Monday, July 21, 2008

TINTA HITAM

Dari minda Prihatin

MANGSA LIWAT TERPINGGIR?
Ketua Penerangan UMNO dalam kenyataan di Berita Tv3 19 Julai 2008 mengatakan kesal kerana Saiful Bahari tidak langsung diberi perhatian oleh media sebaliknya media lebih memberi tumpuan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada pandangan beliau Saiful Bahari ialah mangsa liwat sedangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim ialah peliwat.

Kami menyokong penuh kenyataan Ketua Penerangan UMNO itu kerana sebagai rakyat yang perihatin saya sangat teruja untuk mendapat perkembangan dari Saiful Bahari orang yang teriniaya diliwat. Rakyat ingin sangat melihat reaksi beliau. Kita ingin sangat mendengar kenyataan dari mulutnya sendiri.

Kekesalan Ketua Penerangan UMNO itu bagaimanapun tidak perlulah dikecoh-kecohkan sangat.......... DENGAN PENGUASAAN PENUH MEDIA ARUS PERDANA OLEH BN/UMNO/KERAJAAN liputan meluas bolehlah diberikan kepada mangsa liwat tersebut.

Melalui medan persidangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang Ketua Penerangan UMNO boleh mengarahkan supaya Saiful Bahari mesti diberi publisiti meluas. UMNO mesti membuat pembelaan yang bersungguh-sungguh terhadap mangsa liwat tersebut.

OLEH ITU janganlah 'buat heran' pulak......... Kalau dah kuasai media canangkan apa nak canang.... Tetapi sebagai rakyat, juga ada hak nak percaya atau tidak.

Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin diharapkan usaha untuk memberi publisiti kepada Saiful Bahari ini dipercepatkan.

Tinta Hitam.

No comments: