Saturday, February 7, 2009

DERHAKA? Hukum 3 Ekor Katak Tu Dulu

Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com/

Arakian, banyaklah orang UMNO berkata kita telah derhaka kepada ke Bawah Duli. Ada seorang Ketua Bahagian UMNO dari Cheras minta Paduka Sultan menarik balik gelaran Dato’ Seri yang telah diberikan kepada MB, YB Nizar.

Ketua Bahagian itu sendiri pun dapat Dato dari Ali Ketam sebagai bayaran untuk sokongan beliau terhadap usaha Ali Ketam untuk mendaki hikaki UMNO.

Soalnya sekarang, 3 ekor katak itu pernah menandatangani surat sumpah di hadapan Paduka Sultan untuk tidak melompat parti.Dan Paduka Sultan telah pun diingatkan akan surat tersebut dan Paduka Sultan masih ingat lagi akan tindakan 3 ekor katak tersebut.

Malangnya, Paduka Sultan membiarkan sahaja penderhakaan 3 ekor katak tersebut dengan sewenang-wenangnya.

Justeru, kiranya 3 ekor katak ini boleh menderhaka kepada Tuanku dengan mudah, mengapa kami rakyat biasa tidak boleh “menderhaka” juga? Jawab wahai pemimpin UMNO semua.

Ertinya tindakan rakyat memprotes Tuanku adalah kerana Tuanku sendiri mengizinkan penderhakaan dilakukan dengan terang-terangan seperti yang dilakukan oleh 3 ekor katak tersebut.

Kiranya Paduka Sultan hendak mengelakkan “penderhakaan” seharusnya Tuanku mesti “konsisten”. Kira 3 ekor katak tersebut boleh menderhaka kepada Tuanku dengan bebas, nescaya rakyat Tuanku yang lain juga boleh melakukan perkara yang sama.

Kepada semua orang UMNO yang cabul mulut mereka, sebelum hendak melucutkan gelaran YB Nizar, seru dulu Raja Perlis dan TErengganu menarik gelaran Shahidan dan Derih Jusoh terlebih dahulu.

No comments: