Thursday, February 12, 2009

DYMM Sultan Perak berkuasa untuk menitah MB meletakkan jawatan?

Ku Li dan Dr. M mengatakan bahawa DYMM tidak boleh menitahkan MB Perak untuk meletakkan jawatan.Rata rata rakyat Malaysia menanya samada ini benar.Kalau kita rujuk kepada bahan rujukan dibawah, kita akan bersetuju dengan Ku Li dan Dr. M bahawa kuasa tersebut hanya ada pada DUN Perak . Persoalanya ialah kenapa DYMM Sultan Perak menitahkan sesuatu yang diluar bidang kuasanya?

Petikan dari Kenyataan DYMM Sultan Perak (dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Tuanku , Col Datuk Abd. Rahim Mohamad Nor):

“YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.”

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan."

Peruntukan 16(6):

“Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dari ahli ahli Majlis Perundangan,kemudian,melainkan atas permintaan beliau, DYMM Sultan memansuhkan Dewan Perundangan ,beliau akan meletakkan jawatan Majlis Eksekutif.”

Oleh ohakim

No comments: