Friday, February 27, 2009

KECELAKAAN MENIMPA PEMUDA UMNO

Sebagai orang lama yang mempunyai sejarah yang panjang dengan perjuangan UMNO saya menyokong sepenuhnya kenyataan Dato' Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk melihat punca sebenar kekalutan di parlimen dua lepas.

Seperti kita tahu sekumpulan pemuda UMNO telah menyerbu seperti anjing kelaparan menyerang di lobi Dewan Rakyat untuk menghalang YB Karpal Singh memasuki dewan. Ini menyebabkan keadaan menjadi kecoh, riuh, kelam kabut dan menggambarkan satu keadaan yang sangat memalukan dan ia sudah tentu mencemarkan dewan yang mulia.

TETAPI YB Hishamuddin dan YB Khairy dalam kenyataan mereka menegaskan isu ini hendaklah dilihat dari mana puncanya. Betul juga kata mereka puncanya adalah kerana YB Karpal menuduh pemuda UMNO menghantar dua butir peluru ...... dan mengatakan pemuda UMNO celaka!
Bila diminta bukti, Karpal mengulangi dengan mengatakan memang pemuda itu celaka!

BAGAIMANAPUN perlu juga dilihat punca kenapa terjadi peristiwa "peluru dan celaka" ini boleh terjadi? Bukankah ia disebabkan oleh hasrat YB hendak meyaman Paduka Sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan cara BN merampas kerajaan negeri Perak. Sudah tentu perkara ini tidak akan terjadi kalau tidak kerana kegelojohan dan kerakusan BN/UMNO yang kemaruk nak ambil alih kerajaan negeri Perak. Sebelum ini juga berkali-kali telah membuat provokasi terhadap, amaran dan beberapa laporan polis juga dibuat oleh pemuda UMNO.

Bagaimanakah pula puncanya yang 'membolehkan' Karpal bercadang untuk menyaman sultan Perak? Bukan ini disebabkan imuniti raja-raja yang telah ditarik balik hingga membenarkan raja disaman dan dibicarakandi mahkamah biasa.
PUNCANYA sudah tentu disebabkan kerajaan UMNO yang melucutkan imuniti raja ...kalau tidak tak jadi macam ni!

Memang Pemuda UMNO ni celaka! .... kata Karpal .... dari manakah punca kecelakaan... punca punca dari punca carilah kepala puncanya.

Veteran Perak



No comments: