Thursday, March 17, 2011

Majlis Malam Mesra PKR Taman Jati(Cabang Tambun)






Majlis Malam Mesra PKR Taman Jati(Cabang Tambun) telah berlangsung pada 27hb Februari 2011 bertempat di Dewan Bulan Sabit Merah Ipoh.

Sdr Dato Seri Anwar Ibrahim hadir majlis tersebut bersama pucuk pimpinan Pakatan Rakyat saperti YB DS Nizar(MB Perak Yang Sah),YB V.Sivakumar(Speaker Perak Yang Sah),Dr Nur Manuty( Pengerusi Pimpinan PKR Perak),YB Dr Lee Boon Chye,YB Kesavan dan Ustz Zulkifly Ibrahim(K/Cabang Tambun.

Sdr Mohammad Aslam menerima anugerah khas yang disampaikan oleh DS Anwar kerana berjaya menjual 18 meja.

Mengikut Pengerusi Majlis, Sdr Omar Hakim, semua meja telah pun dijual termasuk 4 meja Emas.Keuntungan yang diperolehi akan disalurkan kepada Ranting Taman Jati dan Cabang Tambun untuk persediaan PRU 13 dan juga untuk mengisi Tabung Pembinaan Semula Markas Manjoi.

Markas tersebut telah musnah akibat kebakaran yang berlaku pada 1.1.11.Kos pembinaan semula Markas Manjoi dianggarkan sebanyak Rm25,000.Siapa yang tergerak hati untuk menderma,boleh hubungi Sdr Omar Hakim(K/Penerangan) ditalian 012-2211914 ataupun Sdr Md Zain(Bendahari)ditalian 012-5757843.

No comments: