Dalam sibuk-sibuk UMNO menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia dalam zaman tuanya, tiba2 kita dikejutkan oleh berita bahawa Pemuda UMNO telah mengadakan hubungan dua hala dengan Liga Pemuda Komunis China. (Communist Youth League of China – CYLC)
Razali Ibrahim dilaporkan berkata:
“Seharusnya mereka perlu lebih risau lagi apabila DAP dan PKR mahu membawa Chin Peng pulang ke Malaysia, membawa pulang orang yang pernah khianat ke atas tanah air, sendiri,” katanya.”
Razali Ibrahim sebenarnya yang wajib menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa Pemuda UMNO sanggup menggadai prinsip mereka menjalin hubungan dengan oragnisasi berideologi komunis sedangkan Malaysia telah berperang dengan pengganas komunis selama lebih 40 tahun.
Adakah Pemuda UMNO mahu mengkhianati para perajurit yang telah terkorban di dalam memerangai kebangkitan bersenjata komunis selama lebih 40 tahun itu?
CYLC ini amat berpengaruh dalam Parti Komunis China. Presiden China sekarang ini, Hu Jintao, adalah produk dari CYLC ini serta ramai lagi ahli-ahli CYLC menduduki kepimpinan Parti Komunis China.
Sekurang-kurang nya membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia adalah langkah sebagai mengenang jasa beliau memerangi Jepun dan penjajah British dahulu. Sekurang-kurangnya Chin Peng ada jasa beliau kepada Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia. Apa jasa Liga Pemuda Komunis China kepada Malaysia?
Tindakan Pemuda UMNO Melanggar Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia menjelaskan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Sedangkan ideologi komunis membenci ketuhanan dan membenci agama. Menjalin hubungan dengan sebuah pertubuhan komunis bererti menghina Perlembagaan Persekutuan.
Benar kata-kata Ustaz Idris Ahmad bahawa Pemuda UMNO telah melakukan pengkhianatan kepada negara kerana menjalin hubungan dua hala dengan sebuah pertubuhan yang mempunyai ideologi yang berlawanan dengan Peruntukan Perlembagaan Negara.
Hubungan diplomatik antara negara bukan hubungan ideologi. Ianya adalah hubungan bersifat praktikal dan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan keamanan di antara dua negara walaupun kedua2 negara mempunyai ideology yang berbeza.
Namun, Pemuda UMNO telah mengambil langkah pro aktif dan menjalin hubungan dua hala dengan sebuah pertubuhan yang mempunyai ideology yang berlawanan dengan Perlembagaan Negara dan juga Islam.
Jelas Pemuda UMNO tidak hormat pada Islam dan tidak hormat pada Perlembagaan Negara.
Apa jasa Liga Pemuda Komunis China kepada Malaysia?
Apa jasa CYLC kepada Malaysia? Itu soalan saya kepada Khairy Jamaluddin dan Razali Ibrahim. Apakah jasa CYLC ini cukup besar sehingga Pemuda UMNO sanggup menggadai prinsip dan menjalin hubungan dengan sebuah pertubuhan yang masih kuat berpegang kepada ideology komunis?
Lupakah Pemuda UMNO bagaimana ideology komunis telah menghancurkan kemanusiaan dan menjadikan separuh dari benua Eropah merempat dalam kemiskinan dan kelaparan? Lupakah Pemuda UMNO bahawa ideologi komunis adalah satu ideology yang keji dan mungkar serta menolak bukan sahaja agama tetapi ketuhanan itu sendiri?
Seburuk-buruk Chin Peng, beliau dan rakan-rakan beliau dalam Parti Komunis Malaya mempunyai jasa kepada tanah kita ini. MEreka telah berjuang memerangi pendudukan Jepun di Malaya dan mereka telah melancarkan perang ke atas penjajahan British dengan mengorbankan ribuan nyawa ahli mereka demi untuk memerdekakan bumi Malaya dari penjajahan British.
Untuk itu, Malaysia mempunyai tanggungjawab membalas jasa mereka dan membenarkan mereka kembali ke Malaysia bagi menjalani sisa-sisa hidup mereka. Apa salahnya, mereka dibenarkan pulang tetapi diletakkan di dalam sebuah kem yang tertutup dan mereka hanya dibenarkan berinteraksi dengan kawalan yang ketat dengan populasi umum.
Bahaya Chin Peng Adalah Amat Kecil Berbanding CYLC
Chin Peng orang tua yang sudah tidak berdaya. CYLC mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menyebarkan ideology membenci tuhan dan agama. Sekurang-kurangnya CYLC mampu menyebarkan semangat membenci agama dan ketuhanan kepada negara lain, kalaupun mereka tidak mampu mempengaruhi dunia dengan ideoloji komunis mereka.
UMNO memang pertubuhan yang “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Talam dua muka bernama UMNO ini, dihadapan rakyat Malaysia yang Islam mengaku berjuang Islam tapi dibelakang mereka berselingkuh dengan orang-orang yang membenci Islam dan membenci ketuhanan.
Inilah dia perangai sebenar UMNO, yakni PENIPU SAMPAI KIAMAT
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment