Tuesday, February 24, 2009

KERAJAAN HARAM BN HALANG HJ NIZAR GUNA DEWAN

Seawal perlantikan Hj Nizar sebagai Menteri Besar, beliau mengumumkan semua premis milik kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua pertubuhan politik, ngo, belia dan sebagainya

Para pengguna hanya perlu membuat tempahan samada melalui Majlis Daerah, Penghulu atau JKKK. Dalam ucapan menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri bulan November yang lalu, sekali lagi beliau mengulangi bahawa semua premis kerajaan terbuka untuk digunakan oleh parti politik, ngo atau apa sahaja pertubuhan tertakluk dengan peraturan yang dibuat oleh pihak yang bertangungjawab mengurus tadbir premis tersebut. UMNO turut mengambil kesempatan menggunakan premis tersebut tanpa sebarang halangan dan sekatan oleh kerajaan PR.

Hari ini, Dato' Seri Hj Nizar dalam siri lawatan ke seluruh Parlimen di Perak tidak dibenarkan pula menggunakan premis kerajaan. Dewan Orang Ramai, Dewan Serbaguna, Stadium, Padang dan sebagainya kalau dulu sewaktu PR memerintah, UMNO dibenarkan menggunakan premis-premis tersebut, kali ini PAS tidak boleh menggunakannya. PAS terpaksa menggunakan premis sendiri bagi tujuan menjalankan program-program tersebut.

3 comments:

alrawa said...

Dear IdrisMobin,
Hitam hati kamu manakala Putih hingus kamu!

Anonymous said...

nape itam hati plak, btul la tu... sume benda kena ada bukti... huhuhu... biar rasional, biar terbukti... jgn hentam keromo(org jawa ckp)...

MAWA said...

UMNO ni memang satu jenis makhluk yang mata hatinya bute. Tak dapat nak cam yang mana hak sendiri yang mana orang punye. Itu sebab pantang ada Dewan Orang Ramai semua jadi Dewan UMNO belake.