Tuesday, July 29, 2008

PERIKATAN BARU DI PERAK

Muzakarah yang tak tahu hujung pangkalnya. Timbul pula cerita muqabalah.... pun belum nampak halatujunya. Media arus perdana kelam kabut memutar fakta sehingga Pas yang beria-ia sangat menagih simpati dari UMNO.

Tetapi rakyat sudah muak dengan pelbagai cerita mual dari media UMNO....... menyebab mereka gagal meracuni minda rakyat untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat sudah berpecah. Dalam keadaan UMNO yang sangat terdesak mereka terus mencari kaedah untuk memecah belahkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.Akhirnya dengan cara tidak bermaruah Mantan Menteri Besar menawarkan kepada PAS untuk membentuk KERAJAAN PERIKATAN UMNO/PAS di Perak dengan jawatan Menteri Besar diberikan kepada PAS. Inilah tawaran manis dari UMNO Perak yang sudah kalah.

Jadi apakah kuasa yang adapada orang yang kalah untuk menawarkan perkongsian kuasa? Sekira ini berlaku apakah rasionalnya tawaran ini diterima kerana Pas yang menang 6 kerusi memang sudah menjadi Menteri Besar dalam kerajaan Pakatan Rakyat.Persoalan yang lebih penting juga ialah layakkah pihak yang kalah menawarkan kerja sama membentuk kerajaan campuran? Mungkin inilah pertama kalinya kita melihat betapa 'BAIKNYA' UMNO untuk bekerja sama demi perpaduan Melayu.. UMNO dengan rendah moralnya mempelawa siapa sahaja untuk memperjuangkan hak Melayu.

Jadi di manakah perjuangan mempertahankan hak Melayu selama ini ketika UMNO selesa dipuncak kemenangan? Ketika itu merekalah menjadi juara melahap hak Melayu dengan hanya berlesenkan DEB.TETAPI sekarang ini mata rakyat sedang memerhati apa yang berlaku dalam UMNO/BN yang sedang bergolak dengan segala macam masalah dalaman termasuk perebutan jawatan Disember nanti, masalah komponen seperti Gerakan, MIC dan MCAdan memang kita tahu parti lain dalam BN pun sama juga. Ditambah masalah kenaikan harga minyak dan harga barang yang menghimpit rakyat.Adakah semua masalah ini boleh ditutup dengan isu kerja sama dengan PAS?WAJARKAH? PATUTKAH? TAK MALUKAH? .......... baru sekarang ketika UMNO sedang menuju lembah kehancuran baru mereka mahu berpakat dengan orang lain untuk membela Melayu!

-Pak Din Pencen

Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu penasihat PKR itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. -Malaysiakini

Thursday, July 24, 2008

Anwar sedia bertanding di Kulim

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan kemenangan calon PKR tidak sah.Zulkifli Noordin, yang berkelebihan majoriti 5,583 undi, kini berdepan dengan petisyen pilihanraya daripada calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen itu bulan depan selepas menangguhkan prosiding itu yang asalnya dijadualkan minggu ini.




Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Zulkifli.Anwar juga sering disebut-sebut bertanding di kerusi asalnya Permatang Pauh yang dimenangi isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah).Abdul Khalid, kini menteri besar Selangor, juga memenangi kerusi negeri Ijok.

Anwar berkata, belilau juga telah memberitahu pucuk pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara tersebut.Katanya, beliau memutuskan untuk bertanding kerusi Kulim-Bandar Baru tiga minggu lalu sebelum Mahkamah Pilihanraya membuat keputusan Ahad lalu.Bercakap dalam dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini. Anwar berkata, bagaimanapun, mahkamah telah menangguhkan petisyen itu didengar pada 19 Ogos depan.Dalam sidang media itu juga, Anwar mengumumkan penyertaan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam PKR.Anwar juga diminta mengulas mengenai perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pucuk pimpinan PAS sejak pilihanraya umum lalu.
"Tiada sebab untuk mempersoalkan kepimpinan PAS, mereka mahu kekal dalam Pakatan Rakyat."Kerjasama dan komitmen mereka masih kuat dan Pakatan masih kuat," katanya.Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan, beliau tidak mahu DNA-nya diambil kerana sudah mempunyai pengalaman buruk mengenai perkara tersebut.Oleh kerana itu, katanya, beliau mempunyai sebab untuk merasa syak wasangka jika DNA-nya diambil.

Wednesday, July 23, 2008

Anwar umum bekas wakil BN sertai PKR

PKR akan mengumumkan penyertaan beberapa bekas ahli parlimen BN bersama parti itu di ibu pejabatnya di Tropicana, Petaling Jaya hari ini. Pengumuman itu dijadual dibuat oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 3 petang ini.
Sementara itu, bekas ahli parlimen Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang menyertai parti itu hari ini berkata, ramai lagi pemimpin Umno Pahang akan menyertai parti itu dalam tempoh terdekat ini.
"Kami dapat meramalkan penyertaan pemimpin Umno secara beramai-ramai ke dalam PKR dan fenomena ini adalah berterusan.
"Sebenarnya tidak ada tempoh tertentu untuk mereka menyertai PKR kerana kami tidak menetapkan sebarang syarat kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Fauzi bersama dua lagi pemimpin Umno Pahang menyerahkan borang penyertaan ke dalam PKR kepada ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Bagaimanapun, penyokong kuat Anwar itu enggan mendedahkan identiti dua pemimpin terbabit tetapi difahamkan bekas ahli jawatankuasa pusat MCA Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dijangka menyertai PKR.
"Rakyat termasuk ahli dan pemimpin Umno marah dengan cara kerajaan melayan Anwar yang sedang menghadapi tududan liwat sekarang.
"Jangan naik kerana keburukan orang lain kerana ini bukan budaya rakyat Malaysia, sebaliknya perlu menampilkan kewibawaan diri.
"Isu liwat itu akan menjadi senjata makan tuan, rakyat akan semakin benci kepada Umno dan masuk PKR," katanya lagi.
Sementara seorang pemimpin Umno di Pahang yang dihubungi hari ini berkata, dakwaan Fauzi bahawa ramai pemimpin Umno akan menyertai PKR sukar dipercayai.
Katanya, mungkin beberapa pemimpin veteran akan berbuat demikian tetapi ia tidak menjejaskan kekuatan Umno.
"Saya tidak dengar ada pemimpin utama negeri atau bahagian akan menyertai PKR dalam masa terdekat ini.
"Jadi dakwaan Fauzi itu mungkin hanya seronok didengar tetapi belum tentu kesahihannya," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Monday, July 21, 2008

TINTA HITAM

Dari minda Prihatin

MANGSA LIWAT TERPINGGIR?
Ketua Penerangan UMNO dalam kenyataan di Berita Tv3 19 Julai 2008 mengatakan kesal kerana Saiful Bahari tidak langsung diberi perhatian oleh media sebaliknya media lebih memberi tumpuan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada pandangan beliau Saiful Bahari ialah mangsa liwat sedangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim ialah peliwat.

Kami menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan UMNO itu kerana sebagai rakyat yang perihatin saya sangat teruja untuk mendapat perkembangan dari Saiful Bahari orang yang teriniaya diliwat. Rakyat ingin sangat melihat reaksi beliau. Kita ingin sangat mendengar kenyataan dari mulutnya sendiri.

Kekesalan Ketua Penerangan UMNO itu bagaimanapun tidak perlulah dikecoh-kecohkan sangat.......... DENGAN PENGUASAAN PENUH MEDIA ARUS PERDANA OLEH BN/UMNO/KERAJAAN liputan meluas bolehlah diberikan kepada mangsa liwat tersebut.

Melalui medan persidangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang Ketua Penerangan UMNO boleh mengarahkan supaya Saiful Bahari mesti diberi publisiti meluas. UMNO mesti membuat pembelaan yang bersungguh-sungguh terhadap mangsa liwat tersebut.

OLEH ITU janganlah 'buat heran' pulak......... Kalau dah kuasai media canangkan apa nak canang.... Tetapi sebagai rakyat, juga ada hak nak percaya atau tidak.

Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin diharapkan usaha untuk memberi publisiti kepada Saiful Bahari ini dipercepatkan.

Tinta Hitam.

Friday, July 18, 2008

PAS sokong Anwar enggan beri DNA

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (kiri), yang juga ahli Parlimen Bachok di Parlimen hari ini, beliau berkata parti ini mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi. "Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh dimanipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar. "Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili. "Asas ini harus dipegang dalam menilai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.Di samping itu, Bernama melaporkan beliau juga mengalu-alukan pembebasan Anwar namun memandang berat cara penangkapan yang dibuat terhadapnya. "Kami memandang berat cara penangkapan Anwar yang dibuat polis semalam yang tergesa-gesa dan kasar walaupun beliau bersedia melaporkan diri dan memberi kerjasama," katanya.Ditahan semalam Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.Beliau ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.Beliau disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar bulan lalu.Dalam satu sidang akhbar petang tadi, Anwar menjelaskan bahawa beliau enggan membenarkan sampel DNA diambil atas nasihat peguam dan doktor.Lagi pula, katanya, simpanan DNA-nya ada dalam tangan polis yang diambil secara paksa pada 1999."Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar dibawa ke hospital KL

Sepuluh kenderaan polis, termasuk yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar dari bangunan ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur menuju ke hospital Kuala Lumpur - dipercayai untuk ujian DNA.

Konvoi kenderaan dengan kawalan ketat itu keluar dari jam 8:35 malam dan sampai kira-kira 8.45 malam.

Anwar dimasukkan ke wad diraja dengan kawalan kira-kira 40 anggota polis.

Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali masuk ke wad itu jam 10 malam.

Sebelum itu, Mohamad Azmin bersama ketua perhubungan Pulau Pinang Datuk Zaharin Mohd Hashim bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.

Pertemuan bermula jam 9 malam, yang melibatkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berlangsung kira-kira 45 minit.

Mohamad Azmin berkata Abdullah memberi jaminan "tiada kejadian mata lebam" seperti 1998.

Anwar kelihatan keluar jam 10.20 malam dengan konvoi lima kenderaan polis menuju IPK.

Beliau tiba kira-kira 10.35 malam dan sempat melambai kepada kumpulan penyokongnya di pinggir Jalan Hang Tuah yang menunggu sejak siang.

Kira-kira 50 penyokongnya yang berkumpul di hospital melaungkan slogan reformasi dengan disambut lambaian tangan Anwar.

Lebih 30 wartawan dan jurugambar berada di luar wad itu yang dipisahkan oleh garisan polis.

Anwar sebelum ini memberi keterangan kepada polis enam jam mulai 2.30 petang selepas dibawa ke IPK jam 1.11 petang tadi.

Beliau ditangkap sewaktu hampir tiba di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur tengah hari tadi selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung isu dakwaan pemalsuan laporan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sementara 500 penyokong penasihat PKR masih lagi berkumpul di pinggir Jalan Hang Tuah.

Mereka diketuai ahli parlimen Batu dan juga ketua penerangan parti Tian Chua - kemudian meninggalkan selepas jam 9.

Mereka menyalakan lilin dan melaungkan slogan "reformasi."

Manakala sekumpulan 50 anggota polis, termasuk berpakaian biasa, berada di seberang jalan - sebelah bangunan IPK.

Malaysiakini difahamkan satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Anwar minta penyokong bertenang


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.

Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provokasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.

Pagi tadi, Anwar memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Menurut kenyataan itu lagi, semua ini merupakan ulangan episod yang berlaku terhadap Anwar pada 1998.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap Anwar.

"Kami ingin mengingatkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai janjinya untuk memastikan Anwar diberi perlindungan," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Anwar ditahan di luar rumahnya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada jam 1.05 tengahari tadi.

Mantan timbalan perdana menteri itu dijadual memberi kenyataan kepada ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 2 petang berasaskan kepada persetujuan yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa.

Kenyataan itu berkata, Anwar baru pulang ke rumahnya dari ibu pejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang difailkan berhubung kes penyembunyian fakta, yang membabitkannya pada 1998.

Menurutnya, ketika beliau menghampiri rumahnya, 10 kereta polis, separuh daripadanya tidak bertanda, memintas kereta yang dinaiki Anwar.

Sekumpulan 20 orang anggota komando menghampirinya, sekaligus mengingatkan kembali insiden ketika Anwar ditahan di rumahnya pada September 1998.

Seorang pegawai mendatangi Anwar dan mengarahkannya menaiki kereta polis yang tidak bertanda untuk dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Peguam beliau tidak dibenarkan ikut bersamanya dalam kereta polis tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Anwar ditahan kurang 15 jam selepas beliau mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai kenaikan harganya minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi. -malaysiakini.com

Anwar Ibrahim ditahan


Polis menahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya dan dibawa ke ibupejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.Beliau ditahan kira-kira jam 12.55 tengahari sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Difahamkan pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.Anwar pula tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi kenderaan polis.

Monday, July 14, 2008

Anwar nafi terbabit dalam perhimpunan


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen esok. "Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)," katanya. Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang. Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut. Polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut. Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunan esok adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967."Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Perintah mahkamahBeliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali. Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu. Katanya notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai. Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok. Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum. Difahamkan perhimpunan esok yang dianjurkan oleh pihak tertentu bertujuan membantah kenaikan harga minyak. -malaysiakini

Anwar janji umum kaedah turunkan harga minyak dalam debat 15 Julai

SEREMBAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kaedah beliau bagi mengurangkan harga minyak akan diumumkan pada Selasa ini semasa debat beliau dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek."Bukan nak turun sama harga (minyak) dengan Venezuela tapi turun sekurang-kurangnya agar rakyat boleh hidup. Kita bukan janji kosong, takbur atau bohong untuk mengatasi masalah ini," katanya pada satu ceramah di sini malam tadi.Katanya kerajaan Barisan Nasional telah menyalah urus ekonomi sehingga rakyat dibebankan dengan harga minyak dan barang."Negara ini hendaklah diselamatkan untuk faedah semua rakyat. Ini soal kita, bukan soal masa depan Anwar," katanya.Mengenai debat itu, Anwar berkata setakat ini beliau tidak tahu sama ada ia akan diteruskan atau tidak."Ada kemungkinan tidak jadi tapi saya harap debat ini diteruskan," katanya.Debat itu dianjurkan oleh portal berita AgendaDaily diberi tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dijadual berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka.Anwar sebelum ini dilaporkan pernah berjanji akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja jika partinya membentuk kerajaan. - Bernama

