Friday, August 29, 2008

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk membincangkan langkah menyertai Pakatan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN).

"Ada sekumpulan wakil rakyat menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang," kata beliau hari ini.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen. -mstar

Anwar datang, menteri k'jaan bertempiaran !.

Ahli Parlimen Pasir Salak hari ini berang kerana soalan yang dibahaskan oleh beliau tidak dijawab dan ditolak oleh sang pandikar. Ini terjadi gara-gara sebahagian besar menteri kabinet tiada di dalam dewan. Apakah ini yang disebut, 'Anwar datang, menteri kerajaan pun hilang. ' or..

" Vietnamese come, dogs and cats missing. Bangladeshi's come, malay girls missing, Chinese girls come, husband missing. Politicians come, mongolian girl missing. Police's come, drug missing. Elections come, government funds missing. Election lost, documents missing. Release true report, doctor missing. Tell d truth, whole family missing. ".


The Man is in the House. Let the clean up begins! KASI LICIN

Thursday, August 28, 2008

Bekalan Air: Perak akan bantu Pulau Pinang, Selangor

IPOH, 28 Ogos (Hrkh) - Kerajaan negeri Perak bercadang menyalurkan bekalan air di negeri ini kepada Pulau Pinang dan Selangor sebagai usaha membantu mengurangkan kos penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di dua negeri itu. Iklan

Bernama melaporkan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, dengan jumlah sumber air yang banyak di Perak, kerajaan negeri boleh membantu kedua-dua negeri berkenaan mengurangkan kos penyelenggaraan air.

Beliau berkata di peringkat awal ini Perak yang diwakili Lembaga Air Perak sedang berbincang dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd bagi melaksanakan kajian teknikal dan perancangan untuk penyaluran air.

Perak mempunyai sumber yang mencukupi untuk membekalkan bantuan air kepada kedua-dua negeri itu iaitu kawasan Kerian di bahagian Utara dan Lembah Bernam di Selatan, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu Mohammad Nizar menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin di pejabatnya di sini.

Sementara itu, Mohammad Fairus berkata kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia memberi komitmen yang tinggi terhadap usahasama kedua-dua negeri itu.

"Perbincangan antara Perak dan Pulau Pinang cukup baik dan akan diperincikan lagi selepas ini,"

Anwar angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen penggal kelima



ANGKAT SUMPAH... Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di Dewan Rakyat pagi tadi.

Beliau memenangi kerusi Parlimen tersebut kelmarin selepas meninggalkan Parlimen sejak 10 tahun lalu. Bulan depan genap satu dekad beliau dipecat dari jawatan kerajaan dan Umno. Ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden.

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh buat penggal kelima di Dewan Rakyat pagi ini selepas kira-kira 35 jam diumumkan memenangi kerusi tersebut.

Beliau menyempurnakan upacara itu pada pukul 10:03 pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. -Star

SANTAU BN MAKAN DIRI

Ketika artikel ini dicerna, umum memahami bahawa Pak Lah sedang pening kepala. Kekalahan yang ini benar-benar memalukan. Segala ikhtiar dan kejutan telah dilakukan. Umum sedia mengetahui. Bohong jika kekalahan di Permatang Pauh ini tidak menjadi kudis buat Pak Lah dan BN. Mustahil ! Malah riak wajahnya tidak kelihatan langsung di kaca tv malam tadi, yakinlah bahawa kekalahan ini telah menghilangkan keseronokan beliau sejak kelmarin. Untuk menyalahkan Timbalannya, atau menantunya, itu bukan penyelesaian yang bijak. Siapalah Pak Lah untuk menyalahkan mereka, di saat populariti beliau yang kian merudum, jalan terbaik - membatukan diri. BN telah kalah. Hakikatnya perlu diterima biarpun payah.

Kemenangan Anwar ini bukan 'kebetulan' mahupun 'kejutan'. Tiada siapa yang akan mati terkejut dengan 'hak' kemenangan Anwar. Umum telah mengetahui lebih daripada kami. Tetapi kemenangan ini digerakkan oleh kebangkitan 'rakyat' yang tidak disangka-sangka. Terlalu banyak 'isu' kebangkitan rakyat jika mahu dituliskan di sini. Kebangkitan yang tidak dialu-alukan oleh Umno-BN. Tetapi bagi rakyat - kebangkitan & kemenangan ini yang ditunggu-tunggu sejak berlalunya PRU12 dan era reformasi dahulu.

Jika 8 tahun yang lalu, KeADILan banyak bergantung harap dan menumpang simpati kepada PAS. Malah, terdapat anggota PAS yang diturunkan untuk mengetuai jentera Keadilan. Isu-isu yang ditimbulkan juga merupakan isu-isu tumpangan di mana PAS juga telah mendahuluinya. Tatkala itu KeADILan dilihat seperti Semangat 46 yang masih diliputi bau kemelayuan.

Namun ketika ini Parti KeADILan benar-benar menunjukkan belang dan taringnya. Selepas kemenangan besar dalam PRU12 yang lalu, Parti KeADILan Rakyat telah mula membuktikan kepada rakyat betapa parti ini bukanlah sebuah lagi parti melayu. Parti ini bukanlah seperti Semangat 46 yang hanya menumpang jentera PAS untuk melompat lebih tinggi, sebaliknya pada satu tahap, parti ini telah berjaya menggerunkan pemerintah.

Nama-nama seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Nathaniel Tan, Tian Chua dan ramai lagi pimpinan mudanya telah banyak mendatangkan masalah kepada BN. Ini belum dicampur dengan penyusunan gerak kerja di Sabah yang menyaksikan angin perubahan sudah mula bertiup di negeri di bawah bayu itu. Janganlah terlalu ringan mempersoal akan kebenaran akan ada wakil dari negeri tersebut akan melompat berpihak kepada kem Pakatan. "Angin bertiup kencang, masakan pokok tidak bergoyang dan debu tidak berterbangan ".

Bolehkah khalayak bersetuju jika dikatakan bahawa keADILan sekarang ini adalah pengganti kepada Parti Gerakan yang satu masa dahulu turut mempunyai konsep yang sama, yakni konsep perpaduan di antara kaum. Malangnya Gerakan kini dilihat sebagai sebuah parti kaum Cina. Di atas landasan yang lebih bersifat 'terbuka' dan menjauhkan polemik politik perkauman rakyat telah melihat penerimaan yang sangat dominan dari semua kaum untuk bernaung di bawah KeADILan.

Kini, P044 mengukuhkan lagi dakwaan itu. BN kehilangan sebahagian pengundinya sendiri. Jangan di bina soalan siapa yang salah ketika kekalahan ini berlaku. BN sudah punya jawapannya malah sejak 50 tahun yang lalu. Biarpun provokasi BN gagal sebaik sahaja isu 'sumpah liwat' yang dilepaskan nampak lebih serius berbanding isu menterbalikkan bendera Crescent Moon, Stars & Stripes. Tidak banyak membantu. Malahan provokasi itu diibaratkan sebagai 'senjata makan tuan'atau mungkin jua 'santau memakan tuan'.

Demikianlah nasib Pak Lah dan UMNO-BN. Mereka semakin blur untuk menentukan 'alternatif' terbaik untuk rakyat kini. Soal ini juga dibangkitkan oleh Tun Mahathir di tv3 malam tadi. Setiap kali mereka melaungkan 'ketuanan melayu' , setiap kali itulah masalah datang bertimpa-timpa. Setiap kali juga mereka merancang 'pelan pemulihan' di dalam Umno maka setiap kali itulah juga secara tiba-tiba muncul isu bergantang-gantang yang bisa membenamkan keperkasaan BN.

Lawan Tetap Lawan!

people army

Wednesday, August 27, 2008

KENYATAAN MEDIA - Anwar Ibrahim

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Najib hantar sms kepada Anwar ucap tahniah, Anwar 'reply'..

AKTIVIS Hishamuddin Rais dalam blognya tukartiub.blogspot.com melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sms itu menyebut Najib mengucapkan tahniah keatas kemenangan Anwar.

Anwar secara diplomatik menjawab 'di harap dapat bekerjasama untuk Malaysia baru'.

Blog tersebut turut melaporkan kesesakan lalu lintas di Sungai Semambu berhampiran bangunan UMNO.

Para petugas UMNO diberitakan menuntut bayaran mereka. Pertengkaran dilaporkan berlaku. Para petugas dari Johor telah marah dan mengamuk.

Mereka memecahkan pintu masuk kaca ke bangunan tersebut. Polis telah pun berada di sini mengawal keadaan.

Jam 12:15 malam, Kubang Semang masih sesak dengan manusia. Kereta masih lagi padat diletakkan di kiri dan kanan jalan. Orang ramai masih lagi tidak mahu pulang.

Sms diterima dari sumber rasmi PKR menyebut lebih 120 ribu penyokong berhimpun di sekitar Permatang Pauh meraikan kemenangan Anwar.

Antara lain sms tersebut memberitahu 50 orang dipercayai ahli Umno mengamuk dan memecahkan cermin bangunan Umno.

Kejadian berlaku berikutan tuntutan mereka keatas upah menjalankan tugas-tugas parti tidak diterima.

Dalam pilihanraya kecil tersebut Anwar menang dengan majoriti lebih 15 ribu undi

Sekitar Tempat Pengiraan Undi
















Anwar ke Parlimen 'seawal hari esok'


Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat ke Parlimen esok selepas memenangi kerusi Permatang Pauh malam ini.

"Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya," katanya di blognya sewaktu menunggu keputusan rasmi pilihanraya kecil tersebut.

"Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya.

"Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai."

Keputusan rasmi Anwar (foto, paling kanan) mendapat majoriti besar sebanyak 15,671 undi diketahui kira-kira 9.45 malam di pusat penjumlahan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tidak lama kemudian.

Penasihat PKR mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Majoriti undi PKR kali ini lebih tinggi daripada yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.

Kira-kira 81.1 peratus daripada 58,49 pemilih di Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Pandikar Amin juga berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini.

"Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," Pandikar Amin dipetik berkata.

"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."

Tuesday, August 26, 2008

Hangat di Permatang Pauh

12.23 pm | Cuaca di Permatang Pauh tidak menentu ketika ini. Hujan renyai di sesetengah tempat di ikuti dengan awan mendung. Kedatangan pengundi pengundi bertambah rancak di sesetengah tempat.

12.17 pm | Lebuhraya PLUS arah Utara kesesakan berlaku dari Rawang. Pihak Polis mengadakan sekatan jalanraya dan lebuhraya bertukar menjadi satu lorong.Dari Utara ke Permatang Pauh, sekatan jalanraya diadakan di Sungai Petani. [tukartiub]

12.13 pm | Pemantau PKR memberitahu, dikesan VAN INOKOM [WJP 3975] berwarna putih sedang membawa pengundi hantu johor baru keluar dari bertam menuju ke Permatang Pauh. Sila Pantau beramai ramai.

12.09 pm | DS Anwar Ibrahim sudah keluar dari pos mengundi Tun Hussien Onn. 10 kereta mengiringi kenderaan beliau

12.01 pm | Wan Ahmad Wan Omar [timbalan spr] anggarkan 50% pengundi telah keluar. Semua 25 pusat mengundi sesak dengan penyokong yang datang.

11.55 am | Di beritahu Khairy dan Hisamuddin kelihatan di Sekolah Kebangsaan Mengkuang. [lapuran dari tukartiub]

11.54 am | DSAI keluar daripada Pusat mengundi Tenggiri, sekarang menujuk ke Taman Tun Hussien Onn. [lapuran leez]

11.53 am | Jalan di sekitar Kubang Semang telah mulai sesak.Jalan Sembilang di Seberang Jaya, keadaan agak tegang. Trak-trak FRU sedang diletakkan di Jalan Sembilang dan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya.Antara 3 hingga 6 biji trak di satu-satu tempat. [lapuran dari tukartiub]

11.45 am | Di beritahu penyokong kedua dua pihak di Sebarang Jaya sudah berlebihan dan keadaan menjadi sedikit tegang. PGA sedang berkawal.

11.42 am | Pusat pengiraan undi di Pos mengkuang di beritahu di dalam keadaan terkawal. 5 trak FRU memasuki kawasan tersebut. Menurut wakil PKR, tiada masalah.

11.35 am | DSAI singgah di Pusat mengundi Siakap 2 Seberang Jaya [info dari Leez]

11.34 am | di beritahu oleh jentera PKR, penyokong BN yang datang untuk menyokong di beberapa tempat pos mengundi di datangkan dari UiTM.

11.31 am | Setakat jam 11.00 pagi tadi "Anggaran kasar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah lebih 40 peratus sudah mengundi dalam tempoh kira-kira tiga jam pertama," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi sebentar tadi.

11.22 am | I don’t know how to describe the atmosphere here in Permatang Pauh. Electric, magical, heady… It’s all that and more. I spoke to the guy in charge of the PKR office here, and he is cautious. He expects a 3,000-5,000 majority. Right now, he is concerned that there are not enough PKR canvassers at Seberang Jaya, Ariff Shah’s stronghold. Many of the PKR volunteers are in Penanti.[lapuran anilnetto]

11.20 am | Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.06 am | Pos mengundi di Seberang jaya 2 pun agak kecoh. Punca sedang di kenal pasti.

11.05 am | Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.03 am | pegawai media PDRM memberitahu terdapat 2 tempat agak tegang dan setiap pos undi di letak cctv. selain dari helikopter yang berlegar. Kawasan panas apabila calun membuat lawatan ke pos pos undi.

11.00 am | Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 am | Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

10.42 am | Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 am | Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian melontar objek. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

10.40 am | difahamkan sehingga pukul 10 pagi, kira-kira 20 peratus pengundi sudah keluar mengundi.

10.30 am | penyokong PKR lebih banyak di kawasan sek keb Seri Penanti dan menjadikan antara kawasan yang paling hangat dalam dunia. Hlicopter berlegar dia kawasan mengawal dari atas atau menghabiskan duit minyak...

Seorang penyokong Pakatan ditahan kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.05 am | Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

9.38 am | Anwar Ibrahim telah melakukan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pada jam 9.40 pagi ini.Beliau yang ditemani isteri Dr Wan Azizah yang turut mengundi di sekolah yang sama.

Pasangan berkenaan mengundi di saluran kedua sekolah berkenaan.

Turut dilaporkan wartawan kami, kira-kira 1000 penyokong KeADILan berhimpun di sekolah berkenaan.

9.30 am | Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Seri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 am | PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

Liputan video dari SK Peranti



Exco Perak di Ikat Jamin


Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membebaskan kelima-lima tertuduh didalam kes rasuah yang membabitkan dua Exco Perak dengan ikat jamin.


Jamaluddin Mohd Radzi (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan) dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000.00 manakala Kapt (B) Osman Mohd Jailu (Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO) dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000.


Sementara itu, Ketua Bahagian PKR Parit, Kapt (B) Usaili Alias dibenarkan ikat jamin sebanyak RM31,000.00, Ahli Majlis Perak Tengah, Zul Hassan sebanyak RM3,000.00 dan Juruteknik PKNP, Roslan Sahat sebanyak RM10,000.00.


Dimasa yang sama juga, Kerajaan Negeri Perak memfailkan saman RM100 juta ringgit terhadap BPR jam 9 pagi tadi dan writ saman akan diserahkan kepejabat BPR negeri

Monday, August 25, 2008

Exco Perak, bekas Adun dituduh rasuah

Seorang exco Perak yang ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) minggu lepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini atas tuduhan menerima rasuah bernilai RM5,000.
Exco pembangunan usahawan, koperasi, pertanian dan perdagangan, Jamaluddin Mohd Radzi dituduh bersama bekas wakil rakyat Bota, Kapt (B) Usaili Alias.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 14 Ogos lalu, jam 11.40 pagi di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, di Ipoh.

Mereka dituduh menerima habuan itu daripada Mohd Imran Abdullah untuk membangunkan tanah seluas 90 ekar (54 hektar) di Seri Iskandar. Hakim Tan Hooi Leng menetapkan 17 September depan untuk sebutan kes. Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.

Timbalan pendakwa raya kanan persekutuan yang juga pengarah perundangan dan pendakwaan ibu pejabat BPR, Abdul Razak Musa

Imam Sumpah Saiful Diarah Terima Sumpah

Penampilan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ust. Ramlang Porigi yang mengambil Sumpah Saiful Bukhari pada 15hb. Ogos 2008 pagi ini mendedahkan bahawa beliau diarahkan oleh orang atasan untuk ambil sumpah Saiful.


Beliau menjelaskan kepada media yang datang untuk mendapatkan keterangan beliau, beliau yang datang dan berjumpa dengan DSAI menyifatkan bahawa cara bersumpah Saiful tidak boleh digunakan kerana menurut syarak sumpah demikian bukan kaedah yang diamalkan Islam.


"Sumpah Saiful adalah bertentangan dengan syarak, hanya bersifat persendirian" jelas Ramlan.
Sebelum ini UMNO heboh bahawa sumpah berkenaan adalah dibuat secara Islam.
Sebelum ini, beliau ada bertemu YB Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan ke beberapa Ceramah Umum PKR untuk membersihkan tomahan yang beliau terima.


Ramlang menafikan bahawa beliau telah dipaksa untuk hadir memberikan kenyataan media pada pagi ini, selain menyatakan bahawa tidak mahu terlibat untuk bersekongkol dengan perkara perancangan ini apalagi untuk mempermainkan Islam.


Beliau mengakui pernah menyertai UMNO sekadar ahli palsu, dan beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk berada di dalam UMNO.

Thursday, August 21, 2008

MB dakwa konspirasi politik

Kerajaan negeri Perak mempertahankan dua ahli exconya yang ditahan Badan Pengecah Rasuah (BPR) kerana dipercayai terlibat dengan rasuah dan mendakwa ia berpunca daripada konspirasi politik,kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan mana-mana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Projek tak wujud jadi mustahil kedua-dua exco boleh membantu meluluskan projek.

"Kami yakin kedua-dua exco dan rakan-rakan telah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya mengulas kes penahanan dua ahlli exco atas tuduhan rasuah, selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di kediamannya di Ipoh hari ini.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye, pengerusi PKR negeri Ismail Yusof dan pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Kham serta Ahli Dewan Undangan Negeri pakatan itu, demikian menurut laporan Bernama. Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri tidak akan menghalang BPR daripada menjalankan siasatan ke atas mana-mana adunnya.

Hari ini, BPR menahan dua ahli exco kerajaan negeri Perak bersama empat lelaki lain kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh.Mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks. Menurut BPR, tiga daripada suspek termasuk seorang daripada ahli exco itu ditangkap sejurus selepas mereka disyaki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.

"Biarlah proses undang-undang berjalan," katanya, sambil menambah beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu untuk mendedahkan pembohongan dan penyelewengan kes itu. Selain itu, Mohammad Nizar berkata Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan panel peguam untuk membantu pembelaan.Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar itu berlangsung selama satu setengah jam.

PKR press statement

20 August 2008

We are closely monitoring developments in the ACA investigation of the Perak Executive Councillors and others who were detained today. A thorough, transparent and professionally conducted investigation into the matter is the only way we can ascertain whether the bounds of the law have been transgressed.

The manner in which the arrest has taken place indicates the possibility that the individuals involved may have been victims of entrapment. The timing of this incident also gives reason to suspect a political motive given our close proximity to the by-election in Permatang Pauh.

Furthermore the swiftness of the ACA's action is wholly inconsistent with its handling of a number of other cases involving graft, including the much speculated Labuan case.
We hope the ACA would show the same degree of efficiency and enthusiasm with its investigations involving members of the Barisan Nasional.

The allegations of graft and influence peddling are among the most serious concerns of the Pakatan Rakyat and we have made substantial progress towards eliminating the vast amounts of corruption inherited from previous administrations. For example the Pakatan Rakyat governments have implemented open-tenders for government contracts, saving hundreds of millions of taxpayer ringgit.

If the investigation proves that alleged misconduct did in fact occur in this matter then Keadilan and our partners in the Pakatan Rakyat will take swift action against those involved in any impropriety consistent with our commitment to good governance, transparency and accountability.

Syed Husin Ali
Deputy President
Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, August 20, 2008

Hak Pekerja Jangan Dipandang Enteng!



Kenaikan mendadak harga minyak petrol dan inflasi sekaligus mengakibatkan kerencatan ekonomi. Pakatan Rakyat amat perihatin akan perkembangan sebegini yang mana rakyat lah yang akan merasa kesannya.


Kita konsisten dan komited untuk meringankan beban rakyat dan memulihkan ekonomi negara, buktinya kita telahpun meluncurkan kepada umum Gagasan Agenda Ekonomi Baru, serta mekanisme penurunan harga minyak petrol.


Lucunya ada yang mempertikaikan komitmen Pakatan Rakyat dan saya untuk memulihkan ekonomi negara serta membantu rakyat yang memerlukan, sama ada Melayu, Cina mahupun India.


Petang ini saya bersama-sama YAB Mohammad Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Perak dan YB Mujahid Yusuf Rawa mendengar dengan teliti rintihan wakil pekerja Kilang Elektronik Nikko. Usaha Kerajaan Perak untuk meringankan beban 400 pekerja disamping bantuan Kijang Care wajar dipuji serta dicontohi.


Tindakan kilang tersebut membuang perkerjanya dengan notis 24 jam amatlah mengejutkan dan ternyata tidak bertanggungjawab. Saya menyeru agar tindakan dan langkah yang sewajarnya diambil.

ANWAR IBRAHIM

Merdekakan Rakyat!

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
Itulah slogan yang akan kita laungkan dan itulah semangat yang akan kita dakapi, bukan dibataskan untuk kempen di Permatang Pauh semata-mata, bahkan buat mendasari kemahuan kepada perubahan.

Pagi tadi di Sunway Carnival saya bersama-sama pimpinan parti telah melancarkan tema kempen di Permatang Pauh: “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman”. Inilah saatnya kita merebut makna kemerdekaan agar ianya benar-benar memerdekakan rakyat dan negara ini dari minda terpasung dan ketidakmatangan yang ditempa sendiri.

Sudah 51 tahun kita merdeka akan tetapi negara kita yang tercinta ini maseh lagi terjajah. Penjajahan mutakhir ini bukannya datang dari kuasa kolonial akan tetapi dari dari pemerintah yang tidak meletakkan kepedulian atas nasib rakyat di tanah air sendiri.

Projek berbilion ringgit dicanang untuk mengaburi rakyat, kononnya atas nama pembangunan. Akan tetapi bila dikuak semboyan projek mega, di sebaliknya adalah korupsi dan kronisme.

Penguasa hanya bernafsu untuk mengkayakan beberapa kerat kroni serta elit yang rapat sahaja. Rakyat dibiar papa kedana!

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, August 19, 2008


















berhati2 dengan pengundi hantu..!!

Hantu-hantu yg tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu:

Toyol
Toyol didefinisikan sebagai “hantu kanak2 bogel yg digunakan untuk mencuri. Undang2 mentakrifkan “kanan2” sebagai orang yg berusia bawah 18tahun, manakala umur yg layak mengundi pula adalah 21tahun. Oleh itu, walaupun toyol itu hantu, beliau tidak layak menjadi pengundihantu kerana tidak cukup umur.

Orang Minyak
Orang minyak badannya diselaputi minyak. Selepas menyerahkan kad pengenalan, kertas undi yg beliau ambil akan terpalit kesan minyak yg hitam dan pekat. Secara automatic undi beliau akan menjadi undi rosak. Ia tidak membawa faesah kepada mana-mana parti (kecuali PUNDAK)

Pocong
Pocong, walaupun hantu yg cukup umur dan tidak berminyak , tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu. Ini adalah kerana tubuh beliau yg dibungkus ketat tidak mengizinkan menggunakan tangan. Tanpa tangan, beliau tidak dapat memangkah kertas undi.

Hantu Jepun
Hantu jepun adalah bayangan makhluk yg berpakaian seperti tentera jepun. Selalunya beliau dikaitkan dengan tempat yg pernah dijadikan markas tentera jepun semasa jepun menawan Malaya. Tempat yg selalu disebut-sebut adalah bangunan sekolah berasrama dan pejabat kerajaan. Walaupun hantu jepun itu hantu, beliau tidak layak menjadi pengundi hantu kerana beliau warga Negara jepun.

Hantu galah
Hantu galah dikatakan besaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Oleh kerana pusat mengundi biasanya di sekolah, dan pintu bilik darjah hanya sekitar 7kaki, beliau tidak dapat digunakan sebagai pengundi hantu. Ketinggian beliau tidak mengizinkan beliau masuk ke bilik mengundi.

(hang ingat dunia aje ada politik mengundi..hantu pun ada..lagi2 sekarang..ghost month)

Untuk peringatan..!!
Dah kita semua dalam suasana PRK Permatnag Pauh ni..marilah kita berjaga2 dengan hantu yang paling bahaya mutakhir ini..jenis hantu ni tak tau nak masuk katogeri mana..bak kata pepatah cina..''nang bo ti nang..kui bo ti kui.. ''maksud bahasa antarabangsanya "nak kata human bukan human..nak kata ghost bukan ghost..".
jadinya janganlah anda diselubungi MISTERIIIIII......
wallahualam...jangan lupa baca ayat Kursi sebagai pendinding...

by people army

Sumpah Saiful kekal modal kempen, Anwar ulangi Sabah Sarawak sokong bentuk kerajaan

(mStar Online) - Dengan isu bersumpah Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih mendapat tempat dalam kempen politik pilihan raya kecil di sini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan menyertai beliau sebaik sahaja melangkah ke Parlimen minggu depan.

"Rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak sudah berjanji akan (menyokong) membentuk kerajaan," kata beliau ketika mengadakan ceramah umum di Kg. Petani, Permatang Pasir di sini malam tadi.

Kata Anwar, ahli-ahli Parlimen dan parti politik dari kedua-dua negeri itu menyatakan sokongan untuk membentuk kerajaan sebaik sahaja beliau melangkah ke Parlimen.
Anwar telah menetapkan 16 September ini sebagai tarikh untuk membentuk kerajaan persekutuan baru.

Pembangkang yakin 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan pembentukan kerajaan baru.Permatang Pasir merupakan satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Permatang Pauh.Anwar bertanding atas kapasiti sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), anggota Pakatan Rakyat.Beliau hadapi saingan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Kerusi DUN Permatang Pasir dipegang oleh wakil PAS.Sambil menegaskan pendiriannya untuk membentuk kerajaan khususnya kembali ke Parlimen bukan satu "kerja gila", sebaliknya perkara itu telah lama dirancang."Sepuluh tahun saya menanti. (Tempoh) 10 tahun bukan satu masa yang lama," kata beliau dalam nada mendendang lagu."Saya tidak gila, saya memang sudah lama rancang," katanya lagi.Malah dalam ucapannya itu Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri yakin akan kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.Beliau menyandang kerusi itu dari 1982 hingga 1999 dan kemudiannya oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut hadir pada ceramah itu."Wan Azizah sudah memaklumkan saya, meminta saya pada tahun 2004 (untuk bertanding)," katanya.

"Pada tahun 2004, saya dah kata kalau ada peluang saya akan bertanding," katanya.
Bagaimanapun tambah Anwar, beliau terus berhadapan dengan halangan termasuk menghadapi kes meliwat sekali lagi membabitkan Saiful yang bersumpah pada Jumaat lalu.mStar Online difahamkan kedua-dua parti menggunakan isu berkenaan, antara lain mengedarkan rakaman upacara bersumpah Saiful dan bahan cetakan bagi mempengaruhi penyokong masing-masing.
Anwar keluar penjara pada 2004 tetapi berhadapan dengan larangan tidak boleh memegang jawatan politik dan bertanding pilihan raya selama lima tahun. Larangan ini berakhir sebulan selepas pilihan raya umum ke-12 yang berlangsung Mac lalu.

Malah dalam ucapannya itu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat yakin akan bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Pada 26 Ogos kita menang, pada 29 Ogos Perdana Menteri akan membentangkan Bajet (2009), saya akan duduk bertentangan dengan beliau (sebagai Ketua Pembangkang)," katanya.
Bagaimanapun katanya, peluang kemenangan itu tidak harus diambil mudah kerana ada cubaan untuk menghalangnya daripada ke Parlimen.

Sehubungan itu, Anwar memberitahu, pihaknya akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bahawa BN mengambil kad pengenalan daripada sebahagian pemilih dan menyimpannya bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil.

Sebuah blog pro-Anwar mendakwa BN berusaha untuk mengambil 20,000 kad pengenalan dan digantikan kad pengenalan palsu bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil minggu depan.
Bahagian Permatang Pauh terdiri daripada lebih 58,000 pemilih

Monday, August 18, 2008

Ceramah Anwar Di Permatang Pasir


Setelah terlibat pelbagai program kerja yang ketat di hari penamaan calon sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh DSAI mengakhiri jadual semalam dengan siri kempennya di Permatang Pasir.

Kira-kira 25 Ribu hadirin dari pelbagai pelusuk negara bersemangat memberi sokongan tanpa berbelah bagi.Turut hadir memberikan ceramah adalah YB Lee Boon Chye,YB Saudara Mat Sabu,YB Lim Kit Siang dan di akhiri oleh DSAI sendiri.Semangat perkauman yang sering diapi-api kan jentera pilihanraya BN berjaya di tangkis oleh penyokong Pakatan Rakyat yang semakin matang.Menurut DSAI jentera Umno melalui Pergerakan Wanita dan Puterinya menjalankan kempen dari rumah ke rumah.




Mereka mengarahkan pengundi tidak keluar mengundi atau mengundi hanya calon BN sahaja.Turut menawarkan sejumlah wang bernilai RM 1000 jika menurut adu domba mereka dan memberi salinan kad pengenalan.Mengenai isu Uitm,DSAI menjelaskan isu itu telah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dan diketika itu semua media dan NC UiTM memuji.Tan Sri Khalid sekadar mencadangkan sahaja.Mat Sabu dalam ceramahnya sebelum itu menyelar Uitm kerana memaksa demontrasi itu kerana sebelum ini pelbagai halangan dari pihak pengurusan universiti tempatan melarang pelajarnya berdemontrasi.Selepas ini bolehlah pelajar Uitm berdemontrasi pasal kenaikan harga minyak pula.

Bagi Bilik Gerakan Keadilan bagi Negeri Perak yang bertempat di Kampung Pertama,Permatang Pauh suatu mesyuarat khas di adakan kira-kira pukul 5 petang yang di pengerusikan oleh Kapt(B) Hj .Usaili Alias.Pelbagai startegi yang teratur telah di aturkan bagi setiap petugas keadilan negeri Perak bekerjasama dengan Keadilan Permatang Pauh sendiri.

Lanjutan situasi di tempat penamaan calon memang situasi berat sebelah di mana penyokong Pakatan Rakyat jauh melebihi penyokong BN.Ini satu kemenangan moral buat PR!!Terdapat usikan dari penyokong PR dan banyak penyokong BN di boo.Ini adalah situasi biasa apabila dua penyokong berlainan bertemu,seperti penyokong pasukan bolasepak.

Media pro BN membesarkan isu ini,padahal maki hamun dari penyokong BN terhadap penyokong PR pun ada.Maklumlah 100 Ribu penyokong PR dan 10 Ribu(tak sampai kot) penyokong BN,mana nak dengar kutukan BN terhadap PR.

Media melaporkan penyokong PR ganas,sekadar usikan sebegitu biasalah,janganlah ke tempat macam ni kalau nak kena puji.Bila penyokong BN ingin memasuki Pusat Penamaan calon petugas Keadilan dan FRU memberi kerjasama walau usikan tetap ada.Boo bukan boleh bawa mati.

Semua pemimpin Pakatan Rakyat keluar berjalan kaki dari Pusat Penamaan Calon Tunku Bainun dan bersalam dengan penyokong.Manakala semua Menteri Kabinet keluar menaiki kereta kerana terkejut melihat sambutan luar biasa rakyat malaysia.Ada yang datang dari Labuan,aada datang solo menaiki bas dari Pahang.Semuanya berkorban masa dan wang ringgit sendiri,berbeza dengan Umno yang terpaksa menaja,kalau tidak tak mandang oranglah penyokong BN semalam. -TBO

Friday, August 15, 2008

Temuramah Anwar dengan Malaysiakini

(Temuramah ini dibuat dalam Bahasa Inggeris dan boleh dilihat diMalaysiakini. Terjemahan kedalam dailek Permatang Pauh ini dibuat untuk memudahkan kita paham-mat saman kati)

Malaysiakini: Sdr. selalu dok sebut pasai ‘16 September, 16 September’, tapi ramai orang kata Sdr. auta saja. Betui ka?

Anwar: Dulu aku dok kata kita boleh kaut lima negeri masa mengundi 8 March, hangpa tak percaya. Sapa pun tak percaya - Malaysiakini pun serupa.
Ok la bila orang peringatkan aku ‘optimistik’ sangat, tapi kita tau la. Tapi tak boleh nak bagi tau la, bukan ka? Jadi, berdasarkan maklumat yang kita ada, kita percaya kita boleh lakukan. Hangpa tau? Gomen pun tau, IGP pun tau, tu pasai depa buat kerja tak senonoh ni. Depa percaya, kita boleh buat. Tu pasai depa gabra dan buat macam-macam untuk menghalang kita.

Malaysiakini: Pasainya, depa takut masa depan depa - kalau Sdr. jadi PM, depa takut nanti Sdr. pi hambat depa.

Anwar: Nak buat macam mana sebab bukan senang nak keluaq penjara, kena pukui, kena jel, kena fitnah macam-macam, lepaih tu terus kata..” jangan buruk sangka”. Lupakan saja la.
Tapi hang kena sedar. Bila kita ada prinsip, ada agenda, cakap pasai cabaran, depa hambat kita. Betui… ada kes saman pada Mahathir, tapi semua ni masih dalam proses pasai depa asyik dok ulang yang tu saja. Dan saya terpaksa menghentikan depa. Bukan nak buang masa berlawan dengan depa.
Tapi macam mana hang nak lawan dengan orang macam Musa Hasan, dah lebih sangat. Tak terlambat bagi dia nak gostan tapi dia cukup confident boleh berjaya. Memang depa kecut perut tapi oleh kerana benda ni nampak macam soal peribadi, ramai yang duduk dalam polis pun tak suka.
Mula-mula sekali, Musa dah nak pencen. Yang kedua, pasai apa nak libatkan diri dengan dendam orang ni, yang disokong oleh Khairy dan kuncu-kuncunya. Dan saya sebut nama-nama depa ni, macam Najib dan Rosmah sebab semua orang dah tau.
Tapi macam mana kita nak urus kerajaan, buat perubahan, bergerak ke depan - kita perlukan kesedaran yang baru, semua bangsa kena bersatu, ekonomi kena perkukuhkan, kehakiman kena perbetuikan dan keyakinan terhadap polis mesti dikembalikan - kalau kita asyik dok tengok kebelakang.
Saya bukan nak kata saya ni malaikat. Tak dak….

Malaysiakini: Habih…nak lawan depa?

Anwar: Tak dak.. kita kena bergerak kedepan dan kita kena la memaafkan perkara yang lepaih yang menyentuh hal peribadi. Kalau takat 2,000 ekar dan dua billion ringgit, bukan hak saya nak memaafkannya, depa kena bagi balik. Tapi kita tak boleh la heret negara gostan kebelakang.

Malaysiakini: Maksud Sdr… kalau Sdr. jadi PM, Sdr. akan melupakan perkara yang lepas?

Anwar: Saya maafkan, tapi saya takkan lupakan.

Malaysiakini: Sdr. tau tak, Dr. Mahathir ada kata.. kalau Sdr. jadi PM, dia akan lari keluar negara?

Anwar: Kah…kah..kah… Dia melawak saja kot…

Malaysiakini: Kalau Sdr. jadi PM, adakah Sdr. akan mengambil tindakan terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terhadap depa yang tinggi-tinggi nu?

Anwar: Dalam 10 tahun yang lepaih,saya dah maafkan. Kat Mahathir pun serupa.Dia kata apa pun, saya tak ambik pot pun. Tapi kalau tengok apa yang Abdullah Badawi dan menantu dia buat…teruk la. Nampak saja alim, tapi lagi teruk. Lebih baik jadi liberal, sekular daripada mengaku alim, warak blah..blah..blah, tiba-tiba bercakap tentang moral dan etika.
Nak buat macam mana? Maaf boleh maaf tapi yang ni kita kena lawan juga.

Malaysiakini: Apakah yang akan Sdr. lakukan sebagai Ketua Pembangkang, bila dah menang?

Anwar: Kena berbincang dengan kawan-kawan dari Pakatan la. Tak boleh la main cakap saja, terutama kat level kita. Setiap dasar kena bincang bersama.
Insyaalah, bila masuk Parlimen nanti, sebelum belanjawan, dengar belanjawan. Tapi perkara penting ialah contact balik semua Ahli Parlimen yang dah janji nak ikut kita kalau saya masuk Parlimen.

Malaysiakini: Kata kerajaan menunggu, tapi kabinet bayangan pun tak dak?

Anwar: Ada….. tapi belum diumumkan. Tak betui kalau orang kata kita tak dak orang nak pegang portfolio.

Malaysiakini: Adakah itu agenda pertama Sdr. sebagai Ketua Pembangkang?

Anwar: Saya setuju, benda ni cukup penting dan saya akan pastikan benda ni akan jadi agenda pertama dalam mesyuarat pertama Pakatan nanti.

Malaysiakini: Pasai isu Majlis Peguam - mungkin kah ini akan menyebabkan masalah dalam Pakatan bila ada pemimpin PKR dan PAs yang menentang forum ini secara terbuka?

Anwar: Betui. Benda ni mengajar kita bahawa setengah daripada keputusan kita perlu difahami terutama peringkat bawahan. Mungkin pasai kita tak terangkan diperingkat bawahan tapi bagi saya jelas, secara jelas, kita mesti membenarkan forum ini. Kita dah bagi tau Majlis Peguam tentang pandangan kita dan Pas jugak dah keluarkan kenyataan - Hadi Awang dah cakap dengan jelas - kita mesti benarkan, tapi kena buat secara tertutup la.
Ini juga pandangan peribadi saya buat masa la ni sebab kita kena berdepan dengan benda ni.Saya cuba mendapatkan pemimpin Islam untuk menerima bahwa kita mesti membenarkan perbincangan. Kalau kita tak boleh nak berhujah, ada yang tak betui la dengan kepercayaan kita. Kita mesti yakin untuk berhujah. Jadi kalau kita tak berapa suka dengan wakil kita, kita cari orang lain yang lebih baikuntuk berhujah.
Saya dah berbincang dengan Mehrun Siraj semalam, dia pun ada kat sana, masa tu ada sorang sister tengah bagi pendapat yang sepatutnya didengar oleh orang islam dan bukan islam. Kita miss yang ni.

Malaysiakini: Dimana sebenarnya Zulkifli Nordin?

Anwar: Saya pun tengah cari dia.

Malaysiakini: Betui ka Sdr. tak tau kat mana dia ada?

Anwar: Saya diberitahu, dia berjanji untuk call balik jadi sya sedang menunggu. Saya tak dapat berhubung dengan dia dah beberapa hari dah. Tapi kita bersetuju dengan apa yang dibagi tau oleh Syed Husin Ali.

Malaysiakini: Adakah tindakan akan diambil terhadap Zulkifli?

Anwar: Syed Husin dah cakap tentang pendirian kita dan saya diminta untuk bercakap dengan dia untuk memberi notis ataupun sebarang pertanyaan dan tindakan yang akan diambil. Saya rasa, kita kena tunggu dia dulu kalau nak buat apa pun. Kena adil juga kat dia.
Apakah jenis tindakan?Terpulang pada Syed Husin yang jadi Ketua Jawatakuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin, yang bebas.

Malaysiakini: Adakah dia akan dibawa ke Lembaga Disiplin?

Anwar: Kita kena tanya kat dia dulu apa yang berlaku.

Malaysiakini: Macam surat tunjuk sebab?

Anwar: Kita tengok dulu.

-peoplearmy.blogspot

Friday, August 8, 2008

Ceramah PKR di Dewan Sg.Tapah Manjoi : Shamsul Iskandar dan Ustaz Zulkifli Ibrahim


Dari kiri Saudara Anuar Ketua AMK Perak,Ketua AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar dan Pengerusi PKR Negeri Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim



Malam tadi berlangsung satu ceramah anjuran PKR Tambun di Dewan Sg.Tapah Manjoi yang di pengerusikan oleh Saudara Shamsul.
Penceramah yang di jemput adalah Saudara Faizal Timbalan AMK Perak,Saudara Anuar Ketua AMK Perak,Pengerusi PKR Negeri Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim dan Ketua AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar.Isu yang dibangkitkan adalah mengenai perkembangan terkini mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pendakwaan kes liwat di mahkamah.
Pelbagai keanehan muncul dalam seisi mahkamah.Tuduhan awal adalah kes liwat tanpa kerelaan di pinda ke persetubuhan luar tabie suka sama suka.Jangan kita berasa hairan jikalau kelak akan ada perubahan lagi.Ini jelas terdapat konspirasi peringkat tertinggi sedang bertungkus lumus merencanakan misi menghalang kemaraan DSAI.
Manusia yang waras fikirannya sudah pasti terdetik dihatinya mengapa suasana kes liwat 2 ini begitu bercelaru.Bukti semakin hari semakin banyak muncul secara langsung dan tidak langsung.Pihak kerajaan Amerika melalui dutanya sedang memerhati dengan rapat Malaysia menjalankan undang-undang dalam kes liwat ini.Ini bukan bermakna DSAI agen Amerika seperti sering di permainkan oleh media.Kerajaan pimpinan Dolah semakin tertekan dari segenap penjuru.Kalau di Jepun baru ada laporan rasuah ke atas menteri sudah pasti akan meletak jawatan secepat mungkin.Diharap BPR mempercepatkan siasatan ke atas Dolah dan Najib sepantas PDRM dan Jabatan Peguam Negara mendakwa DSAI.
Semua mata tertumpu kepada kelakuan PDRM,Peguam Negara dan Kerajaan BN.Sudah terang lagi bersuluh permainan kotor mereka yang mudah dibaca.Kalau dihati kita terdetik sekelumit rasa ragu-ragu di atas pendakwaan DSAI,maka kita harus yakin ia adalah konspirasi yang menjijikkan.Penyokong BN harus menerima dengan hati terbuka bahawa UMNO dan parti komponennya sudah tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.Malu kita apabila anak cucu kita kelak tahu kita penyokong parti yang sering berminat dengan aktiviti seks sahaja.Luar tabie pulak tu.Krisis dalaman yang meruncing dengan politik wang yang paling teruk dalam sejarah pemilihan Umno.
Ini baru setakat pemilihan cawangan dah tobang kerusi meja,bergaduh macam samseng.Kalau peringkat bahagian dan pemilihan agung kelak mau agaknya deme pakai bom dan mortar roket.Mari kita bagi orang Umno codek sikit.Berabih duit untuk pemilihan Umno untuk apa?Kalau menang sekalipun nak pergi mana,menang PRU 12 dulu pun takleh buat apa(terutama 5 negeri le).Duit udah tobang nak cover balik exco pun idak.Mana nak kobek duit.Mangko sudahnya.Abih apa nak buat?Mai teman kabokan,masuk Keadilan atau Pas atau DAP mane kome berkenan.Duit yuran RM 2.00 jer.Tak keme bulo masuk Pakatan Rakyat,Hidup Keme Demi Umno,Demi Ketuanan Melayu,tak ade umno tak ade melayu,kome tak merase zaman jepun,keme udah pueh susah dulu.Kalu inilah alasan yang di berikan rentikan ler.Udah tak sape bulor dengo alasan ini lagi.
Buang ke tebin jer alasan ni.Rakyat secara keseluruhan tanpa mengira kaum sudah lama menderita.Orang Umno,Keadilan,Pas,MCA,MIC dan macam - macam parti ler semuanya terkena tempias kerosakan ekonomi di sebabkan pemerintah yang tak reti bahasa keperitan rakyat.Ingat orang Umno beli minyak,gula,ikan .beras,lampin dan lain keperluan asasi tu dapat diskaun ker.Undi lagi ahli parlimen kome(BN) yang nyokong rege minyak naik.Udah kome undi kome kene bayor minyak lebih dan semua barang naik.Auwmak codek benor ler kome kalau nyokong lagi BN tu.Kesian nengok orang Umno yang di bawah ni,kome tu ramai yang baik orangnya,kome setia,jujur pada perjuangan asal UMNO.Tapi masalahnya kome tu di pergunakan oleh pemimpin atasan untuk kepentingan peribadi.
Jangan kome marah kata-kata teman,malam kang nak meroloh tu letak tangan atas dahi tu,renungkan seminit dua,benor tak apa teman stori kat kome ni.Lu fikirlah sendiri bak kata Nabil.Kalau udah pikior isi borang Pakatan Rakyat.Lepas tu siap-siap ler kita nyongket ke Permatang Pauh,bawak bundut baju untuk nolong kempen bakal Perdana Menteri ke 6 kita.Tak nak juga?Moh ler kita pergi,bila DSAI PM nanti bungkus ler Umno tu,jangan ler kome ngecek diri sendiri,teman tahu kome pun suke DSAI jadi PM.Kome pun tak percaye kes liwat ni.Usah bedaah ler ,hati kome tu ngombok-ngombok nyokong DSAI,tapi tertahan-tahan malu ngan keme penyokong PR.Keme penyokong PR lagi suka kome turut serta,lagi ramai lagi meriah.Ingat 16 Sept kita meraikan hari kelahiran Malaysia Baru!! - KTB


Peguam dakwa Anwar ada 'alibi'


Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa pelanggannya itu memang berada di kondominium Desa Damansara pada masa dakwaan berlakunya liwat, tetapi ketua umum PKR itu berada di sana kerana mengadakan pertemuan dengan beberapa orang.

Menurut peguam Sankara Nair hari ini, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan "kira-kira lima orang" - yang merupakan satu alibi terbaru bagi pemimpin pembangkang tersebutBeliau berkata, pihaknya mempunyai alibi yang jitu dan "kita telah memberi alibi (dan nama mereka) kepada pihak polis sewaktu siasatannya".Sankara memberitahu demikian kepada pemberita selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi.

Katanya, Anwar berada bersama mereka kerana mengadakan pertemuan di rumah (unit kondominium).Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Sankara berkata Anwar tidak pernah menafikan yang beliau pernah pergi ke kondominium tersebut.

Unit tersebut, katanya, adalah milik rakan ketua umum PKR itu.Sankara mengesahkan bahawa kenyataan mereka yang berada bersama Anwar ketika itu - dan kini adalah alibinya - telah dirakamkan oleh pihak polis.Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah antara mereka yang menghadiri pertemuan tersebut. Saiful, 23, bekas pembantu Anwar, mendakwa telah diliwat oleh ketua umum PKR itu.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.Menurut kertas pertuduhan terhadapnya (lihat carta), Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.Mahkamah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.Pada 2 Julai, Anwar juga memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pernah menafikan telah pergi ke kondominium mewah itu, tempat di mana Saiful mendakwa dia diliwat.

Mengulas lanjut mengenai kes Anwar itu, Sankara berkata, pasukan peguam mantan timbalan perdana menteri itu mempunyai pembelaan yang kuat bersama dengan alibi serta satu laporan perubatan yang mendapati tiada tanda-tanda Saiful diliwat.Sankara juga berkata, pihaknya belum lagi menerima salinan laporan polis Saiful.Dengan adanya bukti-bukti tersebut, Sankara menyuarakan harapannya, pihak pendakwaraya akan menggugurkan kes tersebut.“Kita mahu melihat bagaimana mereka (pihak pendakwaraya) akan menjalankan pendakwaan dan kita harap mereka akan menggugurkan kes tersebut," katanya.

Thursday, August 7, 2008

Akuan Bersumpah Dr. Osman
















Anwar mengaku tidak bersalah







Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii ke atas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan Jun lalu .

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikatjamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan ikatjamin RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar diikatjamin diri tanpa penjamin.Katanya, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September depan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.Anwar dihadapkan ke mahkamah hari ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Beliau dituduh meliwat Saiful antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Anwar dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan.

Anwar tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.
Mantan timbalan perdana menteri itu kemudiannya menaiki lif mahkamah pada jam 9.52 pagi dipercayai untuk di bilik mahkamah.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar.
Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.
Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya pendakwaan Datuk Seri Anwar ke mahkamah hari ini atas tuduhan liwat. Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.

Wednesday, August 6, 2008

Mengundi di Permatang Pauh 26 Ogos

Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan yang menunggu di ibu pejabatnya di Putrajaya, pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi.


Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihanraya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya. Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka.Ab Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil itu dengan dibantu tiga penolong pengurus - Zainol Abidin Md Noh (setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai), Kamarul Haizal Koderat (ketua penolong pegawai daerah) dan Azizal Ahmad (penolong pegawai daerah).


Sementara itu, lapor Bernama, Anwar mendakwa BN akan melakukan pelbagai cara bagi memastikan beliau kalah pada pilihanraya kecil nanti.Katanya, dalam satu ceramah di Bentong malam tadi, pemimpin- pemimpin BN dan jentera parti itu akan terus memburukkan namanya termasuklah dengan menaburkan fitnah.


"Sudah jadi tugas mereka untuk melemparkan fitnah terhadap saya tapi saya sekali-kali tidak akan mengalah," katanya di depan lebih 3,000 orang di Chegar Medang.


Ketika Anwar sedang berucap sekitar 11 malam, lampu tiba-tiba terpadam dan mencetuskan situasi panik seketika dalam kalangan penyokong-penyokongnya yang khuatir Anwar akan ditahan polis berhubung siasatan kes liwat.Sejurus selepas keadaan seperti sedia kala, Anwar meneruskan ceramahnya dengan mengajak semua ahli Umno dan parti komponen BN menyertai Pakatan Rakyat.

Anwar dituduh kes liwat esok


Polis menyerahkan satu dokumen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 10 pagi esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat.


Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian.


Tokoh pembangkang itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada jam 3 petang ini. SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos - satu pertandingan yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal

Tuesday, August 5, 2008

Bicara Politik


'Senang perebah' Ezam di Ptg Pauh

Mohamad Ezam Mohd Noor "lebih senang diperebah" jika terpilih sebagai calon BN menentang bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, kata pengarah pilihanraya negeri PKR Mustaffa Kamal Yusuf."


Ezam tidak akan banyak membantu (Umno). Kalau beliau bertanding, saya rasa besar peluang kita. Lagi senang perebah (jatuhkan). "Kita pasang saja rakaman (ucapan) beliau dulu-dulu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.Menurut Mustaffa, pengundi kawasan parlimen itu "cukup kenal" dengan bekas setiausaha politik Anwar itu.Mohamad Ezam menyatakan kesediaannya mencabar Anwar, jika diberikan peluang oleh BN, dalam pilihanraya yang disifatkan sebagai "pertandingan moral" demi "menegakkan kebenaran."


Dihubungi hari ini bagi mengulas dakwaan Mustaffa, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata:"Mereka (PKR) boleh buat apa juga dakwaan. Hakikatnya, dalam tempoh Anwar dipenjara, sayalah yang mengepalai gerakan mobilisasi rakyat melalui AMK dan lain-lain."Beliau, yang sedang berada di Indonesia, dalam jawapan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata, dalam pilihanraya kecil yang akan datang, beliau "akan pastikan Anwar mendapat tentangan paling sengit dalam sejarah politiknya."


Sementara itu, Mohamad Ezam enggan mengulas dakwaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin bahawa beliau pernah bertemu Mohd Saiful Bukari Azlan pada 27 Jun lalu, sehari sebelum bekas pembantu Anwar melaporkan kepada polis mendakwa diliwat bekas majikannya itu.Badrul Hisham jua mendakwa Mohamad Ezam telah mendapat maklumat bahawa terdapatnya "konspirasi kedua" terhadap penasihat PKR itu empat bulan lalu."Saya diberitahu oleh dua orang yang hadir di mesyuarat tersebut bahawa Ezam menyatakan akan berlaku terhadap Anwar tuduhan yang sama tetapi watak yang berbeza," katanya, lapor edisi terbaru Suara Keadilan.Mohamad Ezam enggan memberikan komen selagi tuduhan itu tidak datang daripada Anwar sendiri, katanya melalui SMS.


Diminta mengulas kemungkinan wujudnya pengundi hantu, Mustaffa berkata, jawatankuasa pilihanraya PKR sedang mengemaskini maklumat sistemnya SISMEP 12 untuk mengesan perkara itu.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, sistem itu banyak membantu, katanya. PKR negeri juga sedang membangunkan laman web www.permatangpauh.com untuk memberikan maklumat terkini dan aktiviti parti untuk menghadapi pilihanraya kecil itu, kata Mustaffa.Laman itu akan dilancarkan selepas penamaan calon, tambahnya.

Friday, August 1, 2008

Najib: BN sukar gugat Anwar

Datuk Seri Najib Razak mengakui BN sukar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut."Kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar.


Kita akan berusaha sebaiknya," kata timbalan perdana menteri hari ini.Mengulas lanjut keputusan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya semalam sebagai anggota parlimen di kawasan itu, Najib berkata Anwar mempertaruhkan "masalah peribadinya" kepada orang ramai. "Sebenarnya, tuduhan dibuat oleh pegawai khas beliau sendiri, bukan oleh kerajaan. Dan ada cara-cara untuk menyelesaikan tanpa membawa perkara ini kepada rakyat. "Tetapi dia tidak pilih cara-cara tersebut. Beliau pilih untuk bawa perkara ini kepada rakyat, khususnya pada pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kita terima perkara ini. Kita akan hadapi," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program khusus ke Universiti al-Azhar di Kuala Lumpur.


Pembantu penasihat PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu. Kertas siasatan polis kini sudah disiapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara sebelum memutuskan sama ada wujud kes prima facie untuk mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu.Desas-desus Anwar ditahan dan kemudian dibawa ke mahkamah semakin hangat diperkatakan.Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen."Kerajaan tidak takut.


Kita ada majoriti yang cukup (dalam parlimen). Tetapi Anwar memutuskan membawa kepada rakyat," katanya.Mengulas kemungkinan BN meletakkan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai calon untuk merampas kerusi itu, Najib berkara pemilihan calon masih belum dibincangkan. "Kita tidak bincang soal calon lagi. Soal calon kita kena ikut proses (melibatkan) perbincangan di peringkat perhubungan (negeri) dan bahagian. Akhirnya pucuk pimpinan akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya.Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu.


Najib bagaimanapun enggan menjelas bila BN akan berbincang untuk menetapkan calon terbaik untuk menghadapi tokoh utama pembangkang itu."Ia proses. Kita tidak perlu bagi tahu bila (akan) dibincang. Yang penting, perbincangan dibuat," katanya.Mengulas sama ada karier politik Anwar akan tamat jika tidak dapat mempertahankan kubu kuatnya itu, Najib berkata:"Kita tidak tahu. Beliau sudah buat kira-kira. Beliau rasa itu peluang terbaiknya. Kita letakkan pada rakyat untuk memutuskannya."Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi.


Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu.BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya hari ini.