Friday, September 19, 2008

Kemerdekaan

Alhamdulillah, dengan kudrat ilahi kita bersua selangkah lagi membawa misi kebenaran dan melakukan pembaikan. Kita tidak perlu bimbang dan gundah gulana terhadap mehnah yang terus dilakukan oleh kelompok yang korup idea dan hilang pertimbangan perjuangan. Keyakinan kita untuk terus memacu perubah didasari dengan motivasi Al Quran yang bermaksud " Dan tidaklah kami mengutuskan para Rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan peringatan. Maka barangsiapa yang beriman dan melakukan perbaikan, maka tidak ada kekhuatiran bagi mereka dan tidak ( pula ) mereka bersedih hati. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, mereka akan ditimpa siksa disebabkan mereka selalu berbuat fasik"

Kemerdekaan adalah pembebasan daripada penundukkan terhadap manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah. Telalu mengecewakan apabila 51 tahun merdeka rakyat masih lagi dijajah. Benarlah ungkapan yang pernah disebut oleh Malek Benabi bahawa penjajahan yang sebenar ialah apabila sesebuah bangsa itu mempunyai sifat sedia dijajah tatkalah bangsa itu memiliki sifat-sifat yang membenarkan ianya dijajah. Justeru bermulalah penjajahan yang sebenar.

Sebagai khalifah Allah dibumi, manusia dikurniakan ilmu, akal dan petunjuk. 51 tahun kita merdeka, sudah tentu perjuangan kita harus berfokus menyelamatkan manusia dari belengu segala bentuk zulumat atau kegelapan seperti kejahilan, keliruan, kezaliman, fitnah dan pembohongan. Apa ertinya merdeka sekiranya kita masih dipaksa oleh pandangan tertentu, memalsukan fakta dan menyembunyikan maklumat.Kita tidak mempunyai jiwa merdeka kerana kita masih membudaya fitnah. Kita dibelenggu dengan media propaganda . Kita terus menyimpan dendam kesumat. Dan yang paling parah kita merencana niat jahat untuk menjatuhkan seseorang

Sempena menyambut ramadan yang mulia, mari kita berjiwa merdeka dengan membersihkan jiwa, memurnikan minda, membaiki perilaku daripada kekejian, pencemaran,penyimpanngan,kebatilan,kemungkaran dan kebejatan lainnya. Mari kita menjadi manusia yang arif dengan hikmah dan panduan Al Quran. Arif dengan pengertian tahu hakikat sesuatu, tahu menilai dengan tepat, mengenal kebenaran dan kebatilan

Ramadan membawa mesej merdeka. Nilai Taqwa yang terkandung didalamnya sangat penting dalam kehidupan manusia. Kesedaran tentang kehadiran Allah serta keterikatannya dengan hukum Allah membuatkan manusia berpuasa. Puasa yang berjaya bukan bersifat ibadah semata, tetapi sekaligus ianya berupa pendidikan untuk mentranformasi manusia melaksanakan perubahan yang berkesan. Selamat menyambut kemerdekaan , sempurna dalam amalan berpuasa dan berjaya di Edul Fitri , hari yang mulia.

Ustaz Zulkifli Ibrahim

Wednesday, September 10, 2008

Sasaran Selasa depan tak jadi? 20 September mungkin tarikh baru Pakatan - Anwar

(Mstar) KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.

Anwar tiba di mahkamah, peguam tolak khabar angin

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar tadi - pukul 9.30 pagi - dengan pasukan peguamnnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.

Peguamnya, Sankara Nair berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa mengenainya tetapi jika ada permintaan daripada pendakwa pihaknya akan membantah langkah sedemikian.

"Kami tidak dengar apa-apa (setakat petang semalam). Bagaimanapun pendakwa boleh meminta (untuk membatalkan jaminan).

"Jika pihak pendakwa berbuat demikian kami akan membantah. Lagipun tiada sebab untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka.

Jelas Sankara, mengikut rekod Anwar telah hadir mahkamah dengan tepat sepanjang masa dan beliau yang ke luar negara dari semasa ke semasa juga kembali tanah air termasuk yang terbaru ke Jakarta minggu lalu.

Beliau menyatakan demikian ketika tersebarnya SMS dan emel mengatakan bon jaminan peribadi akan dibatalkan apabila mahkamah bersidang hari ini.

Anwar berada di mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Minggu lalu Sankara berkata, pihaknya berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula hari ini.

Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.

Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Beliau diwakili sembilan orang peguam.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu disebut semula hari ini dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Friday, September 5, 2008

Keranda politik - Kain 'kapan' buat parti

Bersedialah Umno untuk ditalqinkan. Yang akan mengkafankan dan mentalqinkan Umno, ialah ahli Umno sendiri.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO digesa melakukan ’sesuatu yang drastik’ bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda ‘keranapan’ parti pejuang kemerdekaan negara itu.

Ahli MT, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil mengeluarkan gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.

Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan. Inilah parti yang pernah beliau bakar jambatan ketika bergaduh team A dan team B pada tahun 1987. Beliau bersama team B yang diketuai oleh Tengku Razali Hamzah sehingga tertubuhnya parti 46. Kemudian dia naik rakit batang pisang masuk ke dalam Umno. Sekarang beliau merungut lagi. Bagi saya tidak hairanlah apa yang berlaku dalam Umno. Umno bukan parti yang ada asas agama.

Malahan asas cinta untuk berjuang bangsa pun sudah tidak ada. Berjuang dalam Umno hanya untuk dapat benda denga kuasa. Mereka tahu dengan menjawat jawatan dalam Umno akan dapat laba yang menguntungkan. Jadi ketua cawangan semua projek dalam kampung pasti dalam tangan. Jadi ketua bahagian setiap tahun projek tidak kurang sejuta dalam tangan. Kalau itu yang bertakhta dihati mereka yang merebut jawatan apa sahaja mereka akan lakukan demi harta.

Dalam Umno sejarah bunuh sudah ada seperti Dato’ Taha di Gemencih Negeri Sembilan. Baru-baru ini di Segamat ahli Umno bergaduh hingga patah kerusi. Terbaru di Kota Bharu , Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di pekarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Noor Awang, 47, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merasuah Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat Rezwat Shahril Zainal Ariffin supaya mencalonkannya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Semalam juga menyaksikan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61, yang mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.

Sekarang baru mesyuarat cawangan. Apa akan terjadi pula dalam mesyuarat bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi Umno. Tentu semakin dahsyat.

Mereka bergaduh bukan kerana hendak membela agama atau bangsa. Mereka bukan bergaduh kerana hendak membela rakyat yang dihimpit dengan kenaikan harga barang keperluan. Mereka bukan bergaduh kerana hendak mempertahankan tanah di kawasan Melayu yang hampir pupus.

Mereka bukan bergaduh kerana hendak menyuarakan mengenai gejala social yang melanda anak Melayu kerana Umno membiarkan keadaan ini berlaku. Mereka bergaduh bukan kerana hendak membela bahasa Kebangsaan yang telah terpinggir dalam pendidikan kebangsaan. Bersedialah Umno untuk ditalqinkan. Yang akan mengkafankan dan mentalqinkan Umno, ialah ahli Umno sendiri. -oleh people army Proreformasi

Sindri Mau Hengat..!...sudah time kasi cau la..!!! apa mau tunggu lagi...!!!


Perlis mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin has declined to clarify the meaning behind his controversial poem 'Cari Ganti (Looking for Successor)', a political satire on the state of the country's leadership that has sparked a nationwide guessing game.

"If I wrote who I had in mind for the poem, the poem would be much shorter," Mohd Asri said. "If people were to reveal the names of the subjects of their poems, there would be less room for literary interpretation."

The religious leader's four-stanza Malay poem was uploaded onto his blog just two days after opposition leader Anwar Ibrahim scored a landslide win against his Barisan Nasional rival Arif Shah Omar Shah in the Aug 26 Permatang Pauh by-election.

Mohd Asri chose the image of the Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's office in Putrajaya as the webpage background for the poem, fuelling speculation that he was joining the increasing number of calls for Abdullah to step down.

Sasaran 16 Sept.: Najib nafi anggota BN-BBC cuti luar negara berkait pelan Pakatan


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menafikan lawatan ke luar untuk anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) minggu depan bukan bertujuan 'menghalang' Pakatan Rakyat daripada mencapai sasaran tubuh kerajaan 16 September.

Sebaliknya Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, ia merupakan lawatan sambil belajar bagi anggota kelab berkenaan dan akan diluluskan oleh beliau.

"Saya akan luluskan lawatan itu selagi ia konstruktif," kata beliau selepas melancarkan Rakan Cop PLKN di sini hari ini.

Najib, Menteri Pertahanan memberitahu, lawatan tersebut merupakan peluang terbaik untuk anggota-anggota BN-BBC menerokai aspek-aspek yang baru.

"Destinasi lawatan tersebut belum ditetapkan tetapi terpulang kepada anggota BN-BBC untuk menentukannya," kata beliau lagi.

Jelasnya program itu merupakan lawatan sambil belajar yang dicadangkan oleh BN-BBC dan mereka berhak mencadangkan program yang bersesuaian.

Ketika ditanya mengapa lawatan tersebut dibuat secara tergesa-gesa Najib berkata:

“Mereka boleh adakan program bila-bila masa selagi ia konstruktif.”

Beliau turut ditanya sama ada mana-mana ahli BN-BBC yang enggan mengikuti lawatan tersebut akan tindakan disiplin, Najib menjelaskan lawatan tersebut merupakan program BN-BBC.

Sehubungan itu, tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengatakan apa sahaja mengenai pelan membentuk kerajaan, tetapi yang sebaliknya akan berlaku.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan.

Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.

Ketika ditanya sama ada Anwar boleh menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, Najib berkata: "Tiada komen."


BERITA TERDAHULU:

Sasaran 16 Sept.: Pakatan dakwa kejutan hampiri, anggota BN-BBC cuti luar negara?

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Ketika ramai mula mempersoalkan sama ada sasaran 16 September Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan ataupun tinggal omong-omong kosong, perikatan pembangkang itu menegaskan, pelan mereka masih utuh dan akan menjadi kenyataan "dalam waktu ini."

Pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi mStar Online dengan yakin berkata, segala proses dan urusan penting yang berkaitan berjalan dengan lancar dan hampir selesai sementara beberapa aspek teknikal dan perundangan sedang diperhalusi.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan.

Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.

"Lawatan ini diadakan ekoran cadangan daripada beberapa anggota kami (BN-BBC). Kami mahu anggota kami diberikan pengetahuan terkini mengenai maklumat teknologi tinggi pengeluaran makanan dan pertanian... jadi kami boleh membahaskan Bajet (2009) dengan baik di Parlimen apabila bersidang kelak (selepas Aidilfitri)," kata Pengerusinya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Jelas beliau, tempoh dua minggu ini merupakan masa yang sesuai untuk berbuat demikian walaupun bulan Ramadan telah bermula.

"Selepas Aidilfitri, Parlimen akan mula bersidang," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BN-BBC, Datuk Bung Mokhtar Radin ketika dihubungi berkata, memang ada satu lawatan sambil belajar diaturkan untuk anggota kelab tersebut luar negara berkemungkinan hujung minggu ini..

"Memang ada lawatan ke luar negara bertujuan untuk meneroka teknologi pertanian dan perindustrian bagi mana-mana Ahli Parlimen dari BN-BBC yang berminat.

"Mungkin lawatan itu akan diadakan hujung minggu ini. Berapa ramai ahli Parlimen yang akan ikut belum diputuskan lagi," kata wakil rakyat Kinabatangan itu kepada mStar Online hari ini.

Ketika ditanya ke mana destinasi dan jangka masa lawatan tersebut, Bung Mokhtar berkata, perkara tersebut juga belum diputuskan.

"Belum diputuskan tapi selalunya kalau lawatan sambil belajar mungkin lamalah sikit," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menafikan beliau ditawarkan untuk pergi bercuti pada 8 September ini.

"Mana ada saya tak dapat apa-apa tawaran pun untuk pergi bercuti," katanya apabila dihubungi.

Malah, beliau juga menafikan beliau ditawarkan untuk melompat parti.

"Mana ada perkara itu tidak benar.Saya tak pernah ditawarkan untuk melompat parti," katanya.

Ketika ditanya di mana beliau akan berada pada 8 September ini dan seterusnya, Tajuddin berkata: "Tidak ke mana-mana. Saya sibuk mesyuarat bahagian di Perak."

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang lawatan tersebut.

"Saya tidak tahu, saya tidak diberitahu. Kalau ada pun saya tidak akan pergi kerana ada banyak urusan perlu diselesaikan di sini," kata Exco Pemuda Umno itu yang akan mengumumkan pendirian rasmi merebut kerusi Ketua Pemuda Sabtu (esok).

Dalam pada itu, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin memberitahu, sehingga kini "semua perancangan berjalan dengan lancar."

"Hanya tinggal beberapa aspek seperti soal teknikal dan perundangan yang perlu diselesaikan.

"Pelan sasaran 16 September kekal sebagaimana telah diumumkan (oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim). Dalam waktu terdekat, sasaran ini akan dicapai," katanya.

Difahamkan tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) - kesemuanya dari Sabah dan Sarawak - telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat manakala hampir 30 wakil rakyat BN pula akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam PKR.

Ketika diminta mengulas mengenai waktu terdekat yang dimaksudkan, beliau berkata, ia akan dicapai dalam beberapa hari lagi.

Beliau tidak menolak desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen yang ingin mengumumkan hasrat mereka sertai Pakatan Rakyat esok.

Bagaimanapun pucuk kepimpinan mahu pengumuman dibuat serentak, kemungkinan minggu depan.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan persekutuan baru akan dibentuk menjelang 16 September ini.

"Banyak pertemuan telah diadakan setakat ini... pertemuan-pertemuan ini juga dikendalikan oleh komponen Pakatan Rakyat yang lain, bukan PKR sahaja," katanya.

mStar Online juga difahamkan ahli-ahli Parlimen yang menyatakan keinginan itu termasuklah mereka yang berada dalam Kabinet.

Semalam Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.

"PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya kepada mStar Online.

Beliau menyatakan demikian sehari selepas Anwar dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara.

Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Menurut beliau, sehingga hari ini hampir 30 orang Ahli Parlimen BN dari Sarawak dan Sabah telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Keseluruhan dari kedua-dua negeri ialah hampir 30 orang. Dari Sarawak saja kita ada lebih 10 orang yang akan lompat menyertai kita membentuk kerajaan baru pada 16 September nanti," kata beliau. -mstar