Monday, July 7, 2008

Perhimpunan rakyat di Kelana Jaya - 06/07/08
























Anwar sedia bersumpah



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya."Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya," katanya dalam cermah kepada kira-kira 25,000 di Stadium Kelana Jaya, di Petaling jaya malam ini."Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil."Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya."Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, Insya-Allah saya akan lakukan," katanya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.
Ucapan beliau malam ini merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak hari ini.
Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama."Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah."Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan. - malaysiakini

Friday, July 4, 2008


Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, Mohd Saiful (foto) menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR."Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin. "Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat."Dia datang kerana mahu pertolongan daripada saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya."Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. Tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.Najib berkata, bekas pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohon biasiswa."Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak apabila saya difitnah," tambahnya. Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata: "Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".Selasa lalu, PKR menyatakan ia mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Najib dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Anwar."Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," katanya dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut.Pada sebelah petang hari sama, beliau mendakwa di sidang media bahawa wujud penglibatan Najib bersama isterinya Rosmah Mansor dan pegawainya Khairil Anas Yusof dalam dakwaan Mohd Saiful.Sementara angkatan muda PKR semalam mencabar Najib menafikan pernah bertemu Mohd Saiful. "AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamarudin melalui perakuan sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya," kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin."AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008." -malaysiakini

Wednesday, July 2, 2008

Abim seru umat Islam adakan solat hajat


ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) berkongsi rasa terkejut, sedih dan bimbang dengan rakyat Malaysia berikutan timbulnya isu terbaru yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Presidennya, Yusri Mohamad."Negara kita telah dan masih merasa perit dan pedih kesan krisis yang berpanjangan dan kompleks, melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini."Jika kita tidak berhati-hati, isu terbaru ini mungkin mengheret negara ke kancah krisis yang akan membawa akibat buruk kepada rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Justeru, katanya, Abim berharap semua pihak yang terlibat menangani isu ini, benar-benar mengambil pengajaran dari episod gelap krisis yang lalu, untuk bersiap menanganinya dengan penuh kewaspadaan, teliti dan berhemah."Isu terbaru ini merupakan ujian dari Tuhan. Umat Islam diajar oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW agar kembali merujuk kepada Tuhan Rabbul Jalil ketika menghadapi situasi yang berat sebegini."Kita dituntut merujuk kembali kepada Tuhan dengan memperbanyakkan istirja', istighfar, solat dan bermunajat kepadanya."Kita juga dituntut untuk kembali kepada Tuhan dengan merujuk kepada ajaran-Nya dalam menangani persoalan yang timbul," kata Yusri.Jangan jadi 'hakim'Sesuai dengan semangat tersebut, katanya, Abim menganjurkan seluruh Umat Islam di Malaysia segera menumpukan permohonan kehadrat Allah "agar kita semua dikurniakan rahmat, panduan dan kekuatan untuk melalui ujian terbaru ini dengan selamat dan sejahtera".Abim juga, kataya, mencadangkan agar semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan majlis solat hajat dan munajat untuk maksud ini."Seterusnya Abim berharap agar pihak berkuasa, media, pemimpin politik, turut merujuk kepada prinsip keadilan dalam memilih langkah dan tindakan terbaik sepertimana yang dianjurkan dalam Islam."Merujuk kepada pengalaman yang telah dilalui dalam krisis yang lepas, adalah wajar jika semua pihak lebih berhati-hati dan berwaspada dalam setiap langkah yang diambil," katanya.Menurut Yusri lagi, pihak berkuasa harus memastikan setiap prosedur perundangan yang terlibat, dilaksanakan secara adil untuk meredakan kebimbangan di kalangan masyarakat awam.Pihak terbabit juga, tambahnya, perlu mempertimbangkan faktor keselamatan Anwar sepertimana yang layak diterima olehnya."Pihak media juga diingatkan agar mengelak daripada menjadi 'hakim' yang membicarakan kes ini di luar mahkamah dalam setiap laporan serta liputan yang dijalankan."Oleh kerana kes ini membabitkan individu dan isu yang boleh membawa kesan dan akibat yang besar, justeru pihak media juga haruslah mengelak membuat laporan yang mengelirukan serta mensensasikan isu ini secara keterlaluan," tambahnya.

Laporan Polis Anwar Terhadap Musa Hassan & Gani Patail

Saya, Anwar bin Ibrahim, sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98. 2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 1998. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan lapuran kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa “… was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?”Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:1. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.2. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman3. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.ANWAR BIN IBRAHIM1 Julai 2008