Wednesday, October 29, 2008

MB PERAK DIBERI PENGHORMATAN BERUCAP DI LAHORE, PAKISTAN


LAHORE (PAKISTAN): Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin kini berada di Pakistan untuk menghadiri Muktamar dan Ijtima Jamiat Islam yang berlangsung selama empat hari dan berakhir esok (Isnin) di Lahore.

Beliau berada di Lahore mengiringi Dato Seri Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Yang turut serta dalam delegasi itu termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Perak Haji Ismail Yusof.

Nizar, Misbahul dan Ismail berlepas dari tanah air pada petang Jumaat lepas melalui Kuala Lumpur dan transit di Bangkok untuk menyambung perjalanan dengan Thai Airways ke Lahore, manakala Dato Seri Presiden berlepas pada Khamis.

Dalam e melnya dari Lahore semalam, MIsbahul berkata, Dato Seri Presiden dan Nizar adalah antara jemputan khas dan menjadi tetamu kehormat muktamar berkenaan, yang juga dihadiri termasuk tokoh Islam dari seluruh dunia.

Dato Seri Presiden dan Dato Seri Menteri Besar amat berbesar hati kerana diberika peluang berucap pada muktamat itu yang dihadiri lebih setengah juta hadirin. Semasa di Lahore, dua pimpinan parti itu juga dijadual menemui dan berbincang dengan ahli-ahli perniagaan Pakistan mengenai peluang pelaburan dua hala.

Semasa di Lahore, Dato Seri Presiden dan Nizar turut diraikan oleh Dato Bandar Lahore. Rombongan dijadual pulang ke tanah air lewat petang Isnin./ End/AN-

-Perakdaily

No comments: