Tuesday, February 3, 2009

PERAK PENYELAMAT BN

PRU ke-12 menyaksikan betapa BN semakin ditolak oleh rakyat. Mojoriti 2/3 di parlimen tidak dapat dipertahankan. Buat pertama kalinya parlimen Malaysia menjadi lebih meriah kerana ada ahli-ahli dari Pakatan Rakyat. Dewan yang mulia itu tidak lagi menjadi medak angguk wakil BN.

Dalam PRU ke -12 juga menyaksikan BN kehilang tampuk kuasa di Perak, Kedah dan Pulau Pinang di samping Pakatan menang lebih selesa di Kelantan.
Semua ini menyerlahkan lagi klemahan kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi yang sememangnya lemah kerana kuat tidor.

BUSUKNYA PEKONG
Pekong BN sudah tidak dapat dututup lagi, busuknya menusuk hidung rakyat.
Dalam keadaan BN yang sangat lemah ini pemimpin BN langsung tak sedar diri,
BN tetap BN …. Sombong dan angkuh. Pemimpin mereka terus mencari kepentingan diri. Percakaran dalam perebutan jawatan terus menjadi tontonan rakyat.

Rakyat semakin meluat ……. Maruah BN semakin telah koyak rabak. Islam hadhari hanya menjadi hiasan sedang program hiburan terus diperhebat. Modal insan menjadikan Dollah Badawi kehabisan modal. Kemuncaknya Dolah dipaksa menpercepatkan peralihan kuasa. Dollah Badawi akhir menjadi kucing kurap yang terpaksa dihalau dengan penyapu supaya lebih beredar.

Dengan kekalahan besar di Permatang Pauh, lebih memalukan kalah pula di Kuala Terengganu BN menjadi tak tentu arah. Najib yang dikatakan menjadi calon tunggal PM ke-6 semakin lemas dengan isu-isu panas yang tak terjawab.

Dalam masa yang sama BN menjadi semakin parah dengan beberapa insiden;
Beberapa pemimpin mereka dituduh mengamalkan politik wang sehingga disoal siasat oleh SPRM. Bukanmain-main punya siasat sampai kena bogel? Bergaduhlah pula dengan BN dengan SPRM.

Isu kematian mediang Kugan dalam lokap polis pula mencetuskan pertelingkahan kerajaan dengan pemimpin MIC . Isu ini akan terus menjadi api dalam sekam yang memeningkan BN.

HANYA SATU JALAN
Bagi menutup segala kelemahan ini BN mesti mencari jalan penyelamat. Yang nampak jelas dalam teropong jahat BN ialah Perak kerana dengan hanya dua ADUN PR melompat ke BN kerajaan Perak akan tumbang. Setelah dua ADUN diperangkap dengan tuduhan rasuah maka inilah peluang terbaik. Dengan ugutan demi ugutan dua ADUN Pakatan ditarik ke BN.

Tetapi hajat jahat mereka tidak kesampaian…… tak semena-mena ADUN Bota pula yang menyeberang dalam Pakatan Rakyat. Apa yang diatur tak menjadi…. Kantoi!. Tetapi usaha jahat ini tiada noktahnya, mereka akan terus melakukan apa saja (at all cost) kerana dengan menterbalikkan kerajaan Perak dianggap menjadi penyelamat maruah BN.

SENYUM KAMBING
Senyum Dollah sampai ke telinga bila mengumumkan ada ADUN PR akan melompat.

Oleh Mat Letih

No comments: