Menjelang Persidangan Agung UMNO Mac 2009 ini macam perkara pelik dapat kita lihat. Ini kerana semua pemimpin UMNO semua nak tunjuk yang lebih hebat dari pemimpin UMNO yang lain.
Tetapi kayu ukur siapa hebat dalam UMNO bukan dilihat dari segi kepimpinan, ketrampilan, keikhlasan, amanah atau karismanya. Pemimpin yang hebat bagi UMNO mestilah yang lantang menghentam Pakatan Rakyat dan mencipta isu-isu untuk memburukkan Pakatan Rakyat.
Oleh itu semua pemimpin UMNO tak payah kerja lain, masing-masing akan mencari dan terus mencari jalan menunjukkan kejantanan di kalangan mereka. Oleh sebab itu semua mulut jadi celupar. Semua yang nak bertanding terpaksa cari isu terutamanya dengan negeri-negeri di bawah PR. Tengoklah perubahan watak Zahid Hamidi kerana nak bertanding Naib Presiden terpaksalah jadi garang sikit tapi kurang cerdik. Tindakan kebudak-budakan dengan mengeluarkan arahan melarang kakitangan kerajaan Pusat berurusan dengan kerajaan Negeri Pakatan pembangkang. Ia nyatakan merugikan rakyat.
Kerana nak tunjuk kehebatan mereka akan buat apa sahaja. Apa yang yang berlaku di Perak memperjelaskan usaha berterusan mereka. Cubaan menarik ADUN PR untuk menterbalikkan kerajaan PR hampir berjaya tetapi sayangnya mereka terlewat selangkah kerana YB Nasa terlebih dahulu menyeberang.
Sebaliknya pemimpin UMNO yang tak pandai mencipta isu dengan Pakatan Rakyat dikira pemimpin yang tidak berkelibar. Tengoklah bagaimana nasib Tajol Rosli …. Dia ni ngok ngek sikit … slow ditambah dengan isu YB Dato’ Nasa dia terus ‘dinyahkan dari jawatan’.
Itulah UMNO, Tajol Rosli tidak lagi diperlukan hanya kerana dia kurang pandai cari isu untuk hentam pakatan Rakyat. Khir Toyo sama sama bekas Menteri Besar macam Tajol juga tapi masih laku dalam UMNO dan dikira hebat kerana pandai buat isu menghentam kerajaan PR Selangor .
Setelah ADUN Bota menyeberang ke Pakatan Rakyat maka riuhlah pemimpin UMNO mengatakan ia satu tindakan tidak bermaruah. Ditohmahkan YB Dato Nasa telah disogokkan dengan ganjaran lumayan dab pelbagai jawatan.
TETAPI dengan apabila dikatakan ada ADUN PR yang akan melompat ke BN ia dikatakan satu tindakan yang menunjukkan kesedaran kerana ingin bersama BN demi untuk berkhidmat kepada rakyat. Inilah perlakuan hodoh pemimpin Umno setiap kali ada pemilihan Parti mereka.
Mereka ini ‘ ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekor bergelumang dengan najis’.
Oleh Mat Letih
"Letih dengan politik kotor UMNO"
No comments:
Post a Comment