Saturday, February 21, 2009

Nizar kosongkan kediaman rasmi MB esok

POH, 21 Feb.:- YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini esok. Kata beliau semasa Ketika kepada pemberita di sini Sempena majlis Kesyukuran dan majlis makan tengah hari bersama pemimpin dan penyokong PAS di sini, Nizar berkata, beliau akan berpindah ke satu lokasi yang berdekatan pagi esok.

Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu antara 10 dan 11 pagi."Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini" Kata Nizar.
"Saya mempunyai tujuh orang anak, yang perlu bawa dari sini," kata beliau sambil bersenyum.

Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan pada 6 Febuari lalu, Nizar berkata, beliau dan PR membuat keputusan tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi menghormati atas permintaan Setiausaha Kerajaan Negeri yang memohon rumah itu dikosongkan paling lewat pada 27 Februari ini.

Sebelum itu dalam ceramah ringkas setelah majlis doa selamat yang diadakan ditempat yang saama, Nizar menjelaskan tarikh sebenar akan diserahkan kediaman itu ialah pada 27 Februari.

Majlis tahlil dan doa selamat.

Sementara itu, Pegawai Khas Nizar, Amran Harun berkata, penyerahan kunci berkenaan akan dibuat seperti yang diarahkan melalui surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkenaan sampai, pelbagai program keilmuan seperti sembahyang hajat, tahlil dan aktiviti keagaaman akan diadakan.

"Kita akan menggunakan sepenuh masa yang ada ini sebelum menyerahkan kunci kediaman seperti dalam surat yang dihantar minggu lalu," katanya.

Amran berkata, Nizar akan berpindah ke rumah baru yang disewa di bandar raya ini.

"Biarlah lokasinya dirahsiakan... untuk keselamatan dan menghormati keluarga beliau," katanya.

Beliau berkata, operasi memindahkan perkakas rumah milik bekas Menteri Besar telah dijalankan sebelum ini.

Amran berkata, satu majlis khas akan diadakan 10 pagi esok bagi meraikan warga media yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas sejak 4 Februari lepas membuat liputan mengenai rampasan kuasa kerajaan negeri Perak.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga media yang bekerja siang dan malam melaporkan setiap kejadian dan pengumuman yang dibuat," katanya.-Cinaislam

No comments: