebanyak RM5000, sehinggalah muncul polemik berkenaan pelaksanaan hukuman 6 sebatan ke atasnya. Apa yang pasti, sehingga kini hukuman 6 sebatan ke atas Kartika Sari belum lagi dilaksanakan, ekoran dari berbagai-bagai alasan dan kecaman dari pihak yang kononnya memperjuangkan Hak Asasi Wanita dengan alasan kejam yang akan mendatangkan pandangan yang buruk oleh agama lain ke atas agama Islam.

Penceramah juga menjelaskan dengan rinci berkenaan hukum minum arak (iaitu haram) dan hukuman bagi pelakunya yang dikategorikan dalam kes hudud, iaitu disebat sebanyak 40 atau 80 kali, dan bukan dengan jumlah yang lain (baca selanjutnya: http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/1552-sn188-celakalah-siapa-yang-menolak-hudud-allah). Prof. Dr Mohammad Syarifudin menyatakan, umat Islam seharusnya sedar bahawasanya permasalahan ini terjadi, adalah natijah diterapkannya sistem sekular yang membelakangkan hukum Allah SWT termasuklah hukum hudud yang wajib diterapkan oleh negara sebagai qiyan tanfizi (badan pelaksana). Dengan mendominasinya pemikiran sekular ini di dalam benak umat, maka lahirlah pelbagai dogma dan pemikiran sesat seperti aliran liberalisme dan feminisme yang turut diperjuangkan oleh SIS.

Pembentangan kedua disampaikan oleh Ustaz Abu Taqiuddin Mustafa, yang merupakan Naqib Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Kuala Lumpur, dengan tajuk “Tafsiran Songsang SIS”. Beliau menceritakan bagaimana barat cuba menyerang umat Islam dari 3 sudut iaitu, freedom, equality, dan justice. Di sisi lain juga, barat cuba melemahkan kekuatan umat islam dengan membahagi-bahagikan mereka dengan 4 golongan iaitu, Traditionalist, Fundamentalist, Modernist dan Secularist kajian dari RAND Institute, dalam buku terbitan mereka, iaitu Civil Democratic Islam. Seterusnya Ustaz Abu Taqiuddin Mustafa menjelaskan 4 isu yang sering dipergunakan oleh SIS, untuk mempertikaikan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam syariat Islam. Keempat-empat isu tersebut ialah berkenaan isu poligami, marital rape, pewarisan dan isu berkenaan Kartika Sari. Kesemua isu tersebut telah dikupas dengan rinci dan tuntas oleh Ustaz Taqiuddun dengan berpandukan tafsiran sebenar yang dimaksudkan oleh dalil-dalil tersebut termasuklah hujah-hujah akal mereka berkenaan masalah pewarisan dan marital rape. Dalam isu Kartika misalnya, ia sebenarnya bukanlah isu gender, tetapi telah ‘digenderkan’ oleh JAG dan SIS itu sendiri. Isu ini sebenarnya adalah berkenaan hukum syariah yang wajib diterapkan ke atas lelaki dan wanita oleh negara. Pada hakikatnya, SIS sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam, tetapi cuba untuk memesongkan Islam itu sendiri dengan pemikiran sekular. Ustaz Abu Taqiuddin menegaskan bahawasanya semua masalah ini akan dapat diselesaikan jika Sistem Khilafah Islam ditegakkan di muka bumi.

Sesi pembentangan berhenti rehat seketika pada jam 11.30 pagi untuk menikmati juadah yang disediakan sambil menonton tayangan video. Setelah itu, majlis diteruskan dengan sesi pembentangan ketiga, yang disampaikan oleh wakil MHTM, iaitu Ustazah Hajjah Ummu Kalsom dengan tajuknya “Peranan Wanita Dalam Masyarakat”. Pada pembentangan kali ini, penceramah membahaskan secara khusus bagaimana Islam sebagai Deen mengatur tentang masalah lelaki dan wanita dalam kehidupan. Islam tidak pernah membeza-bezakan antara lelaki dan wanita dalam aspek pelaksanaan hukum. Ada hukum syarak yang diturunkan wajib untuk diamalkan oleh lelaki dan wanita seperti kewajipan berdakwah, boleh bertransaksi jual-beli, menuntut ilmu dan lain sebagainya. Di sisi lain, ada kewajipan yang hanya ditaklifkan untuk wanita sahaja seperti kewajipan memakai khimar (kerudung) , jilbab (jubah) dan larangan untuk bertabarruj. Di akhir sesi pembentangan, Ustazah Hajjah Ummu menjelaskan, bahawasanya sejarah telah membuktikan hanya Sistem Islam sahaja yang mampu memajukan dan memuliakan wanita. Sistem sekular yang diterapkan pada saat ini, telah terbukti gagal mengangkat derajat dan martabat kaum wanita, bahkan telah menjerumuskan wanita kepada kemunduran dan kehinaan.

Setelah selesai ketiga-tiga pembentangan, para peserta diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada para pembentang berkenaan isu yang diperbincangkan. Alhamdulillah, respon para hadirin termasuklah yang bertanyakan soalan amat positif dan bersetuju bahawasanya gerakan Sisters In Islam dan yang seangkatan dengannya amat berbahaya kepada umat Islam, kerana pemikiran yang dibawa oleh mereka tidak selari dengan hukum syariat Islam yang sebenar, dan boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini, termasuklah pihak yang menjaga keamanan sepanjang majlis dijalankan. Majlis ini juga telah berjaya menarik hampir 350 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai individu dan NGO, termasuklah dari kalangan MPMUM, Pewaris dan SIS. Majlis ditutup dengan bacaan doa, yang berakhir pada jam 2 petang.

Wednesday, October 28, 2009

Pas Tak mungkin Pecah

Oleh Prof Abd Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi?

Sunday, October 25, 2009

Jamuan Raya Rakyat di Pusat Khidmat Keadilan Dun Ulu Kinta

Jamuan raya rakyat 24hb Oktober jam 0900-1200 di Pusat Khidmat keadilan Tambun Dun Ulu kinta telah berjaya menarik pelbagai kaum seramai 3oo orang telah menghadiri jamuan tersebut.Di samping itu Pkr Tambun telah memberi bantuan kepada fakir miskin di Dun ulu Kinta yang di sampaikan oleh YB Chan Meng Kai Adun simpang Pulai.Penceramah Jemputan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin atau lebih di kenali dengan panggilan cheGu Bard.

Barisan pimpinan Pkr Cabang Tambun dan pimpinan Caw.Pas ulu Kinta


Perbincangan antara pimpinan


Pelbagai kaum sedang mengambil jamuan pada malam tersebut.


Urusetia sedang memerhatikan kehadiran tetamu yang ramai pada majlis tersebut




Betapa mesra antara pemimpin pakatan Rakyat


Amboi akak ni.. sedap ke lemang tu?


Isteri ketua Cabang Tambun sibuk melayan tetamu yang hadir





Pak Haslam sibuk melayan tetamu yang hadir


Pembuka majlis saudara Pak Din


Gambar tetamu yang hadir


Pengerusi majlis saudara Arafat


Ketua cabang Tambun Ustaz Zulkifli menyampaikan kata-kata aluan.



Saudara Thanimalai memberi ucapan di majlis tersebut


Pimpinan Pas kaw.Tambun Dr Khairuddin sedang sedang berucap


Tetamu terpegun mendengar pengerusi Majlis berucap dengan penuh semangat






Gambar di atas Yb Chan Meng Kai sedang menyampaikan sumbangan


YB Chan Meng Kai sedang memberi ucapan


Penceramah Jembutan Che gu Bard sedang berucap dengan penuh bersemangat

Saturday, October 24, 2009

Islam Perlu Menang

Islam mesti menang. Itulah ajaran Tuan Guru-Tuan Guru yang sampai ke telingaku. Di Malaysia, PAS adalah wadah jelas menjadikan islam sebagai dasar perjuangan.

Islam tidak akan menang tanpa kebijaksanaan pejuang-pejuangnya. Berjuang islam dengan hentam semborono akan melahirkan natijah buruk kepada Islam itu sendiri.

Bukankah para salaf terdahulu pernah menyebut, "kebatilan yang mempunyai system boleh mengalahkan kebenaran yang tidak mempunyai system".

Di Malaysia, wadah pilihanraya merupakan kaedah untuk melaksanakan islam. Justeru, kehadiran PAS di Malaysia dengan menggunakan pilihanraya merupakan kebijaksanaan dalam usaha hendak memenangkan islam. Jika dibaca dalam al-Quran dan as-Sunnah, memang tidak pernah kendengaran istilah pilihanraya, tetapi ijtihad ulama sentiasa berkembang, menyebabkan pilihanraya diterima pakai untuk melawan musuh islam.

PAS hendak memenangi kerusi secara bersendirian merupakan satu perkara yang amat susah. Negeri-negeri yang pernah dikuasai oleh PAS, tidak pernah disebabkan isu yang dikemukakan oleh PAS, sebaliknya adalah menumpang dari isu orang lain.

PAS memerintah di kelantan, bukan kerana kekuatan PAS, tetapi kebersamaan PAS bersama Semangat 46 atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Ternyata, PAS pimpinan Tuan Guru nik Abdul Aziz di kelantan menunjukkan imej Islam yang baik, menyebabkan mereka yang tidak ikhlas dengan islam mengambil sikap keluar dari APU. Makanya, banyak ahli-ahli dari parti lain mendaftarkan nama untuk menjadi ahli PAS. selepas dari itu, sebarang pilihanraya umum berjaya memberikan kemenangan kepada PAS di kelantan, waima tidak bersama dengan parti-parti yang lain lagi.

Di Terengganu pula, PAS berjaya memerintah pada tahun 1999. kemenangan ketika itu, bukan kerana kekuatan PAS, tetapi kelemahan musuh yang berada dalam keadaan teramat sangat. Isu Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat dari Timbalan Perdana menteri menjadi buah mulut orang melayu, seterusnya mereka lakukan sabotaj kepada UMNO dengan memberikan undi kepada PAS.

Pun begitu, ketika isu Anwar Ibrahim semakin hari semakin tenggelam, menyebabkan pada tahun 2004, PAS mengalami kalah teruk, malahan UMNO/BN mencapai kemenangan dengan menyapu bersih. Kekalahan PAS itu, sehingga hari ini terengganu tidak sampai ke tangan PAS.

Apa yang dapat dinilai, PAS tidak pernah menang – menguasai negeri - dengan sebab kekuatan sendiri. tetapi, kemenangan PAS adalah menumpang dengan kekuatan orang lain.

Keadaan sama juga menimpa PAS dalam PRU ke 12, pada 8 mac 2008 yang lalu. dalam pilihanraya itu, sepatutnya PAS tidak merasa senang dengan mendakwa bahawa PAS sudah menang, tetapi PAS selayaknya meletakkan satu tanggapan bahawa PAS sedang menuju kepada kejayaan untuk memerintah dengan islam.

Justeru, dengan penubuhan kerajaan pakatan rakyat, usaha dakwah, memperkenalkan model kerajaan islam, kempen kerajaan kasih sayang, kempen mewujudkan kerajaan yang adil yang berasaskan islam perlu dilaksanakan.

Mulakan dengan dakwah di ruang-ruang yang tersedia ada, seperti sering mengadakan ceramah-ceramah di masjid dan surau, mengadakan kempen Islam secara berkesan dan berstrategi kepada rakyat. Semuanya ini bertujuan, untuk memperkenalkan Islam kepada rakyat, agar mereka akan memilih PAS dalam pilihanraya akan datang, seterusnya PAS berjaya melaksanakan islam.

Pun begitu, menyedihkan bahawa semua tindakan sebegini tidak dilakukan secara serius, sebaliknya PAS hanya mengambil sikap tamak dan haloba dalam pemerintahan pakatan rakyat. Waima dari golongan manoriti, tetapi PAS tidak menghormati hak demokrasi, sehingga sanggup berusaha hendak merampas dari hak parti-parti majority.

Di selangor sebagai contoh, di mana sahaja wujud PAS, maka disitu PAS mahu monopoli sesuatu jawatan – seperti Ketua kampong-, walaupun tempat tersebut bukan kerusi PAS. Di tempat PKR dan DAP pun, PAS mahu sesuatu jawatan. Adapun di tempat PAS pula, tidak diberikan ruang kepada PKR dan DAP untuk memegang sesuatu jawatan.

Tidak dinafikan, kejadian sebegini hanya dilakukan oleh segelintir pimpinan PAS, terutama mereka yang mempunyai kepentingan melayu disamping memperjuangkan islam. Pun begitu, tindakan segelintir itu menjadi barah yang merbahaya sehingga mampu melahirkan kebencian rakyat terhadap PAS. lebih-lebih lagi, apabila isu kaum melayu menjadi bahan perbincangan PAS.

Alangkah bodohnya jika isu melayu yang dibicarakan, sedangkan sering kali Tuan Guru nik Abdul Aziz menyebut, "perjuangan melayu tidak ada nilai satu sen pun disisi Allah SWT".

PENUBUHAN PAKATAN RAKYAT

Penubuhan Pakatan rakyat sebenarnya dapat memberi banyak manfaat kepada PAS. ini kerana, PAS sebelum ini mempunyai masalah pendekatan dengan masyarakat selain melayu. Justeru, dengan tertubuhnya Pakatan Rakyat, PAS sudah berjaya melepasi tembok dalam usaha hendak merapatkan diri dengan masyarakat selain melayu.

Pun begitu, menyedihkan apabila peluang ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Kewujudan sebilangan pimpinan PAS yang berjiwa 'hang tuah' yang sayangkan melayu, melahirkan balik tembok pemisah ini. malahan, ia lebih tebal dari tembok pemisah sebelum ini.

Sepatutnya, dengan peluang yang ada, hendaklah digunakan sepenuhnya menceritakan kepada masyarakat selain melayu tentang islam dan keadilannya. Berdakwah dengan sebijaksana yang mungkin, sehingga mereka meletakkan keyakinan kepada Islam yang diperjuangkan islam. menyedihkan, tindakan ini tidak pernah diambil peluang sebijaksana mungkin.

Lebih menyedihkan, di kala PKR dan DAP saling kukuh mengkukuhkan kerajaan pakatan rakyat, kehadiran PAS dilihat seperti anai-anai yang mahu meruntuhkan kekukuhan yang sedang dibina. Isu-isu yang dikemukakan oleh PAS, banyak tidak mengukuhkan Pakatan rakyat, malahan bersifat mahu meruntuhkan.

Sayugiyanya, PAS perlu berada sebagai parti yang mengukuhkan kerajaan pakatan rakyat. Gunakan kesempatan ini, mengemukakan model-model keadilan yang merujuk kepada islam, bukannya membuat seribu satu masalah kepada kerajaan.

Ternyata, ada pimpinan PAS yang otak melayunya lebih tebal berbanding keislamannya, menyebabkan seribu satu masalah dilakukan sehingga melahirkan kebencian rakyat terhadap PAS.

Lebih parah, apabila wujud kelembapan pada sebilangan pimpinan PAS dalam memonopolikan sebarang isu agar dijuarai oleh PAS. kelembapan ini, bukan sekadar merugikan PAS, malahan kadang-kala merugikan islam itu sendiri.

Kalau keadaan ini terus berlaku, sampai bila pun islam tidak akan menang. sebab itu, baru kita faham mengapa nabi SAW berjaya membina kerajaan islam waima tidak sampai 20 tahun berdakwah, sedangkan PAS sudah berjuang dan berdakwah lebih 50 tahun, tetapi sehingga hari ini tidak berjaya membina kerajaan islam di Malaysia.

Sekian

P/s : di awal kemenangan pakatan rakyat, aku meletakkan harapan dalam dua penggal pilihanraya lagi, PAS akan berjaya melaksanakan islam di Malaysia. Tetapi, dengan kewujudan sebilangan pimpinan PAS yang berotak melayu, dan pimpinan yang lembab, lagi tidak bijak berpolitik. Harapanku hendak melihat kerajaan islam dalam jangka 2 penggal lagi, hancur lebur.

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
http://telokbakong.blogspot.com/

Thursday, October 22, 2009

Nik Aziz saran adakan muktamar khas bincang isu pakatan PAS dengan Umno?

Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya


Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009