Friday, December 5, 2008

PRK Kuala Terengganu, PAS sedia 1,000 majlis

KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Hrkh) - PAS Terengganu kini bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang bakal diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini. Iklan

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata PAS Terengganu akan menyediakan 1,000 majlis penerangan termasuk kempen ceramah, dialog dan sebagainya.

"Kita (PAS) kini bersiap sedia

pada bila-bila masa untuk menyertai Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dan sebanyak 1,000 majlis penerangan akan diadakan dalam kawasan itu.

"Kita (PAS) akan aturkan majlis penerangan, kempen ceramah, dialog dan sebagainya sepanjang musim pilihan raya berlangsung,"ujarnya selepas Mesyuarat Khas Lajnah Penerangan PAS Terengganu di Pejabat PAS negeri, dekat sini.

Katanya, jentera penerangan PAS di semua peringkat akan digerakkan sebaik mungkin dalam usaha parti memenangi pilihan raya tersebut.

Sehubungan itu, Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokratik (DAP), cawangan Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata DAP sedia mengerahkan jenteranya sepanjang kempen pilihan raya tersebut.

"Kita (DAP) akan menyediakan tiga pusat bilik gerakan parti iaitu di Kampung Cina, Kampung Pulau Kambing dan Kampung Batas Baru. Seramai 200 petugas parti akan 'berkampung' di Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada calon PAS yang bertanding,"jelasnya.

Menurutnya, DAP mengharapkan calon PAS yang bertanding mempunyai kewibawaan, ketokohan serta berpengalaman luas dalam kepimpinan parti.

Beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat berdasarkan senario pengundi hari ini mahu menolak kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan ekoran kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dato� Razali Ismail, 59, pada 28 November 2008 lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Mac lalu, Dato� Razali Ismail memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan menewaskan calon PAS, Haji Muhamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti tipis 628 undi. - mks._




No comments: