Monday, March 2, 2009

SEJARAH HITAM BUAT PERAK

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Polis hanya datang ke Parlimen sekiranya mereka mendapat kebenaran dan dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

"Mengikut amalan sebelum ini, polis tidak datang masuk campur tangan apa yang berlaku di perkarangan dan di dalam bangunan Parlimen kecuali diminta oleh Yang Dipertua Dewan," katanya semasa menggulung perbahasan usul terima kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau secara peribadi juga tidak bersetuju polis campur tangan polis dalam urusan Parlimen.

"Melainkan dijemput, mungkin polis tidak berkuasa untuk datang. Tetapi ini bukan keputusan (lagi).

"Sebelum ini saya pernah bantah ketika anggota polis mengawal tempat letak kereta dan mengambil 14 fail dari bangunan Parlimen. Tapi saya tak heboh dengan orang. Ini pendirian saya," kata Wan Junaidi tanpa menjelaskan insiden itu secara terperinci.

Syed Hamid memberi penjelasan yang diminta oleh Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang mahu tahu sama ada polis akan melindungi anggota Parlimen yang diancam keselamatan oleh mana-mana pihak dalam kawasan Parlimen.

************************************************************************************
Kenyataan Hamid Albar di atas amat berbeza apa yang brlaku Perak, siapa yang memanggil pihak Polis untuk mengawal DUN Perak?

Sedangkan Speaker sendiri tidak dibenarkan masuk ke Dewan. Ketua Polis Perak tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bahawa 'Sidang DUN esok tidak sah'. Ia tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya.

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.
Ia terletak di bawah bidang kuasa Speaker DUN.

Sikap buruk Umno yang memperalatkan pasukan keselamatan amat menjijikkan. Jelas merekalah yang membelakangi Perlembagaan dan undang-undang.

Rakyat akan sentiasa mengingati sejarah hitam ini.





No comments: